backup og meta

Radang Limfa

Definisi

Apa itu Radang Limfa?

Lymphangitis ialah radang (bengkak) pada saluran limfa. Ia adalah komplikasi yang biasa berlaku akibat jangkitan bakteria . Sistem limfa adalah sebahagian daripada sistem imuniti merangkumi organ, kelenjar, saluran kecil (duct), dan saluran (vessel) diseluruh tubuh badan. Ia menghasilkan dan menyalurkan cecair yang dipanggil limfa (lymph) daripada tisu-tisu ke dalam saluran darah.

Radang limfa berkemungkinan adalah tanda jangkitan kuman yang akan merebak dengan cepat dan menjadi serius. Penyakit ini boleh menyebabkan  jangkitan dalam darah dan jangkitan-jangkitan lain yang berbahaya pada nyawa seseorang.

Apakah kebarangkalian Radang Limfa?

Radang limfa biasa berlaku. Kebanyakan pesakit didiagnos dalam kalangan individu yang lemah sistem imuniti badan. Anda boleh mengehadkan keupayaan penyakit ini untuk menjangkiti anda dengan mengurangkan faktor risikonya. Silalah berunding dengan doktor anda untuk mendapat maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Radang Limfa?

Simptom radang limfa; terdapat jalur-jalur merah berhampiran dengan kawasan luka mengarah ke kelenjar limfa yang terdekat. Sebagai contoh, jika berlaku jangkitan kuman pada bahagian lengan, kelenjar limfa dibahagian ketiak akan membengkak. Jika kaki dijangkiti, kelenjar limfa dibahagian pangkal peha akan terjejas. Kelenjar ini akan membengkak dan sakit apabila disentuh. Lesu, kebas dibahagian luka, hilang selera makan, sakit kepala, sakit otot, bersikap dingin (cold person) dan demam mungkin akan dialami oleh pesakit.

Terdapat simptom dan tanda-tanda yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan tanda-tanda tersebut, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Silalah berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala yang dinyatakan di atas, atau mempunyai sebarang persoalan  berkaitan dengnnya. Setiap individu mempunyai tahap kesihatan dan kondisi yang berbeza. Selalulah berbincang dengan doktor anda bagi menentukan langkah-langkah untuk diagnosis dan mendapatkan rawatan terbaik untuk anda.

Punca

Apakah Punca Radang Limfa?

Kebiasaannya, radang limfa adalah disebabkan oleh jangkitan kuman akut (teramat pendek) pada bahagian kulit oleh kuman Streptococcus. Penyakit ini juga berpunca daripada jangkitan kuman Staphylococcus tetapi ia jarang berlaku jika dibandingkan dengan kuman Strepococcus. Jangkitan kuman ini menyebabkan radang pada bahagian kelenja limfa.

Radang limfa boleh juga dikatakan sebagai tanda jangkitan kulit yang menjadi semakin teruk. Bakteria ini mungkin merebak ke dalam saluran darah dan menyebabkan masalah kesihatan yang boleh meragut nyawa.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Radang Limfa?

Factor-faktor ini mungkin meningkatkan risiko untuk mendapat radang limfa:

  • Selepas mendapat rawatan kanser
  • Tidak mahu makan atau berhenti mengambil antibiotik
  • Tidak mengendahkan luka yang berkemungkinan mendapat jangkitan.

Tiada faktor risiko tidak bermakna anda terkecuali daripada mendapat penyakit ini. Tanda-tanda ini hanyalah sebagai rujukan. Anda perlu berunding kepada doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Radang Limfa didiagnosis?

Radang limfa perlu dirawat dengan segera. Rawatan ini termasuk antibiotik dan ubat tahan sakit (painkiller). Individu yang mempunyai gejala yang serius seperti demam, bersikap dingin (cold person), sakit otot perlu mendapat suntikan antibiotik secara terus ke dalam saluran darah. Tuala yang panas dan lembap dituam atau pad yang dipanaskan boleh diletakkan ke atas luka beberapa kali sehari untuk mengurangkan bengkak dan bertindak sebagai ubat anti-radang. Kawasan luka tersebut sebaiknya dirawat semampu boleh. Penjagaan luka selepas pengambilan ubat antibiotic jika perlu.

Jangkitan kuman yang disebabkan oleh kumpulan A Streptococcus memerlukan rawatan kecemasan. Radang kelenjar limfa boleh menjadi semakin teruk dengan cepat dan mengakibatkan komplikasi serius. Komplikasi ini boleh meragut nyawa.

Bagaimana pesakit Radang Limfa dirawat?

Doktor akan diagnos berdasarkan sejarah perubatan dan tahap kesihatan anda terutama memeriksa bahagian kelenjar limfa. Doktor anda juga memerlukan hasil ujian darah bagi mengenalpasti jenis bakteria dan tahap keseriusan penyakit tersebut.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Radang Limfa?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan di bawah mungkin dapat membantu anda mengatasi penyakit ini:

  • Habiskan antibiotik yang diberikan dan hubungi doktor anda jika demam berlanjutan selepas pengambilan antibiotik.
  • Anda perlu maklumkan kepada doktor jika ubat yang tidak disarankan oleh doktor (non-prescription drugs) seperti Acetaminophen atau Ibuprofen tidak membantu untuk meredakan kesakitan.
  • Minum air dengan banyak dan pastikan diet yang sihat untuk kembali pulih daripada penyakit tersebut.
  • Tutup dan angkat bahagian yang dijangkiti.
  • Gunakan tuala yang lembap dan panas ditempat yang dijangkiti untuk mengurangkan bengkak dan meningkatkan aliran darah.
  • Pulihlah dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda jangkitan seperti itu.
  • Hubungi doktor jika masih terdapat jalur-jalur merah berhampiran dengan luka dan merebak ke bahagian kelenjar limfa selepas mendapat rawatan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ferri, Fred. Ferri’s Netter Patient Advisor. Philadelphia, PA: Saunders / Elsevier, 2012.Download Version
Lymphangitis. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/007296.htm. Accessed September 15, 2016.

Versi Terbaru

29/11/2019

Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Jangan Timbulkan Stigma! Ini Sebab Kenapa Penyakit Cacar Monyet Dikaitkan Dengan Gay

Pencinta Haiwan Berbulu Berisiko Alami Jangkitan Kurap Kucing, Rawat Dengan 2 Cara Ini!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan