Cara cegah malaria yang terbukti efektif!

Jangan hanya fokus kepada COVID-19 sahaja ya?
Penyakit ini juga mungkin boleh terjadi jika kita kurang beri perhatian kepadanya! Ini dia beberapa cara cegah malaria yang terbukti efektif:
#1. Tidur di dalam kelambu untuk cegah malaria
Ya, ia memang kedengaran agak seperti kebudak-budakan. Namun, inilah yang sepatutnya dilakukan.
Jika anda tidak berjaya mencari kelambu bersaiz besar untuk memuatkan anda di dalamnya, mungkin boleh membuatnya sendiri di rumah?
Cuma pastikan kelambu DIY anda itu memiliki ruang pengudaraan yang bagus ya?
#2. Kenakan pakaian menutupi keseluruhan kulit
Tidak perlulah anda memakai purdah atau niqab di dalam rumah.
Cukup sekadar anda mengenakan pakaian yang menutupi majoriti kulit sahaja.
Caranya, pakai baju lengan panjang, seluar panjang, sarung tangan atau sarung kaki!
Disebabkan cuaca di Malaysia yang agak panas, mungkin kalian boleh kenakan pakaian yang berwarna cerah dan berfabrik nipis serta lembut.

#3. Tutup pintu dan tingkap ketika berada di dalam rumah
Kita sedia maklum punca malaria adalah disebabkan oleh vektor berupa serangga nyamuk.
Oleh itu, kita perlu memastikan agar ia berada jauh dari kita.
Ketika berada di dalam rumah, pastikan kalian sentiasa tutup pintu dan tingkap untuk mengelakkan ia masuk ke dalam rumah.
Ini adalah langkah yang paling efektif.
Untuk lebih selamat, mungkin anda perlu tutup juga celah-celah lubang terutamanya yang berada di tempat yang tinggi.
Cuma pastikan anda masih mampu mendapatkan pengudaraan yang baik.
#4. Spray aerosol ke tempat pembiakan nyamuk malaria
Sama seperti nyamuk Aedes, nyamuk Anopheles juga akan membiak di tempat air bertakung.
Oleh itu sentiasalah kemas kawasan dalam dan luar rumah anda terutamanya pasu, baldi, kolah atau mana-mana sahaja tempat yang boleh menakung air.
Selain itu, gunakan spray aerosol ke tempat pembiakan nyamuk ini sebelum anda masuk ke sesuatu tempat di dalam kawasan rumah anda.
Cuma, pastikan anda tidak menggunakannya secara keterlaluan ya?
Ini kerana spray aerosol ini adalah berbahaya terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan bayi.
#5. Ambil vaksin atau ubat mencegah malaria
Ini adalah cara merawat malaria yang paling utama.
Di Malaysia, terdapat Chloroquine yang digunakan untuk merawat Malaria.
Lebih mengejutkan, ubat ini juga dicadangkan sebagai salah 1 alternatif untuk merawat virus korona baharu yang sedang melanda dunia kini.
Sekiranya anda ingin keluar melancong ke negara yang berisiko tinggi menyebarkan malaria, pastikan anda berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan vaksin atau ubat untuk melindungi anda.
Akhir kata, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan jika anda mengesyaki diri anda terjangkiti penyakit bawaan nyamuk ini atau apa sahaja jenis penyakit.
Gunakanlah tips yang kami kemukakan ini sebagai salah 1 cara mencegah malaria yang kalian boleh amalkan.
Mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.