6 Salah Faham Umum Berkenaan Sindrom Down Yang Sering Kita Dengar

Oleh

Kemas kini Tarikh 11/05/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Golongan yang mengalami sindrom Down seringkali perlu berhadapan dengan stigma negatif masyarakat yang kurang mengetahui keadaan sebenar penghidapnya. Stigma-stigma ini wujud berdasarkan kurangnya pendedahan berkenaan situasi sebenar penghidap sindrom Down, selain kurangnya sikap cakna, ambil peduli atau ambil berat berkenaan hal penghidap sindorm Down. 

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa salah faham yang sering berlegar berkenaan sindrom Down. Jika tidak terdapat penerangan berkenaan tanggapan yang salah ini, kesalah fahaman ini akan terus bermain-main dalam minda anggota masyarakat seolah-olah ia adalah benar. Bagi menjawab segala salah faham yang pernah muncul, kami akan menerangkan secara ringkas berkenaan isu-isu sindrom Down. 

#1. Salah faham 1: Hanya ibu bapa yang lebih berusia akan mendapat anak dengan sindrom Down.

Realiti: Berdasarkan kajian oleh CDC, 80% kanak-kanak penghidap sindrom Down dilahirkan oleh ibu yang berumur kurang daripada 35 tahun. Kajian CDC menyatakan bahawa peluang untuk mendapat anak sindrom Down seiring dengan usia yang meningkat adalah semakin tinggi. Walau bagaimanapun, memandangkan ibu yang lebih muda adalah lebih mudah melahirkan anak, maka kebanyakan anak penghidap sindrom Down dilahirkan oleh ibu muda.

#2. Salah faham 2: Kanak-kanak penghidap sindrom Down akan merosakkan perkahwinan

Realiti: Satu kajian menyatakan, kadar perceraian dalam kalangan keluarga yang mempunyai penghidap sindrom Down adalah lebih rendah.

#3. Salah faham 3: Kanak-kanak penghidap sindrom Down mempunyai jangka hayat yang rendah

Realiti: Purata jangka hayat penghidap sindrom Down adalah 60 tahun. Terdapat sesetengah daripada mereka memiliki jangka hayat sehingga 80 tahun. 

#4. Salah faham 4: Penghidap sindrom Down tidak boleh membaca atau menulis

Realiti: Majoriti kanak-kanak penghidap sindrom Down sebenarnya mempunyai kebolehan untuk belajar membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, guru yang terlibat perlulah seorang yang terlatih, mempunyai jangkan yang tinggi terhadap pelajarnya, selain kemajuan pelajar dinilai secara formal. 

#5. Salah faham 5: Penghidap sindrom Down mempunyai rupa yang sama

Realiti: Kebanyakan tetapi tidak semua penghidap sindrom Down mempunyai ciri yang sama. Kebanyakan mereka mempunyai bentuk mata yang sama dan ketinggian yang sedikit rendah, tetapi tidak semua mempunyai sifat sebegitu.

#6. Salah faham 6: Penghidap sindrom Down sentiasa gembira

Realiti: Ini ternyata silap. Penghidap sindrom Down juga mempunyai pelbagai perasaan seperti gembira, sedih, marah dan kecewa sepertimana individu lain. Satu kajian malah menunjukkan bahawa penghidap sindrom Down mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kemurungan, dan ia kekal tidak dirawat. 

Selepas membaca ini, kami pasti anda telah tahu bahawa kesemua perkara yang sering fikirkan berkenaan penghidap sindrom Down adalah salah dan kurang tepat. Bagi mereka yang telah mengetahui kebenarannya, sebarkan fakta ini jika anda berhadapan dengan individu lain yang masih mempunyai persepsi yang salah atau negatif terhadap penghidap sindrom Down. Tindakan ini bermula daripada diri anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan:

  1. https://www.globaldownsyndrome.org/about-down-syndrome/misconceptions-vs-reality/

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Sperma suami sangat penting bagi lelaki yang inginkan cahaya mata. Apabila anda menghadiri pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/01/2021 . 3 minit bacaan

PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

PTSD adalah masalah kesihatan mental yang boleh dialami sesiapa sahaja. Jom kenali pencetus gangguan serta cara untuk mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

Mungkin ramai yang tak percaya ada kaitan di antara masalah tak cukup tidur dengan osteoporosis. Hakikatnya, tidur merupakan salah satu elemen penting...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Mahu Snek Ringkas, Padat Dengan Nutrisi & Mudah Disedia? Kekacang Untuk Lebih Tenaga!

Sebagai kudapan sihat, cuba makan kacang sebelum bersenam. Banyak khasiat kacang yang ramai orang tidak tahu, termasuklah keupayaannya untuk beri tenaga!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah menstruasi wanita

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
conteng dinding

Aduh, Panas Hati Bila Anak Suka Conteng Dinding! Bertenang, Cuba 5 Tip Ini Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
susah tidur

Cepat Penat & Susah Tidur Waktu Malam? Hati-Hati, Ia Mungkin Masalah TAK Disangka Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit glue ear

Telinga Anda Kerap Berdesing Dan Sukar Mendengar? Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan