backup og meta

Tip Kira Waktu Subur

Tip Kira Waktu Subur

Jika anda sedang merancang untuk hamil, ketahui dan kira waktu subur anda memandangkan ia boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil. Berikut ada beberapa tip untuk mengira waktu subur.

Ambil tahu kitaran menstrual anda

Dengan mengetahui bila haid anda bermula dan berakhir boleh membantu anda untuk mengetahui waktu ovulasi. Walaupun kitaran menstrual adalah berbeza untuk setiap wanita, namun ovulasi selalunya berlaku sekitar hari ke-10 hingga 16 sebelum haid anda yang seterusnya.

Lihat tanda-tanda ‘spotting’

Semakin hampir anda dengan waktu subur, anda akan lihat tompokan kecil berwarna pink atau coklat kira-kira seminggu selepas haid anda. Hormon yang membuatkan tubuh anda melalui ovulasi atau subur inilah yang menyebabkan spotting. Bagaimanapun, bukan semua wanita mengalami tanda ini, jadi anda juga mungkin tidak mengalaminya. Namun, jika anda melihat tompokan keluar pada faraj anda, bermakna jendela subur anda sedang terbuka.

Dapatkan bantuan daripada kalkulator ovulasi 

Kalkulator atau pengiraan ovulasi memberikan anda maklumat tentang bagaimana kitaran anda berjalan dan bila kemungkinan anda mengalami ovulasi. Bagi mengira tempoh ovulasi anda, hanya masukkan hari pertama haid bagi menstrual anda yang terdahulu dan purata panjang kitaran menstrual anda.

Periksa serviks anda

Semakin dekat anda dengan waktu subur, serviks anda akan rasa berbeza dari hari ke hari. Mendekati waktu subur, serviks akan menjadi lembut, tinggi, terbuka, dan basah. Anda boleh periksa serviks dengan cara memasukkan jari tengah anda ke dalam faraj. Pastikan jari anda bersih sebelum melakukannya. Jika anda kerap periksa serviks, anda akan tahu perbezaannya dengan ketika waktu subur.

Lihat jika ada sakit belakang atau perut 

Rata-ratanya, satu perlima wanita boleh mengenali bila waktu ovulasi mereka. Namun, ia adalah berbeza bagi setiap individu. Petanda paling biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita ialah sakit ringan pada bahagian perut, atau sakit sedikit pada bahagian belakang badan. Jika anda mengalaminya, anda dinasihatkan untuk menanda di kalendar kerana ia boleh membantu anda mengesan corak kitaran bulanan anda.

Periksa mukus serviks

Semasa kitaran anda, mukus serviks akan berubah. Anda mempunyai peluang tinggi untuk hamil jika mukus anda jernih, meregang, dan licin. Ia kelihatan seperti bentuk putih telur mentah. Perhatikan mukus serviks anda semasa bulan haid dan kenal pastinya kerana ia membantu anda untuk mengetahui bila waktu subur terbaik anda.

Catat suhu asas badan anda 

Semasa ovulasi, suhu asas badan anda (suhu selepas sekurang-kurangnya tiga jam mendapat tidur lena) akan sedikit meningkat. Termometer diperlukan untuk memastikan anda mengesan suhu yang betul.

Gunakan kit penguji ovulasi

Kit ovulasi membantu anda untuk mengesan hormon yang dilepaskan betul-betul sebelum ovulasi anda untuk menunjukkan hari paling subur dalam kitaran tersebut.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Find out when you’re fertile: Photos
http://www.babycentre.co.uk/l25006675/find-out-when-youre-fertile-photos Accessed November 30, 2016.
How to calculate your ovulation
http://www.wikihow.com/Calculate-Your-Ovulation Accessed November 30, 2016.
Fertility and conception tips,
http://www.todaysparent.com/pregnancy/fertility/fertility-and-conception-tips/ Accessed November 30, 2016.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hamil Ke Tak? Ini 5 Jenis UPT Boleh Detect Awal Kehamilan Dengan TEPAT, Kena Try!

6 Jenama Ubat Batuk Yang Selamat Untuk Ibu Hamil, Boleh Dapatkan Di Sini!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan