backup og meta

Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Bekukan Telur

Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Bekukan Telur

Jika anda tidak bercadang untuk hamil dalam masa terdekat, ada cara lain untuk anda meningkatkan peluang kehamilan pada masa hadapan. Anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk membekukan telur anda sementara telur anda berada pada kualiti yang baik untuk hamil. Akan tetapi, sebelum itu, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

1. Anda perlu mengatasi ketakutan terhadap jarum

Bagi merangsang ovari anda, perubatan yang memerlukan suntikan harian adalah diperlukan. Mujurlah, jarum yang digunakan adalah kecil (sama seperti yang digunakan untuk suntikan insulin kanak-kanak) dan hanya meninggalkan satu cucuk kecil pada kulit anda. Jururawat akan membantu anda melakukan suntikan dan menenteramkan serta membuatkan anda selesa.

2. Tiada sebarang jaminan

Penting untuk anda faham bahawa pembekuan telur tidak menjamin anda akan mudah mendapat bayi pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan pelan insurans yang dipercayai. Jika anda sudah bersedia untuk hamil, telur beku akan digunakan. Terdapat beberapa langkah sebelum melalui peringkat ini. Telur mestilah bertahan semasa pencairan, persenyawaan, penempelan, dan seterusnya bayi dapat bertahan membesar di dalam perut ibu. Dalam tempoh ini, terdapat kebarangkalian bahawa pada mana-mana peringkat ia tidak berjalan dengan baik. Sehinggalah telur berjaya disenyawakan, pakar perubatan tidak dapat menentukan hasilnya.

3. Ia bukannya murah

Secara umumnya, insurans akan meliputi kos berkaitan dengan pembekuan telur anda, walaupun sesetengah hospital mungkin tidak menerima tanggungan insurans. Kos perubatan dan rawatan untuk satu kitaran adalah kira-kira sekitar RM40,000 ($10,000) hingga RM48,000 ($12,000) dan simpanan telur adalah kira-kira RM3,200 ($800) setahun. Namun, pembekuan telur bermakna anda tidak perlu menghabiskan lagi banyak wang untuk rawatan kesuburan pada masa depan. Lagi pula, anda boleh berasa tenang kerana tahu telur yang anda simpan lebih awal adalah pada kualiti yang baik.

4. Ujian perlu dilakukan dahulu sebelum bermula

Ujian Hormon Anti-Mullerian adalah ujian darah yang mudah dan berpatutan bagi membantu mengenal pasti akan potensi ovari anda. Ia akan memberikan anda informasi mengenai bilangan telur anda yang masih ada – sama ada tinggi, rendah, ataupun sederhana. Selepas ujian dilakukan, anda akan mengetahui jika anda berada pada tahap kesuburan yang sepatutnya ataupun tidak.

5. Anda akan rasa lapang dada dan tenang

Majoriti wanita akan berasa lebih bebas, ringan kepala, dan lebih tenang selepas mereka melakukan pembekuan telur, memandangkan mereka tidak perlu risau mengenai kesuburan mereka dan mengira jam biologi tubuh. Tambahan pula, golongan ini akan mempunyai perspektif baru dan pemikiran positif mengenai masa depan kesuburan mereka.

6. Sebaik-baiknya, bekukan embrio berbanding telur

Jika anda sudah berkahwin tetapi sedang merancang keluarga, anda boleh membekukan embrio berbanding dengan telur, kerana cara ini adalah lebih meningkatkan peluang anda untuk kehamilan pada masa depan. Berbanding embrio, telur adalah lebih rapuh. Selain itu, bukan semua telur boleh bertahan dalam proses pencairan. Dengan mempersenyawakan sperma pasangan anda bersama telur. kemudian membekukan hasil embrio, anda sudah memendekkan langkah untuk proses kehamilan anda nanti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Realities of Freezing Your Eggs: What Women Need to Know.
http://www.huffingtonpost.com/dr-angeline-beltsos/10-realities-of-freezing-_b_5656344.html. Accessed December 1, 2016.

5 Things You Should Know About Freezing Your Eggs. http://www.health.com/mind-body/things-to-know-about-freezing-your-eggs Accessed December 1, 2016.

Freezing Your Eggs: 5 Things You Need to Know http://www.parents.com/getting-pregnant/age/timing/freezing-eggs-your-need-to-know-guide/ Accessed December 1, 2016.

Versi Terbaru

12/09/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Gembira Disahkan Hamil? Tahniah, Ini Cara Kira Usia Kandungan Buat Panduan Ibu Baru!

Ingin Lakukan IVF? Ketahui Kos Serta Risikonya Terlebih Dahulu!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan