backup og meta

Pendarahan dalaman trombosis

Definisi

Apa itu Pendarahan dalaman trombosis?

Pendarahan dalaman adalah penyakit yang disebabkan oleh peredaran darah yang terganggu di dalam vena Pendarahan pada bahagian bawah rektum. Biasanya, keadaan ini tidak menyebabkan kesakitan melainkan jika terdapat trombosis.

Pendarahan yang trombosis berlaku sekiranya terdapat darah beku atau trombus yang terbentuk di dalam saluran darah disebabkan oleh Pendarahan yang bengkak.  Perkara ini akan menyebabkan tekanan di dalam Pendarahan yang telah radang meningkat dan mengakibatkan kesakitan yang teruk.

Apakah kebarangkalian Pendarahan dalaman trombosis?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pendarahan dalaman trombosis?

Simptom-simptom yang biasa berlaku bagi Pendarahan dalaman yang trombosis ialah:

Pendarahan rektum

Ini merupakan salah satu simptom awal Pendarahan, yang mana bermula dengan calitan darah kecil yang anda jumpa pada tisu tandas. Apabila Pendarahan dalaman yang trombosis ini semakin berkembang, pendarahan menjadi semakin banyak dan berterusan selepas membuang air besar.

Kesakitan

Pada peringkat awal, anda hanya akan berasa sakit ketika membuang air besar. Sekiranya anda tidak menjalani rawatan yang sepatutnya ketika itu, kawasan radang pada Pendarahan dalaman yang trombosis akan menjadi semakin bengkak menyebabkan kesakitan menjadi kekal dan tidak boleh ditahan meskipun hanya dengan berdiri dan berjalan.

Sensasi bendasing dan gatal-gatal

Salah satu simptom ketara bagi Pendarahan dalaman yang trombosis ialah rasa seperti terdapat bendasing pada bahagian bawah rektum. Selain itu, radang telah menyebabkan mukosa usus menghasilkan lelehan yang mengakibatkan gatal-gatal dan rasa seperti terbakar pada kawasan anus di sekeliling Pendarahan.

Kebocoran najis

Inkontinens rektum juga antara simptom paling biasa terjadi bagi Pendarahan dalaman yang trombosis. Perkara ini terjadi disebabkan oleh otot yang kendur di kawasan anus.

Prolaps

Tidak mengendahkan simptom-simptom yang disebut sebelum ini akan mengakibatkan komplikasi serius bagi Pendarahan dalaman yang trombosis apabila Pendarahan yang telah radang tersebut membengkak dengan terlalu besar dan terkeluar melalui anus. Keadaan ini dipanggil prolaps Pendarahan dalaman dan memerlukan rawatan perubatan profesional. Bahkan kadang kala rawatan melibatkan pembedahan.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Pendarahan dalaman trombosis?

Punca-punca utama adalah:

Meneran dengan kuat ketika membuang air besar

Hal ini biasanya berlaku disebabkan oleh sembelit atau cirit birit yang menganggu otot dan saluran darah di dalam terowong rektum.

Kurang berdiri

Sekiranya seseorang individu itu duduk terlalu lama disebabkan oleh kerja atau kesukaran yang lain (termasuk masalah untuk membuang air besar), aliran darah pada kawasan tersebut akan tersekat. Oleh itu, sangat penting untuk meluangkan sedikit masa untuk berdiri atau berjalan ketika hari siang.

Kurang bersenam

Kadang kala, berjalan sahaja tidak cukup untuk mencegah Pendarahan yang telah tersumbat. Semua tonus otot badan perlu ditingkatkan, dan perkara ini hanya boleh dilakukan melalui senaman, meskipun dengan senaman ringkas sahaja.

Kurang diet berserat

Jika diet mengandungi kuantiti serat yang rendah, kemungkinan untuk sembelit berlaku adalah lebih kerap. Oleh sebab najis yang lembut merupakan faktor utama dalam membantu mencegah Pendarahan yang trombosis, kuantiti serat dalam diet adalah perkara yang penting.

Obesiti

Individu yang obesiti mempunyai lebih banyak tekanan yang diletakkan pada seluruh sistem mereka, termasuk sistem kardiovaskular. Saluran darah mendapat banyak tekanan dalam kes ini dan sering menyebabkan Pendarahan tersumbat.

Hamil dan sukar untuk bersalin

Apabila fetus membesar, tekanan yang berlebihan akan berlaku pada saluran darah, kadang kala akan merosakkan saluran darah. Kesukaran semasa bersalin menjadikan punca ini semakin teruk, meningkatkan lagi kemungkinan untuk mendapat keadaan ini.

Umur

Semakin meningkat usia, semua tisu akan menjadi semakin lemah, menyebabkan risiko untuk mendapat Pendarahan semakin meningkat. Apabila tisu tersebut meregang dan semakin lemah, ia lebih mudah untuk mencapat had ketegangannya.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pendarahan dalaman trombosis?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pendarahan dalaman trombosis didiagnosis?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pendarahan dalaman trombosis dirawat?

Rawatan Pendarahan dalaman yang trombosis boleh dilakukan dengan atau tanpa pembedahan. Pendarahan boleh dirawat menggunakan kaedah rawatan sampingan dan diuruskan tanpa pembedahan jika didiagnosis pada peringkat awal. Jika dibiarkan tanpa perhatian dan penjagaan yang bersesuaian, Pendarahan akan menyebabkan masalah apabila ia menjadi sangat besar dan menyakitkan. Bagi kes sebegini, Pendarahan tersebut memerlukan pembedahan segera.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pendarahan dalaman trombosis?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi Pendarahan dalaman yang trombosis:

Selain daripada pembedahan, terdapat beberapa kaedah konservatif untuk rawatan Pendarahan dalaman yang trombosis. Ia melibatkan kaedah rawatan sampingan, ubat tahan sakit, pelembut najis, dan ubat-ubat lain seperti minyak, krim dan supositori. Rawatan ini akan membantu anda menguatkan saluran darah, merangsang penyerapan darah beku, dan melawan simptom seperti bengkak, inflamasi dan pendarahan.

Anda harus mula dengan perubahan diet serta tabiat dan cuba untuk mengamalkannya sepanjang hayat anda agar keadaan anda bertambah baik. Saranan berikut juga boleh dijadikan sebagai kaedah pencegahan bagi mengelakkan Pendarahan dalaman yang trombosis:

  • Makan makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, yang mana akan membantu menjadikan najis anda lebih lembut (atau anda juga boleh mengambil makanan tambahan serat).
  • Minum jus ubi kentang sebelum mengambil makanan kerana ia mempunyai kesan antiradang.
  • Bersenam setiap hari bagi membantu mengekalkan tonus badan anda, terutamanya jika anda mempunyai pekerjaan yang tidak melibatkan aktiviti fizikal.
  • Jangan lambat ke tandas jika anda rasa mahu membuang air besar bagi mengelakkan anda daripada meneran.

Selain itu, rawatan efektif yang lain juga boleh dijadikan sebagai rawatan sampingan bagi Pendarahan dalaman yang trombosis:

  • Amalkan “mandian sitz” bersama air rebusan birch putih. Ia membantu bagi mengurangkan bengkak pada Pendarahan dalaman yang trombosis dan menggalakkan proses keradangan berkurang. Mandian selama 30 minit sudah memadai.
  • Buat teh bersama persicaria maculosa. Herba penyembuh ini akan membantu anda dalam melegakan keradangan dan gatal-gatal. Anda disarankan agar meminum herba ini tiga kali sehari.
  • Buat supositori anda sendiri menggunakan produk semula jadi. Anda boleh menggunakan ubi kentang, madu, gam lebah, lidah buaya, dan lain-lain.
  • Sapu klister. Klister merupakan rawatan sampingan yang sangat membantu. Guna bersama jus ubi kentang dan bit, kamomil, kalendula, dan air rebusan minyak buckthorn. Ia akan membantu melegakan keadaan Pendarahan dalaman yang trombosis anda.

Semua pilihan rawatan sampingan ini boleh digunakan dengan ubat perubatan jika dibenarkan oleh penyedia kesihatan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan:

Internal thrombosed hemorrhoids. http://www.thrombosedhemorrhoidsinfo.com/. Accessed November 7, 2017

Internal thrombosed hemorrhoids. http://www.thrombosedhemorrhoidsinfo.com/internal-thrombosed-hemorrhoids/. Accessed November 7, 2017

Internal thrombosed hemorrhoids. https://www.webmd.com/digestive-disorders/understanding-hemorrhoids-treatment-medref#1. Accessed November 7, 2017

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Fariha Zakaria

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jika Anda Ada Masalah Sel Darah Putih Rendah, Atasinya Dengan 8 Langkah Ini

Ini Jenis Penyakit Darah Yang Anda MESTI Tahu Selain Anemia Dan Talasemia!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan