Polydexa Solution Auriculaire

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Polydexa® Solution Auriculaire?

Polydexa® Solution Auriculaire biasanya digunakan untuk rawatan jangkitan bakteria superfisial (permukaan) pada liang telinga luaran yang disebabkan oleh organisma rentan, dan untuk rawatan jangkitan mastoidektomi dan pemfenestratan yang disebabkan oleh organisma rentan.

Polydexa® Solution Auriculaire boleh dipreskripsikan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah kaedah pengambilan Polydexa® Auriculaire Solution?

Ikuti semua arahan pada label preskripsi anda.

Jangan gunakan ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Untuk menggunakan Polydexa® Solution Auriculaire:

  • Goncang dengan baik sebelum menggunakannya
  • Untuk kegunaan di telinga sahaja. Jangan gunakan di mata
  • Elakkan penitis dari tersentuh ke telinga, jari, atau tempat lain untuk memelihara kesterilan larutan
  • Pastikan botol ditutup dengan ketat apabila tidak digunakan
  • Liang telinga luaran hendaklah dibersihkan dengan teliti dan dikeringkan dengan aplikator kapas steril
  • Pesakit harus berbaring dengan telinga yang terjejas menghala ke atas, dan kemudian larutan harus dititiskan. Kedudukan ini perlu dikekalkan selama beberapa minit untuk memudahkan penembusan titisan ke liang telinga. Ulangi langkah yang sama untuk telinga yang satu lagi, jika perlu

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai cara menggunakan ubat ini, rujuk pembekal penjagaan kesihatan anda.

Apakah kaedah penyimpanan Polydexa® Solution Auriculaire?

Polydexa® Solution Auriculaire paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Polydexa® Solution Auriculaire di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Polydexa® Solution Auriculaire yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Polydexa® Solution Auriculaire ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Polydexa® Solution Auriculaire?

Sebelum mengambil Polydexa® Solution Auriculaire, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Polydexa® Solution Auriculaire atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain

Adakah Polydexa® Solution Auriculaire selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum menggunakan ubat ini.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku dari pengambilan Polydexa® Solution Auriculaire?

Ketiadaan membran timpanum mungkin menyebabkan kerosakan toksik pendengaran dan alat vestibular.

Dapatkan rawatan perubatan segera jika mengalami kesan sampingan yang teruk seperti ruam, geligata, gatal, kesukaran bernafas, sesak di dada, bengkak mulut, muka, bibir, atau lidah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mungkin bertindak balas dengan Polydexa® Solution Auriculaire?

Polydexa® Solution Auriculaire boleh bertindak balas dengan ubat lain yang anda sedang ambil, yang mana boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang potensi tindak balas ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Adakah makanan atau minuman beralkohol bertindak balas dengan Polydexa® Solution Auriculaire?

Polydexa® Solution Auriculaire boleh bertindak balas dengan makanan atau minuman beralkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko untuk kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang potensi tindak balas makanan atau minuman beralkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Polydexa® Solution Auriculaire?

Polydexa® Solution Auriculaire mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda sekarang terutamanya:

  • Kerosakan pada gegendang telinga yang berjangkit atau traumatik
  • Ketaktolerans ke atas mana-mana komponen larutan

Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Polydexa® Solution Auriculaire.

Apakah dos Polydexa® Solution Auriculaire untuk orang dewasa?

1-5 titik; 2 kali sehari; Terapi hendaklah dihadkan kepada 7 hari.

Doktor anda mungkin telah mempreskripsikan dos yang berbeza.

Apakah dos Polydexa® Auriculaire Solution untuk kanak-kanak?

1-2 titik; 2 kali sehari; Terapi hendaklah dihadkan kepada 7 hari.

Apakah bentuk ketersediaan Polydexa® Solution Auriculaire yang boleh didapati?

Polydexa® Solution Auriculaire boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Titisan telinga dalam botol 10.5 ml

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Polydexa® Solution Auriculaire, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    BAHAYA! Ada Orang Boleh Alami Strok Senyap Tanpa Disedari, Boleh Sebabkan Masalah Kekal

    Tahukah anda, anda boleh mengalami satu keadaan yang disebut penyakit strok senyap. Namun, anda biasanya tidak akan sedar bahawa anda alami strok senyap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Angin Ahmar/Strok 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

    Sering rasa lapar walaupun baru sahaja makan nasi sepinggan? Mungkin anda sebenarnya mengalami lapar palsu atau false hunger.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    paru paru berair

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    ekzema kulit kepala

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan