backup og meta

Benarkah Rawatan Akupuntur Berkesan Merawat Ketidaksuburan?

Benarkah Rawatan Akupuntur Berkesan Merawat Ketidaksuburan?

Apabila berbicara tentang ketidaksuburan, kebanyakan pasangan cenderung untuk mendapatkan rawatan akupuntur seperti rawatan akupuntur sebagai alternatif kepada rawatan konvensional. Persoalannya, adakah rawatan akupuntur ini berkesan merawat ketidaksuburan? Siapakah yang perlu mendapatkan rawatan ini? Bilakah waktu untuk memulakan atau menamatkannya? Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai persoalan-persoalan tersebut.

Adakah akupuntur berkesan merawat ketidaksuburan?

Rawatan akupuntur yang kebiasaannya digabungkan dengan ubat-ubatan herba sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha merawat ketidaksuburan. Rawatan ini mampu untuk meningkatkan fungsi ovari dan folikel. Selain itu juga, akupuntur mampu melancarkan perjalanan darah ke endometrium sekaligus membantu mencipta lapisan yang lebih tebal dan kuat.

Bilakah waktu untuk memulakan rawatan akupuntur?

Rawatan akupuntur sebenarnya merupakan salah satu metode perubatan yang lebih kurang sama dengan terapi fizikal. Individu yang mendapatkan rawatan ini akan dirawat 3 atau 4 bulan sebelum proses inseminasi, persenyawaan in vitro atau penerimaan telur daripada penderma. Proses rawatan-rawatan ini sebenarnya mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Sebuah kajian yang dibuat oleh Berkley Center for Reproductive Wellness menyatakan bahawa rawatan-rawatan berkaitan kesuburan seperti ini sebenarnya hanya akan mencapai hasil yang terbaik sekiranya digabungkan dengan rawatan akupuntur serta ubat-ubatan atau herba tradisional.  

Bilakah waktu untuk menamatkan rawatan akupuntur?

Memandangkan kebanyakan kes keguguran berlaku ketika 3 bulan pertama kehamilan, maka wajarlah rawatan ini ditamatkan pada minggu ke 12 bagi mengelakkan berlakunya keguguran.

Adakah terdapat mana-mana titik akupuntur yang perlu dielakkan?

Sekiranya anda sedang hamil, terdapat 6 titik akupuntur yang wajar dielakkan, iaitu: Hempedu 21, Perut 12, Usus Besar 4, Limpa 6, Pundi Kencing 60, Pundi Kencing 67 dan mana-mana titik pada bahagian bawah abdomen.

Apakah risiko rawatan akupuntur terhadap kesuburan?

Sekiranya kesilapan berlaku ketika rawatan berkaitan titik akupuntur, keguguran mungkin berlaku. Ini menunjukkan anda yang ingin mendapatkan rawatan ini untuk mencari khidmat pakar akupuntur profesional yang berpengalaman dalam merawat masalah ketidaksuburan. Rawatan akupuntur ini sebenarnya juga boleh digunakan oleh semua individu tanpa mengira usia atau sejarah perubatan mereka. Pendek kata, rawatan ini adalah selamat sekiranya dikendalikan oleh golongan profesional yang terlatih.

Siapakah yang perlu mendapatkan rawatan akupuntur?

Kebanyakan individu menggunakan rawatan akupuntur untuk merawat pelbagai masalah ketidaksuburan. Rawatan ini boleh digabungkan dengan ubat-ubatan atau herba tradisional untuk merawat masalah berkaitan kesuburan seperti follicle stimulating hormone (FSH), luteal phase defect (LPD), polycystic ovarian syndrome (PCOS), hyperprolactinemia, masalah ketidaksuburan yang tidak dapat dikenalpasti mahupunpun masalah kesuburan berkaitan dengan sperma lelaki.

Adakah akupuntur merupakan satu profesion yang berlesen?

Ya, akupuntur diakui sebagai satu profesion yang berlesen di Malaysia. Walaubagaimanapun, ini tidak menjamin sebarang keberkesanan dalam merawat masalah ketidaksuburan. Oleh itu, anda juga perlu mendapatkan khidmat pakar dalam bidang reproduktif untuk berbincang mengenai permasalahan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Infertility and Acupuncture, http://americanpregnancy.org/infertility/acupuncture/ Accessed December 1, 2016.

Can acupuncture boost my fertility? http://www.babycenter.com/404_can-acupuncture-boost-my-fertility_1403253.bc Accessed December 1, 2016.

Does Acupuncture for Infertility Work? http://www.parents.com/getting-pregnant/infertility/treatments/acupuncture-for-infertility/ Accessed December 1, 2016.

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Ahmad Farid

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Gembira Disahkan Hamil? Tahniah, Ini Cara Kira Usia Kandungan Buat Panduan Ibu Baru!

Ingin Lakukan IVF? Ketahui Kos Serta Risikonya Terlebih Dahulu!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan