backup og meta

Ginseng Amerika

Kegunaan

Apakah kegunaan Ginseng Amerika?

Ginseng Amerika adalah sejenis herba yang tumbuh dengan banyak di Amerika Utara. Ia digunakan bagi merawat banyak masalah kesihatan seperti:

  • Tekanan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Sebagai perangsang
  • Melawan jangkitan seperti selesema.
  • HIV / AIDS
  • Jangkitan usus (disenteri)
  • Jangkitan tertentu (seperti jangkitan Pseudomonas)
  • Meningkatkan pencernaan
  • Hilang selera makan
  • Muntah
  • Keradangan kolon (kolitis)
  • Keradangan lapisan perut (gastritis)
  • Rendah kandungan besi dalam darah (anemia)
  • Diabetes
  • Rintangan insulin yang berkaitan dengan rawatan HIV
  • Keletihan yang berkaitan dengan kanser
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Kesakitan saraf
  • Mati pucuk (ED)
  • Demam
  • Simptom pening selepas mabuk
  • Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)
  • Gangguan darah dan pendarahan
  • Kanser payudara
  • Pening
  • Sakit kepala
  • Sawan
  • Fibromyalgia
  • Pengerasan arteri (aterosklerosis)
  • Hilang ingatan
  • Artritis reumatoid
  • Skizofrenia
  • Meningkatkan prestasi sukan
  • Meningkatkan prestasi mental
  • Sebagai bantuan anti-penuaan
  • Gejala menopaus
  • Komplikasi semasa mengandung atau melahirkan anak
  • Keletihan saraf (neurasthenia)

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa bahan ginseng Amerika mempunyai bahan kimia ginsenosida, yang dipercayai boleh memberi kesan kepada tahap insulin dalam badan dan merendahkan kadar gula dalam darah. Bahan kimia lain seperti polisakarida juga boleh memberi kesan terhadap sistem imun.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Ginseng Amerika?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada dogwood Amerika atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Ginseng Amerika selamat digunakan?

Ginseng Amerika mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dengan sewajarnya pada jangka masa yang pendek.

Kanak-kanak:

Ginseng Amerika mungkin selamat bagi kanak-kanak apabila diambil melalui mulut dengan sewajarnya pada jangka masa yang pendek.

Kehamilan dan penyusuan bayi:

Ginseng Amerika mungkin tidak selamat dalam kehamilan. Salah satu bahan kimia dalam Panax ginseng, sejenis tumbuhan yang berkaitan dengan ginseng Amerika, telah dikaitkan dengan kemungkinan kecacatan kelahiran. Jangan ambil ginseng Amerika jika anda didapati hamil.

Belum cukup maklumat diketahui tentang penggunaan ginseng Amerika semasa mengandung dan menyusu. Ambillah jalan yang lebih selamat dan elakkan penggunaan.

Pembedahan:

Ginseng Amerika boleh menjejaskan tahap gula darah dan mungkin mengganggu kawalan gula darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil ginseng Amerika sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum menjalani pembedahan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Ginseng Amerika?

Apabila diambil melalui mulut, ginseng Amerika boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan termasuk:

  • Cirit-birit
  • Gatal-gatal
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Sakit kepala
  • Keresahan
  • Denyutan jantung yang pantas
  • Meningkatkan tekanan darah atau menurunkan tekanan darah
  • Kesakitan pada payudara
  • Pendarahan faraj pada wanita
  • Ruam yang teruk yang dikenali sebagai sindrom Stevens-Johnson
  • Kerosakan hati
  • Reaksi alergi yang teruk

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Ginseng Amerika?

Ginseng Amerika mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Keadaan kesihatan berikut mungkin memberi tindak balas dengan herba ini, termasuk:

  • Diabetes: Bagi orang yang menghidap diabetes yang mengambil ubat untuk menurunkan gula darah, menambah ginseng Amerika mungkin boleh menjadikan kadar gula terlalu rendah. Pantau gula darah anda dengan teliti jika anda menghidap diabetes dan menggunakan bahan ginseng Amerika.
  • Keadaan yang sensitif terhadap hormon seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau fibroid rahim: Bahan kimia yang dikenali sebagai ginsenosida dalam ginseng Amerika mungkin bertindak seperti estrogen. Jika anda mempunyai apa-apa keadaan yang mungkin menjadi lebih buruk dengan pendedahan kepada estrogen, jangan gunakan ginseng Amerika. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ekstrak ginseng Amerika yang telah mengeluarkan ginsenosides dalam penyediaan produk mereka (Cold-fX, Afexa Life Sciences, Canada). Ekstrak seperti ini  tidak mengandungi ginsenosida atau hanya mengandungi kepekatan ginsenosida yang rendah, dilihat tidak bertindak seperti estrogen.
  • Masalah tidur (insomnia): Dos bahan ginseng Amerika yang tinggi telah dikaitkan dengan insomnia. Sekiranya anda mengalami kesulitan tidur, gunakan bahan ini dengan berhati-hati.
  • Skizofrenia (gangguan mental): Dos bahan ginseng Amerika yang tinggi telah dikaitkan dengan masalah tidur dan pergolakan pada orang dengan skizofrenia. Berhati-hati apabila menggunakan bahan ini jika anda mempunyai skizofrenia.

Juga, jangan ambil ubat seperti:

  • Warfarin (Coumadin)
  • Ubat untuk kemurungan (MAOIs)
  • Ubat untuk diabetes (ubat anti diabetes) termasuk glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase) , dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Ginseng Amerika yang biasa digunakan?

Diabetes

Mengambil 3 gram bahan ginseng Amerika melalui mulut, 2 jam sebelum makan boleh merendahkan kadar gula dalam darah selepas makan dalam pesakit diabetes jenis 2.

Mengambil 100-200 mg bahan ginseng Amerika melalui mulut selama 8 minggu juga boleh merendahkan kadar gula dalam darah sebelum makan dalam pesakit diabetes jenis 2.

Jangkitan saluran pernafasan

Dos 200 mg dua kali sehari selama 3-4 bulan semasa musim jangkitan influenza boleh mencegah selesema atau simptom influenza pada orang dewasa antara 18 ke 65 tahun.

Mereka yang lebih tua dari 65 tahun memerlukan suntikan perlindungan influenza pada bulan kedua ketika pengambilan rawatan herba ini bagi mengurangkan risiko influenza dan selesema.

Ekstrak ini juga nampaknya membantu menjadikan simptom lebih ringan dan lebih singkat apabila jangkitan berlaku.

Kanak-kanak

Ekstrak ginseng Amerika yang dipanggil CVT-E002 (Cold-FX, Afexa Life Sciences, Canada) telah digunakan dalam dos 4.5-26 mg sehari selama 3 hari pada kanak-kanak berumur 3-12 tahun.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Ginseng Amerika?

Suplemen herba ini boleh tersedia dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

American Ginseng. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-967-AMERICAN+GINSENG.aspx. Accessed March 12, 2017

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!

Akar Seruntun Kaya Khasiat, Tapi, Jika Terlebih Dos Boleh Sebabkan Kesan Toksik Pada Hati!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan