Selepas bersalin, setiap wanita seharusnya berpantang untuk memastikan kesihatan dan penampilan tubuh badan mereka pulih seperti waktu sediakala.
Untuk itu, setiap wanita sebenarnya pasti memerlukan set bersalin yang bagus dan disyorkan oleh orang ramai untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan mereka.
Persoalannya, apakah yang perlu kita tahu tentang set ini sebelum membelinya? Jom sama-sama kuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut!
Perkara tentang set bersalin yang anda perlu tahu
Kebiasaannya, berpantang akan dilakukan dengan penggunaan set produk yang dikenali sebagai set bersalin. Sebelum memutuskan untuk menggunakan set yang tertentu, anda perlu tahu mengenai beberapa perkara, iaitu:
#1. Apakah jenama anda hendak guna?
Kebiasaannya, seorang wanita sudah pasti akan mempunyai kecenderungan untuk menggunakan jenama yang mereka sukai dan gemari sahaja.
Ini termasuklah set penjagaan diri dari hujung rambut ke hujung kaki. Disebabkan itu, apa kata anda cuba semak sekiranya jenama anda itu mempunyai set bersalin untuk anda guna kelak atau tidak.
Jika ya, tidak salah jika anda mencuba bukan?
#2. Testimoni pengguna
Ya, sudah pasti setiap testimoni pengguna dipaparkan oleh pengeluar produk itu adalah bagus. Mungkin tidak salah untuk anda mempercayainya kerana ia terpulang kepada anda.
Pun begitu, anda disarankan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat daripada ibu yang rapat dengan anda.
Tanya kepada mereka berkenaan produk set yang terbaik pernah digunakan oleh mereka sendiri.
#3. Label produk
Sekiranya anda sudah memutuskan jenama set bersalin yang anda berkenan, cuba semak label produk tersebut terlebih dahulu.
Ini untuk memastikan bahan-bahan yang terdapat di dalamnya sama ada sesuai atau tidak untuk anda.
Bagi sesetengah individu, mungkin penggunaan sesuatu produk itu adalah tidak sesuai lebih-lebih lagi yang mempunyai alergi terhadap sesuatu bahan.
Oleh itu, berhati-hati dengan apa yang bakal anda guna!
#4. Pasaran produk
Ini sangat penting bagi memudahkan individu mencari produk tersebut sama ada di kedai jamu, farmasi atau lain-lain tempat.
Set bersalin seperti ini juga mungkin dijual secara atas talian bagi memudahkan anda. Paling penting, pastikan anda membeli dari mereka yang telah diiktiraf.
#5. Apakah yang anda perlu dalam set tersebut?
Kemudian, anda perlu tahu apa yang anda perlu guna semasa berpantang. Tidak semua benda di dalam set bersalin diperlukan oleh anda.
Disebabkan itu, anda perlu senaraikan dahulu apa yang patut dan yang tidak patut dibeli okay?
#6. Adakah set itu dijual dalam pakej atau berasingan?
Kebanyakan set akan dijual di dalam bentuk set. Namun begitu, masih ada produk yang akan menjualnya secara berasingan.
Jadi, anda sendiri perlu buat keputusan untuk membeli produk tersebut secara berasingan atau pakej.
#7. Kuantiti produk
Jika anda melihat kepada pasaran set yang ada, memang wujud pelbagai pakej menarik yang seakan-akan berbaloi untuk dimiliki.
Pun begitu, anda perlu tahu bahawa produk ini hanya perlu dipakai ketika berpantang sahaja.
Jadi, elakkan membeli dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan pembaziran.
#8. Tarikh luput produk
Setiap produk akan mempunyai tarikh luput masing-masing. Sama seperti produk yang lain, set bersalin juga tidak terkecuali dan mempunyai tarikh luput.
Oleh itu, semak maklumat ini pada label produk. Pastikan anda tidak membeli set yang sudah terlepas atau terlalu dekat dengan tarikh luputnya.
#9. Bandingkan produk
Sama seperti barangan bayi yang lain, set bersalin juga mempunyai banyak jenama untuk anda pilih. Oleh itu, anda sebagai pengguna berhak untuk membandingkannya sesama produk.
Lihat dari segi harga, kuantiti, kualiti dan konsultasi produk tersebut. Akan tetapi, jangan pula anda beli set tersebut hanya kerana harganya yang murah.
Kadangkala, yang mahal akan mendatangkan lebih kesan dan anda sendiri akan berpuas hati dengan pilihan anda.
#10. Bajet anda
Akhir sekali, anda perlu menetapkan bajet anda. Sama seperti barangan bayi, set bersalin juga mempunyai banyak jenis.
Jadi, tetapkan bajet anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Pun begitu, anda perlu tahu bahawa harga adalah tidak penting jika hendak dibandingkan dengan tahap kesihatan dan penampilan tubuh badan anda.
Tidak salah rasanya berbelanja lebih sedikit demi hasil yang memuaskan bukan?
Berdasarkan persoalan dan pengetahuan di atas, diharapkan dapat membantu wanita yang baru lepas bersalin untuk memilih set bersalin buat anda semua!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
- Keperluan Bayi Baru Lahir yang Patut Ibu Bapa Tahu
- Barang Keperluan untuk Bayi Baru Lahir – Bahagian 1
- Barang Keperluan untuk Bayi Baru Lahir – Bahagian 2
- Barang Keperluan untuk Bayi Baru Lahir – Bahagian 3
- Boleh PERCAYA Ke 5 Mitos Berpantang Ini? Nombor 3 Paling Karut
[embed-health-tool-due-date]