Guna Ubat Cuci Usus Untuk Cepat Kurus, Benarkah Berkesan Atau Mendatangkan Bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/10/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pernah dengar pasal produk cuci usus tak? Bila usus dah berkerak, itu yang jadi punca gemuk. Jadi kalau tak nak gemuk, kenalah cuci usus. Haaa…senang bukan? Tapi betul ke?

Fakta atau mitos

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook peribadi seorang doktor pakar perubatan keluarga dan Pengerusi Majlis Penasihat Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Dr Suhazeli Abdullah, isu cuci usus merupakan isu lama.

Ia mula menjadi kepercayaan sekitar tahun 1920 hingga 1930 bahawa, kerak usus kotor yang terhasil daripada makanan yang tidak dihadam akan menyebabkan kesan buruk seperti kanser.

Selain itu, kerak yang berada dalam usus juga boleh mengeluarkan toksin dan mengakibatkan badan menjadi lemah, gemuk serta pelbagai kesihatan lain.

Walau bagaimanapun, menurut Dr Suhazeli, sehingga kini tiada bukti kukuh mengenai amalan mencuci usus yang boleh membawa manfaat.

Cumanya dari aspek psikologi, individu yang menggunakan produk cuci usus ini berasa lega kerana tiada najis yang bertimbun di dalam usus.

Apa itu cuci usus?

Bagi anda yang masih blur, mencuci usus ini adalah merujuk kepada perbuatan untuk membersihkan usus besar dari najis dengan pengambilan produk yang sebenarnya hanyalah ubat bagi merawat penyakit sembelit. 

Kaedah lain yang wujud untuk cuci usus adalah menggunakan air yang dimasukkan melalui lubang dubur untuk mengeluarkan najis.

What!!! Seriously? Ya, percayalah kaedah yang boleh dikatakan keterlaluan itu sebenarnya berisiko untuk menyebabkan kecederaan pada usus.

Jangkitan kuman pun boleh berlaku pada abdomen.

Kebanyakan produk dijual di pasaran yang kononnya akan membantu anda untuk kurus dan bertambah sihat adalah seperti pil ajaib mahupun cecair berkepekatan tinggi.

Produk seperti itu dikatakan dapat merangsang pergerakan usus, sekali gus mencuci usus daripada najis.

Namun hakikatnya, istilah cuci usus itu hanya wujud dan diguna pakai dalam perubatan. Di mana ia adalah sebagai satu prosedur persiapan untuk endoskopi dengan menggunakan kamera bagi mengesan penyakit kanser usus oleh pakar bedah.

Kesan bahaya

Hakikatnya, produk cuci usus yang kononnya baik untuk membantu membersihkan usus daripada kekotoran adalah sangat berbahaya. Ini kerana apabila menggunakan produk-produk ini, ia akan menarik keluar air dari sel badan.

Keadaan sel yang kekurangan air, mengakibatkan buah pinggang bertindak balas untuk menyimpan air dan sekali gus mengurangkan air kencing.

Apabila keseimbangan ini tidak dapat dikawal, risiko untuk buah pinggang mengalami kerosakan adalah tinggi.

Garam galian di dalam badan menjadi tidak seimbang berisiko mengembangkan masalah berkaitan kegagalan buah pinggang, denyutan jantung tidak selari dan otot badan menjadi lemah. Sudah tentu keadaan seperti ini boleh meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan lain.

Penjagaan semula jadi

Penggunaan bahan cuci usus yang tidak diketahui kesahihannya adalah amat berbahaya, apatah lagi jika penggunaannya adalah secara berlebihan. Kononnya niat nak cuci usus untuk sihat, end up jadi masalah lain pula. 

Jadi cara terbaik adalah melalui pemakanan yang sihat, bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mudah, bukan? Tak perlu sebarang produk pun!

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Meneran Punca Angin Pasang? Awas Ya, Lelaki & Wanita Pun Boleh Kena!

    Ramai yang belum tahu apa itu hernia. Ia adalah penyakit yang dikenali sebagai angin pasang. Bukan lelaki sahaja, wanita juga boleh kena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Ada yang mengalami berak berdarah namun takut atau malu untuk berjumpa doktor. Jangan begitu, ia mungkin disebabkan oleh perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Patutlah Susah Nak Kurus, Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi, Betul Ke?

    Kalian tahu apa itu kerak usus? Ada orang kata ia adalah punca sebenar perut boroi. Adakah ia fakta atau mitos? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Pendarahan Gastrousus

    Pendarahan gastrousus (GI) adalah satu simptom gangguan yang berlaku dalam saluran pencernaan anda. Ketahui lebih lanjut mengenainya disini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 09/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan usus

    Benarkah Saluran Usus & Otak Saling Berkaitan? Ini 4 Keadaan PATUT Anda Ketahui…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
    cuci usus

    Berada Dalam Golongan Berisiko Kanser Kolorektal? Ini Cara Wajib Dibuat Untuk Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
    usus kecil

    Selalu Buang Angin & Sakit Perut? Haaa… Itu Tanda Banyak Bakteria Dalam Usus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    perut masuk angin

    Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan