backup og meta

Cohosh Hitam (Black Cohosh)

Kegunaan

Apakah kegunaan Cohosh Hitam (Black Cohosh)?

Cohosh hitam adalah herba, yang biasanya digunakan untuk merawat:

  • Menopaus
  • Sindrom prahaid (PMS)
  • Haid yang menyakitkan
  • Jerawat
  • Tulang yang lemah (osteoporosis)
  • Memulakan proses kelahiran pada wanita hamil

Selain itu, cohosh hitam juga boleh digunakan sebagai kegunaan tambahan, seperti kebimbangan, reumatisme, demam, sakit tekak, dan batuk serta memperbaiki penampilan kulit.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian mengenai bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa cohosh hitam berfungsi pada sistem imun dan membantu tubuh melawan penyakit.

Beberapa bahan kimia lain dalam cohosh hitam bekerja di saraf dan di dalam otak, sebagai neurotransmitter. Selain itu, cohosh hitam juga mempunyai beberapa kesan yang serupa dengan hormon wanita, estrogen.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Cohosh Hitam (Black Cohosh)?

Sila berunding dengan doktor anda atau ahli farmasi atau pakar herba, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan anak. Ini adalah kerana, ketika anda menjangkakan bayi atau menyusukan bayi, anda patut hanya mengambil ubat-ubatan atas saranan doktor.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuklah apa-apa ubat yang anda sedang ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan cohosh hitam atau ubat-ubatan lain atau herba-herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit-penyakit lain, gangguan, atau keadaan perubatan.
  • Anda mempunyai lain-lain jenis alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Keuntungan mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Cohosh Hitam (Black Cohosh) selamat digunakan?

Kehamilan dan menyusu

Cohosh hitam mungkin tidak selamat apabila menggunakannya. Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko keguguran.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Cohosh Hitam (Black Cohosh)?

Cohosh hitam mungkin selamat untuk semua pesakit, apabila diambil melalui mulut dengan betul oleh orang dewasa sehingga satu tahun. Ia boleh menyebabkan beberapa kesan ringan, seperti:

  • Perut tidak selesa
  • Kekejangan
  • Sakit kepala
  • Ruam
  • Rasa berat
  • Tompok merah atau pendarahan dari faraj
  • Naik berat badan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Cohosh Hitam (Black Cohosh)?

Keadaan-keadaan kesihatan yang boleh bertindak balas dengan herba anda, termasuklah:

  • Kanser payudara
  • Keadaan hormon sensitif termasuk endometriosis, fibroid, kanser ovari, kanser rahim
  • Penyakit hati
  • Pemindahan buah pinggang
  • Kekurangan protein

Ubat-ubatan yang mungkin bertindak balas dengan herba anda, termasuklah:

  • Atorvastatin (Lipitor)
  • Cisplatin (Platinol-AQ)
  • Ubat yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 2D6 (CYP2D6) termasuk amitriptyline (Elavil), clozapine (Clozaril), codeine, desipramine (Norpramin), donepezil (Aricept), fentanyl (Duragesic), flecainide (Tambocor), fluoxetine ), meperidine (Demerol), methadone (Dolophine), metoprolol (Lopressor, Toprol XL), olanzapine (Zyprexa), ondansetron (Zofran), tramadol (Ultram), trazodone (Desyrel), dan lain-lain.
  • Ubat-ubatan yang boleh merosakkan hati (ubat hepatotoxic) termasuk acetaminophen (Tylenol dan lain-lain), amiodarone (Cordarone), carbamazepine (Tegretol), isoniazid (INH), methotrexate (Rheumatrex), methyldopa (Aldomet), fluconazole (Diflucan) Sporanox), eritromisin (Erythrocin, Ilosone, yang lain), phenytoin (Dilantin), lovastatin (Mevacor), pravastatin (Pravachol), simvastatin (Zocor), dan banyak lagi.

Cohosh Hitam (Black Cohosh) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Cohosh Hitam (Black Cohosh) yang biasa digunakan?

Untuk simptom menopaus: dos yang disyorkan ialah 20-80 mg sekali atau dua kali sehari.

Untuk tulang yang lemah (Osteoporosis): dos yang disyorkan adalah 40 mg setiap hari.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Cohosh Hitam (Black Cohosh)?

Cohosh hitam boleh didapati dalam bentuk-bentuk dos yang berikut:

  • Cohosh hitam diekstrak dalam bentuk kapsul

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Black Cohosh. https://ods.od.nih.gov/factsheets/BlackCohosh-HealthProfessional/. Accessed March 15, 2017.

Black Cohosh. https://nccih.nih.gov/health/blackcohosh/ataglance.htm. Accessed March 15, 2017.

Black Cohosh. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-857-black%20cohosh.aspx?activeingredientid=857&. Accessed March 15, 2017.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!

Akar Seruntun Kaya Khasiat, Tapi, Jika Terlebih Dos Boleh Sebabkan Kesan Toksik Pada Hati!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan