Rifampicin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 6 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apa itu Rifampicin?

Rifampicin adalah antibiotik rifamycin. Ia berfungsi dengan membunuh atau menghentikan pertumbuhan bakteria. Antibiotik hanya merawat jangkitan bakteria. Ia tidak berfungsi dalam jangkitan virus (seperti selsema). Penggunaan antibiotik yang tidak perlu atau berlebihan akan mengurangkan keberkesanannya.

Bagaimanakah kegunaan Rifampicin?

Rifampicin sering digunakan untuk mencegah dan merawat tuberkulosis dan jangkitan lain.

Rifampicin paling baik diambil ketika perut kosong dengan segelas air penuh (8 auns atau 240 ml), 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan; atau ambil seperti yang diarahkan oleh doktor.

Sekiranya anda ada rasa mual, jangan ambil anti-asid bersama rifampicin kerana ia akan mengurangkan keberkesanan ubat ini. Walaubagaimanapun, jika anda perlu ambil anti-asid, tunggu sekurang-kurangnya 1 jam selepas mengambil ubat ini.

Sekiranya anda gagal menelan kapsul, anda boleh membukanya dan taburkan isinya ke dalam satu sudu penuh epal hancur yang sejuk dan lembut atau jeli. Kemudian, terus makan campuran tersebut. Jangan sediakan bekalan untuk penggunaan masa akan datang.

Bagaimana saya menyimpan Rifampicin?

Rifampicin paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan rifampicin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang  ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Rifampicin ?

Rifampicin boleh menyebabkan mengantuk atau pening lalat. Kesan-kesan ini mungkin lebih teruk jika anda mengambilnya bersama alkohol atau ubat-ubatan tertentu. Gunakan rifampicin dengan berhati-hati. Jangan lakukan sesuatu yang barangkali bahaya sebelum anda tahu bagaimana cara bertindak dengannya.

Adakah selamat untuk mengambil Rifampicin semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Mengandung

Rifampicin hanya digunakan jika benar-benar diperlukan. Apabila ubat ini diambil ketika minggu-minggu terakhir mengandung, ia boleh meningkatkan risiko pendarahan bagi ibu dan bayi. Terus maklumkan pada doktor anda sekiranya anda melihat pendarahan pada bayi. Bincangkan risiko dan manfaatnya dengan doktor anda.

Menyusukan bayi

Rifampicin masuk ke dalam susu ibu tapi tidak membahayakan bayi yang menyusu. Sila berunding dengan doktor anda sebelum menyusukan bayi.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Rifampicin ?

Rifampicin boleh, tetapi jarang, menyebabkan penyakit hati yang serius. Walaupun kadangkala perlu untuk merawat jangkitan tertentu dengan menyeluruh, rawatan gabungan bersama ubat-ubatan lain (seperti isoniazid, pyrazinamide) boleh meningkatkan risikonya. Beritahu doktor anda dengan segera jika mana-mana kesan sampingan berikut berlaku:

  • Simptom seakan-akan selsema (demam, menggigil, sakit kepala, sakit otot)
  • Tanda-tanda masalah buah pinggang (seperti perubahan kuantiti air kencing)
  • Mual/muntah yang berpenjangan
  • Sakit perut
  • Air kencing berwarna gelap
  • Mata/kulit berwarna kuning
  • Perubahan mental/mod (seperti kebingungan, tingkah laku luar biasa)
  • Penat luar biasa
  • Mudah lebam/berdarah
  • Bintik-bintik merah kecil di kulit
  • Sakit/bengkak pada sendi

Rifampicin boleh, tetapi jarang, menyebabkan kondisi usus yang teruk (cirit-birit terkait dengan Clostridium difficile) kerana jenis bakteria yang degil. Keadaan ini boleh berlaku semasa atau beberapa minggu ke beberapa bulan selepas rawatan berhenti. Jangan gunakan produk cirit-birit jika anda mengalami mana-mana simptom berikut kerana produk ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Beritahu doktor jika anda mengalami:

  • Cirit-birit berpanjangan
  • Sakit/kejang perut
  • Darah/lendir di dalam tahi

Penggunaan rifampicin untuk jangka masa yang lama atau berulang kali boleh menyebabkan jangkitan kulat pada mulut atau jangkitan baru ragi (jangkitan fungus di mulut/faraj). Sila berhubung dengan doktor jika anda melihat tompok putih di dalam mulut anda, perubahan pada cecair faraj atau simptom baru yang lain.

Tindakbalas alergik yang serius terhadap ubat ini adalah jarang. Walaubagaimanapun, sila dapatkan rawatan perubatan jika anda melihat mana-mana simptom tindakbalas alergik yang serius termasuk:

  • Ruam
  • Bengkak/gatal (terutamanya di muka/lidah/tekak)
  • Pening yang teruk
  • Masalah pernafasan

Ini bukanlah senarai kesan sampingan yang lengkap. Jika anda melihat kesan-kesan lain yang tidak disenaraikan di atas, sila berhubung dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Rifampicin ?

Rifampicin mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Atazanavir, cabazitaxel, darunavir, delavirdine, dronedarone, etravirine, fosamprenavir, lurasidone, nifedipine, praziquantel, ranolazine, saquinavir, tipranavir, perencat reseptor tyrosine kinase (seperti lapatinib), atau voriconazole kerana keberkesanannya boleh berkurang dengan penggunaan rifampicin.
  • Banyak ubat prekripsi (contohnya yang digunakan untuk angina, kebimbangan, asma, pencegah kehamilan, pencair darah, kanser, kencing manis, masalah jantung, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, zat besi tinggi, asid urik tinggi, HIV, gentian hormon, penekanan system imun, jangkitan, keradangan, degupan jantung tidak sekata, sodium rendah, vitamin D rendah,masalah mod atau mental, mual dan muntah, sakit, sawan, tidur, tiroid) boleh bertindakbalas dengan rifampicin sekaligus meningkatkan risiko mengalami kesan sampingan dan mengurangkan keberkesanannya.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan Rifampicin?

Rifampicin mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Rifampicin ?

Rifampicin akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Sila beritahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

  • Anda sedang mengambil mana-mana ubat preskripsi atau non-preskripsi, herba atau suplemen.
  • Anda ada alahan terhadap ubat, makanan atau bahan lain.
  • Anda ada masalah pada kelenjar adrenal, penyakit darah porfiria, kencing manis, masalah hati (seperti sirosis, kuning) atau keradangan atau saluran hempedu tersumbat.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk tuberkulosis – aktif

Rejimen harian: 10 mg/kg (sehingga 600 mg/hari) melalui mulut atau IV sekali sehari.

Rejimen berselang: 10 mg/kg (sehingga 600 mg/dos) melalui mulut atau IV 2 atau 3 kali seminggu.

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk tuberkulosis – laten

10 mg/kg (tidak melebihi 600 mg) melalui mulut atau IV sehari sehari selama 4 bulan.

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk pencegangan meningitis meningococcal

600 mg melalui mulut atau IV 2 kali sehari selama 2 hari.

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk pencegahan haemophilus influenza

600 mg melalui mulut atau IV sekali sehari selama 4 hari berturut-turut.

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk endokarditis

300 mg melalui mulut atau IV setiap 8 jam ke 6 minggu.

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk legionella pneumonia

600 mg melalui mulut atau IV sekali sehari selama 14 hari.

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk pembawa staphylococcus areus dalam hidung

600 mg melalui mulut atau IV dua kali sehari selama 5 hari.

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk meningitis

600 mg melalui mulut atau IV sekali sehari selama 10 ke 14 hari.

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk penyakit kusta (leprosy) – tuberkuloid

600 mg melalui mulut sekali sebulan bersama dapsone 100 mg sehari selama 6 bulan.

Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk penyakit kusta (leprosy) – borderline

600 mg melalui mulut sekali sebulan dan clofazimine bersama dapsone yang diambil secara harian dan clofazimine selama 12 bulan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos kebiasaan bagi kanak-kanak untuk pencegahan meningococcal meningitis

Kurang dari 1 bulan: 5 mg/kg melalui mulut atau IV setiap 12 jam ke 2 hari.

1 bulan dan ke atas: 10 mg/kg (tidak melebihi 600 mg/dos) melalui mulut atau IV setiap 12 jam ke 2 hari.

Dos kebiasaan bagi kanak-kanak untuk tuberkulosis – aktif

  • Untuk pesakit berumur kurang dari 15 tahun

Rejimen harian: 10 ke 20 mg/kg/hari (sehingga 600 mg/hari) melalui mulut atau IV

Rejimen berselang: 10 ke 20 mg/kg (sehingga 600 mg/dos) melalui mulut atau IV 2 kali seminggu.

  • Untuk pesakit berumur 15 tahun dan ke atas

Rejimen harian: 10 mg/kg (sehingga 600 mg/hari) melalui mulut atau IV sekali sehari

Rejimen berselang: 10 mg/kg (sehingga 600 mg/dos) melalui mulut atau IV 2 ke 3 kali seminggu.

Dos kebiasaan bagi kanak-kanak untuk tuberkulosis – laten

10 ke 20 mg/kg/hari (sehingga 600 mg/hari) melalui mulut atau IV selama 4 ke 6 bulan.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Rifampicin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet 300mg
  • Tablet 150mg
  • Tablet 600mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Rifampicin , sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kemaluan Tiba-Tiba Bau Hanyir, Walaupun Sebelum Haid? Ini Mungkin Puncanya Anda WAJIB Tahu

    Jika pasangan anda mempunyai vagina yang bau hanyir, apakah maknanya? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut di Hello Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/11/2019 . 3 minit bacaan

    Dua Antibiotik Baru Berkesan Menentang Superbug, Tiada Kerintangan

    Kerintangan antibiotik adalah ancaman terbaru kesihatan penduduk dunia. Jangkitan yang dahulunya boleh dirawat, kini sudah menjadi semakin kebal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 24/07/2019 . 3 minit bacaan

    Rintangan Antimikrob: Ancam Tahap Kesihatan Masa Hadapan

    Penyalahgunaan antibiotik yang tidak terkawal boleh menyebabkan masalah dalam dunia kesihatan. Ia boleh menyebabkan wujudnya rintangan antimikrob (AMR).

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kesihatan Awam: Kurangnya Akses Terhadap Antibiotik

    Kesihatan awam di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana terus mempunyai risiko kematian akibat kekurangan akses kepada antibiotik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Antarabangsa 12/04/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan
    ubat dilarang semasa hamil

    PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan
    bakteria

    Mangsa Peperangan Mudah Terdedah Kepada Jangkitan Bakteria Rintang Antibiotik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/11/2019 . 2 minit bacaan
    antibiotik

    Adakah Saya Perlu Menghabiskan Antibiotik Yang Diberikan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/11/2019 . 3 minit bacaan