backup og meta

Tip Berlari Lebih Cepat dan Pantas

Tip Berlari Lebih Cepat dan Pantas

Berlari adalah salah satu senaman yang paling berkesan untuk melawan penyakit kardiovaskular dan disyorkan oleh pakar, saintis dan doktor. Berjalan 30 minit setiap hari boleh mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Apabila anda mula berlari dan menikmatinya, kemungkinan besar anda akan mahu berlari lebih laju. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda bukan sahaja berlari lebih laju malah lebih efisyen.

Amalkan postur yang baik

Teknik yang betul dan postur yang baik bukan sahaja mempercepatkan langkah anda tetapi juga mencegah sebarang kecederaan yang tidak diingini. Lari dengan kaki anda betul-betul di bawah peha anda, pastikan tangan anda di sisi dan ayunkan tangan dari depan ke belakang dan bukannya sisi ke sisi. Kekalkan postur tegak, kempiskan  perut anda dan condong sedikit ke hadapan. Tidak penting sama ada anda menapak dengan tapak depan atau tumit kaki selama mana kaki menapak lembut di atas tanah. Jangan melakukan gerakan melantun kerana ia menyebabkan daya yang tidak perlu yang membuang lebih banyak tenaga.

Senaman teras

Tambah 15 minit senaman teras (core exercise) dalam rancangan senaman harian anda, sasarkan otot bahagian bawah perut anda. Senaman teras akan membolehkan pelari bertambah laju apabila berlari.

Bernafas

Kebanyakan pelari bergelut dengan aspek ini kerana mereka seolah-olah tidak boleh mengimbangkan berlari dan bernafas pada masa yang sama. Caranya adalah dengan menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas melalui mulut anda, selarikan pernafasan anda dengan jejak langkah anda supaya anda tidak lupa atau terlepas nafas.

Langkah kombinasi

Jika matlamat anda adalah kelajuan, anda perlu cuba mencampurkan perlumbaan kelajuan dengan berjalan perlahan untuk melatih daya tahan anda untuk sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tip ini akan membantu anda berlari dengan lebih berkesan dan menghalang anda daripada kehabisan nafas jika perlumbaan bakal menjadi lebih lama daripada jarak latihan biasa anda.

Kasut baru

Kasut lari hanya boleh digunakan dalam 3 bulan jika anda kerap berlari tetapi bukan setiap hari. Pelari tegar biasanya menukar kasut mereka selepas setiap 300 hingga 500 batu larian memandangkan kasut lama dan haus adalah punca di sebalik banyak kecederaan.

Memanaskan badan dan menyejukkan

Renggangan badan selama 10 minit untuk memanaskan badan boleh mengurangkan risiko cedera. Gabungan harian regangan dan melompat tali boleh meningkatkan fleksibiliti dan langkah kaki.

Walaupun senaman menyejuk diri selalunya diperlukan selepas senaman memanaskan badan, kebanyakan orang cenderung untuk lupa mengenainya selepas selesai berlari kerana sudah terlalu kepenatan. Senaman renggangan menyejukkan diri berkesan untuk mengelakkan ketegangan pada waktu lain. 

Kekal fokus

Berlari memerlukan banyak tumpuan, cuba untuk sentiasa melihat ke depan, bukan ke bawah pada kasut anda, bukan juga kepada  pesaing anda. Memandang  ke belakang dan sebagainya boleh membuang masa dan tenaga anda, jadi tumpukan perhatian anda dan terus belari.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tips To Run Faster and More Efficiently. http://dailyburn.com/life/fitness/tips-to-run-faster-more-efficiently/ Accessed March 18, 2017
How To Run More Efficiently. http://www.triathlete.com/2014/10/training/how-to-run-more-efficiently_66124 Accessed March 18, 2017
25 Ways to Run Faster. http://greatist.com/fitness/25-ways-run-faster-now Accessed March 18, 2017

Versi Terbaru

05/07/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rimas, Tapi Ini Sebab Mengapa Perlu Bersenam Sambil Pakai Topeng Muka!

Mengapa Kita Perlu Bersenam? Ini Kepentingannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan