home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Barang Keperluan untuk Bayi Baru Lahir – Bahagian 1

Barang Keperluan untuk Bayi Baru Lahir – Bahagian 1

Terdapat banyak barang keperluan yang perlu anda sediakan dalam tahun pertama kelahiran bayi, yang anda mungkin tidak tahu. Sesetengah barang mungkin perlu, sementara sesetengah barang lain hanya termasuk dalam kategori kehendak peribadi anda. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan barang keperluan penting yang anda perlu beli untuk bayi anda.

Pakaian bayi

Pakaian bayi didatangkan dengan pelbagai saiz mengikut usia bayi. Malahan, saiz juga boleh berbeza mengikut jenama. Bagi memilih saiz yang betul untuk si manja, anda perlu mempunyai senarai panduan berat dan tinggi pakaian tersebut. Selain itu, anda perlu menyiapkan pakaian yang bersaiz lebih besar sedikit dari bayi anda kerana bayi akan membesar lebih cepat daripada apa yang anda bayangkan.

Bagi pakaian harian, anda perlu memilih pakaian yang lembut dan selesa yang memudahkan bayi untuk bergerak. Juga, beri perhatian pada material pakaian kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya untuk bayi anda. Berikut adalah pakaian asas yang anda perlu beli dalam bulan-bulan pertama kelahiran bayi.

  • Baju sarung. Baju asas ini sesuai untuk bermain dan tidur. Juga, jenis pakaian ini memudahkan anda untuk menukar baju dan lampin bayi.
  • Kemeja-t dan bodysuits. Untuk memudahkan anda menanggal dan memakaikan bayi baju, anda mungkin akan memilih pakaian yang tidak memerlukan anda melalui kepala bayi.
  • Seluar memeri atau sarung kaki. Ini memudahkan anda untuk menukar pakaian kotor bayi tanpa perlu menukar keseluruhan pakaian.
  • Pakaian luar. Ibu bapa perlu memilih pakaian seperti baju sejuk berzip, jaket atau baju panas dan kardigan yang boleh dipakaikan dengan mudah jika bayi memerlukannya.
  • Topi dan sarung tangan. Topi untuk dipakai jika anda membawa bayi keluar tidak kira siang atau malam. Selain itu, anda boleh pilih sarung tangan untuk dipakaikan jika perlu.
  • Stoking atau bootie. Jenis pakaian ini perlu digunakan dengan kerap, jadi anda perlu beli banyak sedikit untuk digunakan semasa di dalam rumah ataupun di luar.
  • Kasut. Menurut pakar, anda tidak perlu beli kasut yang jenis keras pada tahun pertama bayi anda. Ini kerana pemilihan kasut seperti itu boleh mengganggu perkembangan bayi. Jadi, sehingga bayi anda boleh berjalan, anda hanya perlu melindungi kakinya dengan stoking atau booties.
  • Pakaian tidur. Terdapat tiga perkara yang perlu anda ingat: keselamatan bayi, keselesaan bayi, dan sama ada pakaian tersebut mudah untuk ditukar.

Perkara penting yang anda perlu tahu adalah elakkan pakaian yang mempunyai reben, berumbai atau tali yang berjuntai kerana ia boleh membuatkan bayi tercekik.

Menukar lampin bayi

Lampin. Bayi anda mungkin memerlukan sekitar 10 hingga 12 lampin setiap hari. Jadi, pilih jenis lampin yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya untuk bayi supaya kulit si manja anda tidak mengalami keradangan.

Tisu basah bayi. Anda perlu cari tisu basah yang mesra bayi ataupun kain lembut yang direndam dengan air suam untuk membersihkan bayi.

Meja atau pelapik. Bagi memudahkan penukaran lampin, anda boleh gunakan pelapik atau tuala sebagai alas untuk meletakkan bayi sebelum menukar lampinnya. Lebih mudah lagi jika anda boleh sediakan meja khas untuk menukar lampin bayi.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

17 Things to buy for your newborn. http://www.medicinenet.com/pregnancy_things_to_buy_for_your_newborn/article.htm. Accessed June 29, 2017

Baby products: must-haves for the first year. https://www.babycenter.com/0_baby-products-must-haves-for-the-first-year_59.bc. Accessed June 29, 2017

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada [date}
x