Ada Asbestos Dalam Bedak Bayi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Eh, betul ke ni? Bukan asbestos tu bahaya ke? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

33,000 botol bedak bayi ditarik balik

Pada hari Jumaat yang lalu (18 Oktober 2019), syarikat Johnson & Johnson mengalami kejatuhan saham sebanyak 6 peratus berikutan pemeriksaan oleh United States Health Regulators yang menjumpai sejumlah kecil asbestos di dalam kandungan bedak bayi yang dibeli secara atas talian. Ini merupakan kali pertama syarikat gergasi antarabangsa tersebut terpaksa menarik balik produk yang menjadi lambang kepada syarikat mereka disebabkan oleh pencemaran bahan tersebut.

Syarikat Johnson & Johnson telah beroperasi lebih daripada 130 tahun dan ia pernah terbabit dalam pelbagai jenis tuntutan mahkamah yang melibatkan peralatan perubatan, ubat anti psikotik dan kini, bedak bayi. Walaupun produk mereka telah didapati tercemar dengan bahan kimia tersebut, siasatan lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kepada pencemaran terbabit. Setakat ini tiada kesan asbestos yang dapat dikenal pasti pada lombong sumber talkum yang digunakan oleh syarikat berkenaan.

Asbestos dan kesannya kepada tahap kesihatan individu

Asbestos adalah gelaran yang diberikan kepada 6 jenis mineral semula jadi yang sering dijumpai dalam bentuk seberkas serat yang boleh diasingkan menjadi bebenang yang kuat. Ia sering digunakan sebagai bahan mentah untuk produk industri dan komersial kerana ia mempunyai kerintangan haba, api, bahan kimia yang tinggi. Aplikasinya meluas merangkumi pembuatan bangunan, industri kapal dan industri automotif.

Sekatan terhadap penggunaan asbestos dalam pembuatan produk industri dilakukan secara berperingkat. Ini berikutan pada tahun 1970 apabila United State Consumer Product Safety Commission (CPSC) telah mendapati bahawa penggunaanmya boleh menyebabkan ia  tersebar di kawasan persekitaran. Ia juga telah dikenal pasti sebagai bahan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) oleh United State Department of Health and Human Services (HHS), U.S. Environmental Protection Agency (EPA) dan International Agency for Research on Cancer (IARC). Antara kanser yang berkait dengan penggunaan asbestos adalah:

  1. Mesothelioma (kanser pada membran yang menyelaputi dinding dada dan abdomen).
  2. Kanser paru-paru.
  3. Kanser tekak.
  4. Kanser ovari

Selain daripada kanser, ia juga boleh menyebabkan keradangan paru-paru. Individu yang terdedah kepada bahan tersebut akan mengalami simptom asbestosis seperti kerosakan paru-paru kekal, simptom batuk dan sesak nafas.  

Faktor yang mempengaruhi terjadinya penyakit berkaitan asbestos

Tiada individu yang tidak pernah terdedah kepada asbestos. Ia terdapat di dalam air, tanah dan udara namun tahap kepekatannya tidak menyebabkan sebarang kesan sampingan terhadap aspek kesihatan populasi umum. Namun, bagi mereka yang bekerja secara langsung dengan bahan tersebut atau dikelilingi oleh bahan yang diperbuat daripadanya, risiko mereka untuk mendapat masalah kesihatan adalah tinggi.  

Terdapat beberapa faktor yang perlu dikenal pasti untuk menganggar risiko individu terhadap penyakit berkaitan asbestos:

  • Dos pendedahan
  • Durasi pendedahan
  • Saiz, bentuk dan komponen kimia serat bahan tersebut
  • Sumber pendedahan
  • Faktor risiko individu seperti merokok dan penyakit paru-paru sedia ada
  • Faktor genetik

Walaupun semua bentuk asbestos adalah berbahaya untuk kesihatan individu, jenisnya boleh mempengaruhi kecenderungan untuk mendapat penyakit. Sebagai contoh, asbestos jenis amphibole adalah lebih bahaya berbanding dengan jenis chrysotile memandangkan ia menetap lama di dalam paru-paru. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengiktiraf bahawa tiada tahap kepekatan yang selamat dalam konteks pendedahan terhadap bahan tersebut. Sebahagian individu mungkin tidak mendapat kanser jika terdedah kepadanya, namun sebahagian lagi mungkin boleh mendapat kanser sekiranya terdedah kepada asbestos berkuantiti kecil.

Konklusi

Risiko individu untuk mendapat komplikasi kesan daripada pendedahan terhadap asbestos mempunyai variasi berdasarkan faktor risiko individu tersebut. Pihak berkuasa perlu bekerjasama dengan organisasi dan syarikat yang terlibat bagi memastikan produk penjualan bebas daripada bahan tersebut dalam menjamin tahap kesihatan yang lebih baik dalam kalangan populasi umum.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

    Tahukah anda, jangkitan HPV sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa libatkan aktiviti seksual!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sejenis Cendawan Dikatakan Boleh Merawat HPV? Jangan Terlambat Untuk Ambil Vaksin!

    HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku dan berbahaya. Persoalannya, apa rawatan penyakit HPV? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Ramai yang percaya bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit paru paru berair. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Apa itu kanser prostat adalah sejenis kanser yang banyak terjadi kepada kaum lelaki. Persoalannya, wanita pun boleh terkena? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser, Kanser Prostat 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit asma gangguan pernafasan

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit paru paru

    Penyakit Paru-paru: Fakta Lengkap Mengenai Jenis, Punca & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit wanita

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab kanser kolon

    Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan