Ricola

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apa itu Ricola?

Ricola biasanya digunakan sebagai kelegaan sementara untuk:

  • Batuk disebabkan oleh cuaca sejuk atau terhidu bahan yang merengsa.
  • Kerengsaan ringan dan rasa perit akibat sakit tekak atau sakit mulut.

Bagaimanakah kegunaan Ricola?

Gunakan Ricola seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Semak label pada ubat untuk mendapatkan arahan yang tepat.

Larutkan 1 titis secara perlahan di mulut anda seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau pada label pakej.

Jangan mengunyah ubat batuk Ricola atau menelan secara keseluruhannya.

Tanya doktor anda atau semak pada label untuk melihat berapa kerap anda boleh mengambil Ricola.

Bagaimana saya menyimpan Ricola?

Ricola paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Ricola di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Ricola yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Ricola ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Ricola?

Sebelum mengambil Ricola, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Ricola atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Amaran sakit kerongkong:

  • Jika sakit tekak adalah teruk, berterusan selama lebih dari dua hari, disertai atau diikuti oleh demam, sakit kepala, ruam, bengkak, mual, atau muntah, dapatkan doktor dengan segera . Ini mungkin perkara serius.
  • Jangan gunakan pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun kecuali jika diarahkan oleh doktor.

Tanya doktor sebelum digunakan jika anda mempunyai:

  • Batuk kronik yang berterusan seperti yang berlaku dengan merokok, asma, atau emfisema.
  • Batuk disertai dengan kahak yang berlebihan (lendir).

Hentikan penggunaan dan tanya doktor jika:

  • Batuk berterusan selama lebih dari satu minggu, cenderung untuk berulang, atau diiringi dengan demam, ruam, atau sakit kepala yang berterusan. Ini mungkin tanda-tanda keadaan yang serius.
  • Sakit mulut tidak bertambah baik dalam tujuh hari.
  • Kerengsaan, sakit, atau kemerahan yang berterusan atau bertambah buruk

Jauhi dari kanak-kanak.

Adakah selamat untuk mengambil Ricola semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tidak ada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Ricola semasa mengandung dan menyusu. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk berbincang  kemungkinan manfaat dan risiko sebelum mengambil Ricola.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Ricola?

Ricola mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, yang boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Ricola?

Ricola mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Ricola?

Ricola akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Larutkan 1 titis secara perlahan di dalam mulut.

Ulang setiap 2 jam mengikut keperluan atau seperti yang diarahkan oleh doktor

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas: Larutkan 1 titis perlahan-lahan di dalam mulut. Ulang setiap 2 jam mengikut keperluan atau seperti yang diarahkan oleh doktor.

Kanak-kanak di bawah 6 tahun: Sila rujuk kepada doktor.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Ricola boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Ricola Menthol Fresh Cough Suppressant Throat Drops 19 titis.
  • Ricola The Original Natural Herb Cough Drops 21 titis.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil Ricola, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Beza Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan!

    Pelbagai jenis simptom telah dikaitkan dengan jangkitan virus korona baharu, antaranya adalah demam, sakit tekak dan batuk.

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 01/06/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Tekak Ketika Menelan? Cuba 16 Cara Hilangkan Sakit Tekak Yang Paling BERKESAN Ini!

    Cuba bayangkan, sejurus bangun dari tidur, tekak terasa perit dan sakit. Apa cara hilangkan sakit tekak ini dan apakah punca sakit tekak ketika menelan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 29/02/2020 . 5 minit bacaan

    5 Punca Sakit Tekak Yang Anda TAKKAN Percaya, Ada Yang Wajib Jumpa Doktor!

    Sakit tekak adalah salah 1 simptom lazim di dunia. Jika anda alami sakit tekak, ada petua hilangkan sakit tekak dan ubat sakit tekak yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 29/02/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Sakit Tekak Bila Nak Menelan, Cuba 8 Penawar Ini Yang Ada Di Dapur Rumah Anda!

    Anda tercari-cari apa cara untuk hilangkan sakit tekak bila menelan ataupun ketika tekak bengkak? Apa kata cuba 8 bahan yang boleh didapati di dapur ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ayu
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 29/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit tekak berpanjangan

    Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    jenis minuman kopi

    Bukan Setakat Makanan, Minuman Pun Kena Jaga Bila Sakit Tekak! Terutamanya Yang Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    ubat sakit tekak

    Siapa Yang Ada Masa Untuk Sakit Tekak? Selain Lozeng, Ini 5 Ramuan Boleh Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan