Manfaat Terapi Bantuan Kuda
Terapi bantuan kuda mempunyi peranan besar bagi individu yang mempunyai maslah kesihatan. Kuda mahir dalam menjadi rakan bagi terapi terapeutik. Ia juga boleh melihat perubahan seseorang melalu bahasa tubuh, nada suara dan biokimia. Selain itu, kuda mempunyai ingatan yang luar biasa dan dapat merasakan emosi seseorang seperti kesakitan dan ketakutan. Disebabkan itu, kuda adalah teman terapi yang baik bagi orang yang mempunyai masalah fizikal dan emosi.
1. Kebaikan fizikal
Orang yang kurang upaya mempunyai banyak faedah daripada terapi kuda. Salah satunya ialah secara semula jadinya pergerakan kuda dan pergerakan tubuh penunggang adalah sama. Ini dapat membantu masalah seperti ketegangan dan kelemahan. Menunggang kuda juga membantu meningkatkan keseimbangan dan kekuatan teras. Duduk di atas kuda memerlukan anda menggunakan otot teras tanpa berfikir mengenainya.
2. Meningkatkan kemahiran motor
Ia sangat berguna bagi orang yang mengalami kecederaan atau kurang upaya dari segi perkembangan. Terapi kuda meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar. Kemahiran motor halus diperbaiki dengan menggunakan pergerakan otot kecil, yang terjadi dengan melaraskan tali atau mengikat gelang. Kemahiran motor kasar meningkat dengan penggunaan otot yang besar. Menggerakkan dan menghentikan kuda hanya satu contoh menggunakan kemahiran motor kasar.
3. Meningkatkan kemahiran sosial
Bagi mereka yang mengalami kesukaran berinteraksi secara sosial, terapi kuda boleh membantu. Pada umumnya, apabila orang menerima terapi kuda mereka harus berinteraksi dengan beberapa orang, termasuk sukarelawan dan ahli terapi. Ini mewujudkan persekitaran sosial kompleks yang mendorong seseorang keluar dari sempadannya. Sudah tentu komunikasi juga berlaku dengan kuda, yang juga membantu meningkatkan kemahiran sosial.
Terapi kuda membantu pelbagai keadaan kesihatan
Terapi kuda berguna dalam banyak situasi yang berbeza. Selalunya, orang mempunyai autisme mendapat manfaat daripada terapi kuda. Malah, orang dengan autisme membentuk peratusan terbesar pesakit dalam terapi kuda. Walau bagaimanapun, faedah terapi kuda tidak terhad kepada autisme. Beberapa masalah lain yang mendapat manfaat daripada terapi kuda termasuk kecacatan perkembangan, kecederaan otak, pelbagai sklerosis, lumpuh, kemurungan dan kecederaan saraf tunjang.