Kegunaan
Apakah kegunaan xanthan gum?
Xanthan gum adalah sebatian seperti gula yang dibuat oleh campuran gula tua (difermentasi) dengan beberapa jenis bakteria tertentu. Ia digunakan untuk membuat ubat.
Xanthan gum digunakan untuk:
- Menurunkan gula darah dan jumlah kolesterol pada orang yang menghidap diabetes
- Sebagai julap
- Sebagai pengganti saliva pada individu yang bermulut kering (sindrom Sjogren)
Dalam pembuatan, xanthan gum digunakan sebagai agen penebalan dan penstabilan dalam makanan, ubat gigi, dan ubat-ubatan. Xanthan gum juga merupakan ramuan dalam beberapa pil keluaran yang berterusan.
Bagaimanakah ia berfungsi?
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahawa xanthan gum membesar di dalam usus, yang merangsang saluran pencernaan untuk menolak najis melaluinya. Ia juga boleh memperlahankan penyerapan gula dari saluran penghadaman dan berfungsi seperti air liur untuk melicinkan dan membasahkan mulut terhadap individu yang tidak menghasilkan air liur yang mencukupi.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil xanthan gum ?
Sebelum mengambil xanthan gum, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:
- Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
- Anda mempunyai alahan terhadap xanthan gum atau ubat atau suplemen lain
- Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
- Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Adakah ia selamat?
Xanthan gum adalah selamat apabila diambil sehingga 15 gram sehari.
Langkah berjaga – jaga serta amaran khusus
Wanita hamil dan menyusukan anak: Tiada kajian yang mencukupi untuk mengetahui keselamatan penggunaan xanthan gum terhadap wanita hamil dan menyusukan anak. Sila ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan dos yang lebih besar berbanding yang biasa terdapat dalam sukatan makanan.
Mual, muntah, apendisitis, najis keras yang sukar diusir (impak tahi), penyempitan atau penyumbatan usus, atau sakit perut yang tidak didiagnosis: Jangan gunakan xanthan gum sekiranya anda mempunyai sebarang tanda -tanda ini. Ia adalah julap dalam bentuk pukal yang boleh memudaratkan dalam keadaan ini.
Pembedahan: Xanthan gum mungkin menurunkan tahap gula dalam darah. Terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin mengganggu kawalan gula darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan xanthan gum sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang telah dijadualkan.
Kesan-kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan xanthan gum?
Xanthan gum boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti gas usus (flatulen) dan kembung perut.
Individu yang terdedah kepada serbuk xanthan gum mungkin akan mengalami gejala seperti selesema, kerengsaan hidung dan tekak, dan masalah paru-paru.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan xanthan gum?
Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Produk yang mempunyai tindak balas dengan xanthan gum termasuk:
- Ubat untuk diabetes (ubat anti diabetes)
Xanthan gum mungkin mengurangkan tahap gula dalam darah dengan mengurangkan penyerapan gula dari makanan. Ubat diabetes juga digunakan untuk menurunkan tahap gula dalam darah. Mengambil xanthan dengan ubat diabetes boleh menyebabkan gula dalam darah anda menjadi terlalu rendah. Sila pantau paras gula dalam darah dengan teliti. Dos ubat diabetes anda mungkin perlu diubah.
Sesetengah ubat yang digunakan untuk diabetes termasuk glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase).
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos xanthan gum yang biasa diberikan?
Dos tersebut telah dikaji secara saintifik:
Melalui oral:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan pengambilan maksimum yang boleh diterima untuk xanthan gum sebagai bahan tambahan makanan pada 10 mg / kg sehari dan sebagai julap pada 15 gram sehari. Untuk keselamatan dan keberkesanan, julap yang besar seperti xanthan gum memerlukan cecair tambahan.
Untuk diabetes: Dos yang biasa diberikan adalah 12 gram sehari sebagai ramuan dalam mufin.
Dos untuk suplemen ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.
Apakah bentuk ketersediaan xanthan gum?
Xanthan gum boleh didapati dalam bentuk:
- Serbuk
[embed-health-tool-bmi]