backup og meta

Faedah Kesihatan dengan Pengambilan Coklat Gelap

Faedah Kesihatan dengan Pengambilan Coklat Gelap

Orang membuat coklat gelap daripada benih pokok koko. Makanan super ini dibungkus dengan nutrien dan merupakan penjana antioksidan yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda dalam banyak perkara. Ikuti kami untuk mengetahui faedah kesihatan coklat gelap yang menakjubkan.

Coklat gelap kaya dengan nutrien

Coklat gelap yang berkualiti, tinggi kandungan koko pastinya berkhasiat dengan banyak mineral serat larut.

100g coklat gelap dengan 70-85% koko mempunyai:

  • Serat: 11g
  • Zat besi: 67% daripada RDA
  • Magnesium: 58% daripada RDA
  • Kuprum: 89% daripada RDA
  • Mangan: 98% daripada RDA
  • Kalium, fosforus, zink dan selenium: jumlah yang banyak

Tambahan pula, coklat gelap turut mengandungi lemak baik. Majoriti daripada lemaknya adalah tepu dan monotaktepu. Hanya sedikit daripadanya adalah politaktepu.

Selain itu, coklat gelap memberi sedikit perangsang seperti kafein dan theobromine. Walau bagaimanapun, ia tidak cukup untuk memastikan anda terjaga seperti kopi.

100g coklat gelap juga memberikan anda 600 kalori dan jumlah gula yang cukup. Oleh itu, kuncinya adalah kesederhanaan.

Coklat gelap penjana antioksidan

Coklat gelap kaya dengan antioksidan, termasuk polifenol, flavanol, catechin dan lain-lain. Ia boleh menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel dan membahayakan kesihatan kita.

Coklat gelap boleh memperbaiki aliran darah dan menurunkan tekanan darah

Coklat gelap mengandungi flavanol yang boleh menggalakkan lapisan arteri (endotelium) untuk menghasilkan nitrik oksida (NO). NO adalah gas yang fungsinya adalah untuk menghantar isyarat, menjadikan arteri relaks, menurunkan rintangan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Terdapat ujian yang menunjukkan koko dan coklat gelap mempunyai keupayaan untuk memperbaiki aliran darah dan menurunkan tekanan darah walaupun kesannya tidak signifikan.

Coklat gelap mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Coklat gelap mengandungi sebatian yang benar-benar pelindung dalam melawan pengoksidaan LDL. Dalam jangka masa panjang, keupayaan sebegini menghasilkan penurunan kolesterol dalam arteri. Hal ini memberi pengguna penurunan risiko menghidap masalah jantung.

Terdapat juga kajian yang boleh mengesahkan peningkatan drastik ini. Sehubungan itu, penyelidik menjalankan kajian ke atas 470 lelaki tua dan mendapati bahawa dalam 15 tahun mengambil coklat gelap, 50% daripada mereka mempunyai risiko menurunkan kematian kardiovaskular. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa dengan memakan coklat dua kali seminggu membuatkan orang kurang berkemungkinan mempunyai plak berkalsifikasi dalam arteri mereka. Penurunan ini adalah kira-kira 32%. Satu lagi kajian membuktikan bahawa memakan coklat lebih daripada 5 kali seminggu boleh menurunkan risiko sebanyak 57%.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 Proven Health Benefits of Dark Chocolate https://authoritynutrition.com/7-health-benefits-dark-chocolate/ Accessed June 23, 2017

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!

Akar Seruntun Kaya Khasiat, Tapi, Jika Terlebih Dos Boleh Sebabkan Kesan Toksik Pada Hati!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan