backup og meta

Ginseng Siberia

Kegunaan

Apakah kegunaan Ginseng Siberia?

Ginseng Siberia juga dipanggil sebagai Adaptogen. Orang menggunakan akarnya untuk membuat ubat. Ia digunakan untuk rawatan:

  • Tekanan darah tinggi.
  • Tekanan darah rendah.
  • Pengerasan arteri (aterosklerosis.)
  • Reumatik penyakit jantung.
  • Penyakit buah pinggang.
  • Penyakit Alzheimer.
  • Gangguan defisit-hiperaktiviti perhatian (ADHD).
  • Sindrom keletihan kronik.
  • Diabetes.
  • Fibromyalgia.
  • Artritis reumatoid.
  • Selesema.
  • Bronkitis kronik.
  • Tuberkulosis.
  • Kesan sampingan kemoterapi kanser.
  • Prestasi sukan.
  • Masalah tidur (insomnia).
  • Gejala jangkitan yang disebabkan oleh herpes simpleks type 2.
  • Meningkatkan sistem imun.
  • Mencegah selesema.
  • Meningkatkan selera makan.

Dalam pembuatan, ginseng Siberia ditambah pada produk penjagaan kulit.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak cukup kajian tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa ginseng Siberia mengandungi banyak bahan kimia, yang mempengaruhi otak, sistem imun, dan hormon tertentu. Ia juga mungkin mengandungi bahan kimia yang mempunyai aktiviti terhadap beberapa bakteria dan virus.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Ginseng Siberia?

Rujuk doktor atau ahli farmasi anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu bayi. Ini kerana, semasa anda menjangka atau menyusu bayi, anda hanya mengambil ubat atas saranan doktor.
  • Anda sedang mengambil ubat lain. Ini termasuk sebarang ubat yang anda tersedia untuk dibeli tanpa ditetapkan yang anda ambil.
  • Anda mempunyai alergik dengan mana-mana bahan ginseng Serbia atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai kesakitan, gangguan, atau syarat kesihatan.
  • Anda mempunyai jenis alergik lain, seperti kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan adalah kurang ketat daripada peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kelebihan mengambil suplemen herba ini mestilah menimbangkan risiko sebelum digunakan. Sila runding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Ginseng Siberia selamat digunakan?

Ginseng Siberia adalah selamat untuk kebanyakan orang dewasa apabila diambil melalui mulut, dalam jangka pendek.

Ginseng Siberia adalah selamat untuk kebanyakan orang dewasa apabila diambil melalui mulut, dalam jangka panjang, atau ketika disuntik secara intravena (oleh IV),dalam jangka pendek.

Kanak-kanak:

Ginseng Siberia selamat dalam kalangan remaja (umur 12-17 tahun) apabila diambil melalui mulut sehingga enam (6) minggu. Tidak terdapat maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan ginseng Siberia apabila diambil oleh remaja bagi jangka panjang.

Kehamilan dan menyusu:

Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil ginseng Siberia jika anda hamil atau menyusu. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Ginseng Siberia?

Sesetengah orang boleh mengantuk, perubahan dalam irama jantung, kesedihan, kebimbangan, kekejangan otot, dan kesan sampingan yang lain.

Dalam dos yang tinggi, peningkatan tekanan darah mungkin berlaku.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli herba anda.

Interaksi-interaksi

Apakah ubat yang boleh berinteraksi dengan ginseng Siberia?

Suplemen herba ini boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Dapatkan nasihat pembekal herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Keadaan kesihatan ini boleh berinteraksi dengan herba ini, seperti:

  • Masalah pendarahan.
  • Keadaan jantung.
  • Diabetes.
  • Keadaan sensitif hormon seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau fibroid rahim.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Keadaan mental seperti mania atau skizofrenia.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Ginseng Siberia yang biasa digunakan?

Untuk jangkitan jenis 2 herpes simpleks:

Ekstrak ginseng Siberia diseragamkan untuk mengandungi eleutheroside E 0.3% dalam dos 400 mg sehari.

Untuk selesema biasa:

400 mg kombinasi ginseng Siberia ditambah dengan ekstrak andrographis tertentu, diseragamkan untuk mengandungi 4-5.6 mg andrographolide (Kan Jang, Institut Herba Sweden) tiga kali sehari.

Dos untuk herba tambahan ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Makanan tambahan herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Ginseng Siberia?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Tablet 500mg.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

GINSENG, SIBERIAN. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-985-ginseng,%20siberian.aspx?activeingredientid=985&activeingredientname=ginseng,%20siberian. Accessed Mar 26, 2017

Ginseng supplements. http://www.hollandandbarrett.com/shop/product/holland-barrett-siberian-ginseng-tablets-500mg-60003171. Accessed Mar 26, 2017

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nur Bashirouh

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!

Akar Seruntun Kaya Khasiat, Tapi, Jika Terlebih Dos Boleh Sebabkan Kesan Toksik Pada Hati!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Bashirouh · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan