Benar bahawa kesakitan akibat kanser servik boleh menyebabkan sakit tulang dan belakang. Buah pinggang membengkak adalah punca utama masalah ini. Walau bagaimanapun, terdapat banyak cara untuk anda dan keluarga anda boleh cuba untuk mengawal kesakitan anda ini. Berikut merupakan 10 tip yang anda boleh cuba untuk mengawal kesakitan kanser servik anda.
Akupunktur
Beberapa penyakit mendapati bahawa bagi sesetengah orang, akupunktur boleh membantu mengurangkan sakit otot dan tulang dengan kesakitan kanser servik lanjutan. Ini dapat membantu badan anda mengeluarkan bahan yang boleh membantu membuatkan anda berasa lega, terutamanya apabila berlaku ketegangan otot disebabkan oleh kanser yang menjadikan kesakitan bertambah teruk.
Secawan teh halia
Secawan teh halia merupakan salah satu ramuan semula jadi yang sangat berkesan dalam merawat kesakitan. Selain itu, merawat kesakitan kanser anda dengan teh halia tidak menyebabkan kesan sampingan dan bahkan dapat meningkatkan keadaan kesihatan anda dengan nilai perubatannya. Anda boleh ambil teh halia 4-5 kali sehari. Anda boleh kunyah sedikit halia sekiranya kesakitan ini menjadi teruk.
Ketawa
Apabila kesakitan kanser servik terjadi, ia akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan anda akan asyik berfikir tentang kesakitan tersebut. Walau bagaimanapun, ketawa dapat membantu lebih daripada yang anda sangka. Tonton video komedi, lucu, atau berbual dengan rakan atau keluarga anda. Ketawa akan menenangkan minda dan bantu menghilangkan rasa bimbang dan resah.
Senaman dan diet
Kombinasi senaman dan diet sihat boleh membantu anda menangani kesakitan dan keletihan otot yang berkaitan dengan kanser servik dan rawatan. Senaman dapat membantu memperkuat imuniti anda dan melawan kanser. Selain itu, diet juga bertanggungjawab dalam merawat kanser dan sakit servik. Anda harus menambah buah-buahan dan sayur-sayuran segara di dalam makanan anda kerana ia membantu dalam mengurangkan kesakitan akibat kanser.
Ubat sakit
Anda perlu mencegah kesakitan anda selain daripada merawatnya. Anda disarankan agar mengambil ubat sebelum kesakitan anda bertambah teruk. Selain itu, anda juga perlu mengikut arahan doktor dan tidak mengambil dos yang berlebihan. Bagus untuk anda mengambil sedikit ubat sakit lebih kurang 30 minit sebelum melakukan beberapa senaman yang boleh menyebabkan kesakitan.
Serbuk lada cili pedas di dalam air
Lebih pedas cili tersebut, lebih bertambah baik anda akan rasa. Anda boleh cuba setengah gram serbuk Naga Bhut Jolokia daripada India. Cili ini dikira sebagai lada cili yang paling pedas sekali. Tinjauan mendapati wanita yang mempunyai kanser akan mengalami kelegaan terhadap kesakitannya sehingga ke 80% apabila dia menggunakan lada cili pedas ini tiga hingga empat kali sehari.
Vitamin B-2
Vitamin B-2 adalah vitamin boleh larut dalam air yang dapat membantu anda mengelakkan daripada sel prakanser atau kanser berlaku pada servik anda. Tambahan pula, ia dapat membantu anda membaiki kerosakan tisu servik, mengurangkan inflamasi servik dan sistem peranakan, membuang virus human papilloma, dan mengurangkan risiko displasia servik anda. Sumber yang bagus bagi vitamin B-2 ialah hati, bijirin sarapan diperkuat, cendawan, telur, badam, susu dan sardin.
Teknik kebebasan emosi
Anda boleh melakukan kaedah ini sendiri dengan mengetuk hujung jari telunjuk dan tengah anda pada titik medirian tenaga badan anda. Ia berfungsi untuk merangsang dan mengembalikan semula aliran tenaga yang terganggu, dan sering menghilangkan kesakitan. Ia terbukti dapat memberikan anda kelegaan kesakitan yang sangat berkesan.
Teknik meditasi
Meditasi merupakan kaedah yang membantu anda merawat kesakitan kanser servik tanpa menggunakan ubat. Walaupun teknik meditasi yang berbeza memberikan kesan yang berbeza terhadap kesakitan anda, kesimpulannya meditasi boleh menambah baik isu fisiologikal serta fizikal dan juga kesakitan anda.
Kunyit
Guna herba bagi merawat kesakitan kanser servik anda, kenapa tidak? Kunyit, juga dikenali sebagai curcuma longa, mempunyai pelbagai manfaat kepada keadaan kesihatan anda. Ia meningkatkan fungsi sistem imun, mengurangkan inflamasi servik, memusnahkan virus human papilloma, mengurangkan simptom kanser servik seperti pendarahan yang banyak atau berlebihan serta sakit pelvik, menyembuhkan lesi servik dan menghadkan sel kanser servik daripada merebak.