backup og meta

Divi-divi

Kegunaan

Apakah kegunaan divi-divi?

Divi-divi merupakan sejenis herba. Biji benihnya dipecahkan dan dipanggang untuk dibuat ubat.

Individu mengambil divi-divi untuk merawat demam serta diabetes.

Bagaimanakah divi-divi berfungsi?

Kajian masih belum mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil divi-divi?

Sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda sekiranya:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap divi-divi atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat daripada pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah divi-divi selamat

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan penggunaan divi-divi serta kesan sampingan yang boleh terjadi.

Langkah berjaga-jaga serta amaran khusus

Mengandung serta menyusukan anak: Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan penggunaan divi-divi pada ibu mengandung atau menyusukan anak. Sila ambil langkah selamat dan elakkan daripada mengambilnya. 

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan divi-divi?

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesan-kesan sampingannya, sila berjumpa dengan doktor anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan divi-divi ?

Divi-divi mungkin bertindak balas dengan ubat lain yang anda ambil atau mengikut keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos divi-divi  yang biasa diberikan?

Dos untuk divi -divi ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Ketersediaan divi-divi

Divi-divi boleh didapati dalam bentuk:

  • Kapsul divi-divi

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Divi-Divi http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-425-divi-divi.aspx?activeingredientid=425&activeingredientname=divi-divi Accessed September 25, 2017

Divi-Divi http://www.emedicinehealth.com/divi-divi/vitamins-supplements.htm Accessed September 25, 2017

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Lelaki Yang Bermasalah LEMAH BATIN, Mungkin Boleh Cuba 5 Herba Tradisional Ini!

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan