backup og meta

Gama Butirolakton (GBL)

Kegunaan

Apakah kegunaan Gama Butirolakton (GBL)?

Gama Butirolakton adalah sejenis bahan kimia. Ia digunakan sebagai ubat.

Walaupun terdapat isu keselamatan yang serius dan larangan penggunaannya (salahguna undang-undang), Gama Butirolakton biasa digunakan untuk:

  • Meningkatkan prestasi sukan, memperbaiki tidur, dan prestasi seksual dan keghairahan.
  • Melegakan kemurungan dan tekanan.
  • Memanjangkan jangka hayat.
  • Menggalakkan pemikiran yang jelas.
  • Menyebabkan relaksasi (santai).
  • Merembeskan hormon pertumbuhan.

GBL juga digunakan untuk mengurangkan lemak dan sebagai pembina badan atau otot. Sesetengah orang mengambilnya sebagai dadah rekreasi.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi mengenai bagaimana Gama Butirolakton berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Gama Butirolakton ditukar dalam badan kepada Gama Hidroksibutirat (GHB) yang mempengaruhi beberapa lorongan saraf di dalam otak.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Gama Butirolakton (GBL)?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam Gama Butirolakton atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Gama Butirolakton (GBL) selamat digunakan?

Gama Butirolakton (GBL) tidak selamat digunakan.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

GBL tidak selamat dan tidak boleh diambil oleh sesiapa pun. Sesetengah orang, terutama mereka yang mempunyai keadaan berikut, lebih berisiko untuk mengalami kesan sampingan.

Kehamilan dan menyusukan anak: GBL tidak selamat diambil. Jika anda mengambilnya semasa hamil atau menyusukan bayi anda, anda akan membahayakan diri anda dan juga bayi anda.

Denyutan jantung yang tidak teratur: GBL boleh menjadikan keadaan ini lebih teruk.

Epilepsi: GBL mungkin menyebabkan sawan.

Tekanan darah tinggi: GBL mungkin membuat keadaan ini menjadi lebih teruk.

Pembedahan: GBL boleh menjejaskan sistem saraf pusat (CNS). Terdapat kebimbangan bahawa menggabungkan GBL dengan anestesia dan ubat-ubatan lain yang digunakan semasa dan selepas pembedahan mungkin terlalu banyak memperlahankan CNS. GBL tidak boleh digunakan dalam dua minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Gama Butirolakton (GBL)?

Penggunaan GBL, atau Gama Hidroksibutirat (GHB) dan Butanediol (BD) yang berkait rapat dengannya, dikaitkan dengan kematian dan kes-kes kesan sampingan yang serius. Kesan sampingan yang serius ini termasuk ketakupayaan untuk menahan buang air besar, muntah, perubahan mental, sedasi, gangguan emosi, kecenderungan bertindak agresif, hilang ingatan, masalah pernafasan dan jantung yang serius, pengsan, sawan, koma, dan kematian. Kesannya boleh menjadi lebih buruk disebabkan alkohol atau narkotik seperti morfin, heroin, dan lain-lain. Penggunaan jangka panjang boleh membawa kepada sindrom sarak termasuk insomnia, tremor (gementar), dan kerisauan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Gama Butirolakton (GBL)?

Gama Butirolakton boleh bertindakbalas dengan ubat-ubatan semasa anda atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan Gama Butirolakton termasuk:

  • Alkohol

Alkohol boleh menyebabkan rasa mengantuk. Mengambil GBL bersama-sama dengan alkohol mungkin akan meningkatkan rasa mengantuk yang disebabkan oleh alkohol. Mengambil GBL bersama-sama dengan alkohol boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Jangan ambil GBL jika anda telah mengambil alkohol.

  • Amphetamine

Amphetamine adalah ubat-ubatan yang boleh mempercepatkan sistem saraf anda. GBL ditukar dalam badan kepada Gama Hidroksibutirat (GHB). GHB boleh memperlahankan sistem saraf anda. Mengambil GBL bersama-sama dengan amphetamine boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius.

  • Haloperidol

GBL boleh menjejaskan otak. Haloperidol (Haldol) juga boleh menjejaskan otak. Mengambil haloperidol (Haldol) bersama-sama dengan GBL mungkin menyebabkan kesan sampingan yang serius.

  • Ubat antipsikotik

GBL boleh menjejaskan otak. Ubat untuk keadaan mental juga memberi kesan kepada otak. Mengambil GBL bersama-sama dengan ubat-ubatan untuk keadaan mental mungkin meningkatkan kesan dan kesan sampingan yang serius dari GBL. Jangan ambil GBL jika anda mengambil ubat untuk keadaan mental.

Antara ubat-ubatan ini termasuk fluphenazine (Permitil, Prolixin), haloperidol (Haldol), chlorpromazine (Thorazine), prochlorperazine (Compazine), thioridazine (Mellaril), trifluoperazine (Stelazine), dan lain-lain.

  • Ubat untuk sakit (ubat narkotik)

Sesetengah ubat-ubatan untuk kesakitan boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mengantuk. GBL juga boleh menyebabkan rasa mengantuk. Mengambil GBL bersama-sama dengan beberapa ubat-ubatan untuk kesakitan mungkin menyebabkan kesan sampingan yang teruk. Jangan ambil GBL jika anda mengambil ubat-ubatan untuk kesakitan.

Sesetengah ubat untuk sakit termasuk meperidine (Demerol), hidrokodon, morfin, OxyContin, dan banyak lagi.

  • Antikonvulsan

Ubat-ubatan yang digunakan untuk mengelakkan kejang menjejaskan bahan kimia di dalam otak. GBL ditukar dalam badan kepada salah satu bahan kimia otak yang dipanggil GABA. Mengambil GBL bersama-sama dengan ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah kejang boleh mengurangkan kesan GBL.

Sesetengah ubat yang digunakan untuk mencegah kejang termasuk phenobarbital, primidone (Mysoline), asid valproic (Depakene), gabapentin (Neurontin), carbamazepine (Tegretol), phenytoin (Dilantin), dan lain-lain.

  • Relaksan otot

Relaksan otot boleh menyebabkan rasa mengantuk. GBL juga boleh menyebabkan rasa mengantuk. Mengambil GBL bersama-sama dengan relaxants otot boleh menyebabkan terlalu banyak mengantuk dan kesan sampingan yang serius. Jangan ambil GBL jika anda mengambil relaksan otot.

Sesetengah relaksan otot termasuk carisoprodol (Soma), pipecuronium (Arduan), orphenadrine (Banflex, Disipal), cyclobenzaprine, gallamine (Flaxedil), atracurium (Tracrium), pancuronium (Pavulon), succinylcholine (Anectine), dan lain-lain.

  • Naloxone

GBL diubah oleh badan ke bahan kimia lain. Bahan kimia ini dipanggil GHB. GHB boleh menjejaskan otak. Mengambil naloxone (Narcan) bersama-sama dengan GBL mungkin mengurangkan kesan GBL kepada otak.

  • Ritonavir

Ritonavir (Norvir) dan saquinavir (Fortovase, Invirase) biasanya digunakan bersama untuk HIV / AIDS. Mengambil kedua-dua ubat-ubatan ini dan GBL mungkin mengurangkan kadar kepantasan badan menyingkirkan GBL. Ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius.

  • Saquinavir (Fortovase, Invirase)

Saquinavir (Fortovase, Invirase) dan ritonavir (Norvir) biasanya digunakan bersama untuk HIV / AIDS. Mengambil ubat-ubatan ini bersama-sama dengan GBL boleh mengurangkan kadar kepantasan badan menyingkirkan GBL. Ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius.

  • Ubat sedatif

GBL mungkin menyebabkan rasa mengantuk. Ubat-ubatan yang menyebabkan rasa mengantuk dinamakan sedatif. Mengambil GBL bersama-sama dengan ubat penenang mungkin menyebabkan kesan sampingan yang serius. Jangan ambil GBL jika anda mengambil ubat penenang.

Beberapa ubat penenang termasuk clonazepam (Klonopin), diazepam (Valium), lorazepam (Ativan), dan lain-lain.

  • Ubat sedatif

GBL mungkin menyebabkan rasa mengantuk. Ubat-ubatan yang menyebabkan rasa mengantuk dipanggil sedatif. Mengambil GBL bersama-sama dengan ubat penenang mungkin menyebabkan kesan sampingan yang serius. Jangan ambil GBL jika anda mengambil ubat penenang.

Beberapa ubat penenang termasuk clonazepam (Klonopin), lorazepam (Ativan), phenobarbital (Donnatal), zolpidem (Ambien), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Gama Butirolakton (GBL) yang biasa digunakan?

Dos untuk Gama Butirolakton mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Gama Butirolakton (GBL)?

Gama Butirolakton boleh didapati dalam bentuk berikut:

  • Ubat ini tidak boleh didapati. Di kebanyakan negara, ia mungkin menyalahi undang-undang untuk menghasilkan atau menjual GBL atau produk berkaitan GHB dan butanediol (BD).

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gamma Butyrolactone http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-820-gamma%20butyrolactone%20gbl.aspx?activeingredientid=820&activeingredientname=gamma%20butyrolactone%20gbl Accessed September 14, 2017

Gamma Butyrolactone (Gbl)BL http://www.emedicinehealth.com/gamma_butyrolactone_gbl/vitamins-supplements.htm Accessed September 14, 2017

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Lelaki Yang Bermasalah LEMAH BATIN, Mungkin Boleh Cuba 5 Herba Tradisional Ini!

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan