Kegunaan
Apakah kegunaan Jiaogulan?
Jiaogulan adalah tumbuhan herba yang tumbuh liar di China. Daunnya boleh digunakan sebagai ubat.
Herba ini telah digunakan untuk:
- Merawat kolesterol dan tekanan darah yang tinggi
- Menaikkan selera makan dan merawat batuk, bronkitis kronik,sakit perut yang berterusan (gastritis kronik), kesakitan dan bengkak (keradangan), ulser, sembelit, stres, batu hempedu, obesiti, kanser,diabetes, kesukaran untuk tidur (insomnia), dan sakit belakang
- Meningkatkan fungsi jantung,menguatkan sistem imun,meningkatkan stamina dan ketahanan,meningkatkan rintangan terhadap tekanan persekitaran (sebagai ‘adaptogen’),meningkatkan kekuatan memori dan mencegah keguguran rambut
- Ia juga digunakan sebagai agen anti-penuaan, anti-oksida dan agen penyahtoksik
Bagaimana ia berfungsi?
Kajian tidak masih tidak mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan: Jiaogulan mengandungi bahan yang boleh membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apa yang saya perlu tahu sebelum mengambil Jiaogulan?
Sebelum mengambil Jiaogulan , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:
- Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
- Anda mempunyai alahan terhadap jiaogulan atau ubat atau suplemen lain
- Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
- Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.
Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Adakah ia selamat digunakan?
Jiagulan barangkali selamat apabila diambil melalui mulut untuk tempoh yang singkat (sehingga 4 bulan).
Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus
Wanita hamil dan menyusukan bayi: Jiaogulan barangkali tidak selamat diambil melalui mulut sewaktu kehamilan kerana salah satu bahan kimia di dalamnya telah dikaitkan dengan kebarangkalian menyebabkan kecacatan kepada bayi.
Tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui mengenai keselamatan penggunaan jiaogulan bagi wanita yang meyusukan bayi. Ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.
Penyakit Auto-imun seperti Multiple sclerosis (MS), Systemic lupus erythematosus (SLE), Rheumatoid Arthritis (RA), dan lain-lain: Jiaogulan boleh mengakibatkan sistem imun bertambah aktif. Hal ini, boleh meningkatkan risiko untuk mengalami simptom-simptom penyakit auto-imun. Sekiranya anda menghidapi penyakit ini, sebaiknya elakkan penggunaan herba ini sehinggalah lebih banyak maklumat diketahui.
Masalah pendarahan: Jiaogulan boleh memperlahankan pembekuan darah. Terdapat kebimbangan ia boleh memburukkan lagi masalah pendarahan yang dihidapi pesakit.
Pembedahan: Jiaogulan boleh memperlahankan pembekuan darah. Terdapat kebimbangan ia boleh meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.
Kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Jiaogulan?
Ia boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti rasa loya yang teruk dan meningkatkan pergerakan usus.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Tindak balas ubat
Apakah tindak balas yang mungkin berlaku dengan jiaogulan?
Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini termasuklah:
Ubat yang melemahkan sistem imun: Azathioprine (Imuran), basiliximab (Simulect), cyclosporine (Neoral, Sandimmune), daclizumab (Zenapax), muromonab-CD3 (OKT3, Orthoclone OKT3), mycophenolate (CellCept), tacrolimus (FK506, Prograf), sirolimus (Rapamune), prednisone (Deltasone, Orasone), corticosteroids (glucocorticoids), dan lain-lain.
Jiaogulan boleh menguatkan sistem imun: Oeh sebab itu, ia boleh mengurangkan keberkesanan ubat-ubat yang disenaraikan di atas.
Ubat yang boleh memperlahankan pembekuan darah (Antikoagulan/Antiplatlet); aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, others), ibuprofen (Advil, Motrin, others), naproxen (Anaprox, Naprosyn, others), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain: Jiaogulan boleh memperlahankan pembekuan darah, oleh sebab itu, sekiranya ia diambil bersama dengan ubat-ubat yang mempunyai fungsi yang sama, ia boleh meningkatkan risiko pendarahan.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos Jiaogulan yang biasa digunakan?
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Apakah bentuk ketersediaan Jiaogulan yang boleh didapati?
Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
- Ekstrak cecair
- Serbuk
- Tinktur
[embed-health-tool-bmi]