Kegunaan
Apakah kegunaan Wood Anemone?
Wood Anemone adalah herba. Bahagian-bahagian yang tumbuh di atas tanah digunakan untuk membuat ubat.
Orang mengambil Wood Anemone untuk:
- Sakit perut
- Haid tertunda
- Gout
- Batuk kokol
- Asma
Bagaimanakah ia berfungsi?
Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Wood Anemone?
Sebelum mengambil herba ini, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:
- Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
- Anda mempunyai alahan terhadap herba ini atau ubat atau suplemen lain
- Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
- Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Adakah ia selamat?
Wood Anemone segar tidak selamat untuk diambil melalui mulut atau disapu pada kulit. Tidak ada maklumat yang cukup untuk mengetahui jika tumbuhan yang kering selamat.
Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus
Hamil dan menyusukan bayi: Pengambilan terus Wood Anemone segar atau sapuan pada kulit adalah tidak selamat untuk sesiapa sahaja, termasuk ibu hamil dan menyusukan anak. Masih tidak cukup diketahui mengenai kadar keselamatan serbuknya yang kering. Adalah lebih baik untuk elakkan dari penggunaannya.
Kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Wood Anemone?
Wood Anemone mengandungi bahan kimia yang boleh mengiritasi perut dan usus. Memakan tumbuhan yang baru dituai boleh membawa maut. Sentuhan kulit boleh menyebabkan lepuh dan melecur yang sukar sembuh.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Wood Anemone?
Suplemen herba ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herbal anda sebelum menggunakan Wood Anemone.
Apakah dos Wood Anemone yang biasa?
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan anda, dan beberapa syarat lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Ketersediaan Wood Anemone
Wood Anemone boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
- Minyak esensial Blue Anemone
[embed-health-tool-bmi]