Umckaloabo

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Umckaloabo?

Umckaloabo adalah tumbuhan berbunga yang berasal dari Afrika Selatan, seperti namanya. Akarnya digunakan untuk ubat.

Umckaloabo mula diperkenalkan di Britain pada tahun 1897 sebagai rawatan untuk tuberkulosis. Hari ini umckaloabo digunakan untuk:

  • Jangkitan pernafasan termasuk radang bronkus, radang sinus, sakit tekak, tonsilitis, dan selesema.
  • Penyakit seksual berjangkit  termasuk herpes dan gonorea.
  • Disentri.
  • Cirit-birit.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana Umckaloabo berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Akan tetapi, kajian berpendapat ia boleh membunuh bakteria atau menghalang bakteria. Umckaloabo mungkin meningkatkan tindak balas badan terhadap jangkitan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Umckaloabo?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap Umckaloabo  atau ubat atau supplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap supplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan supplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Umckaloabo selamat digunakan?

Ekstrak Umckaloabo selamat diambil secara oral sehingga tiga minggu. Tidak ada maklumat yang cukup untuk mengetahui tahap keselamatannya  apabila diambil untuk tempoh masa yang lebih lama.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Hamil dan menyusu bayi. Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan pengambilan Umckaloabo ketika hamil atau menyusu bayi. Ambil langkah selamat dan elakkan  penggunaannya.

Kanak-kanak: Umckaloabo mungkin selamat apabila diambil secara oral sehingga satu minggu. Tidak ada maklumat yang cukup untuk mengetahui jika selamat apabila diambil untuk tempoh masa yang lebih lama.

“Penyakit-penyakit auto-imun” seperti multiple sclerosis (MS), lupus (sistemik lupus erythematosus, SLE), rheumatoid arthritis (RA), atau keadaan lain: Umckaloabo boleh menyebabkan sistem imun menjadi lebih aktif. Ini boleh meningkatkan simptom penyakit auto-imun. Jika anda mempunyai salah satu daripada syarat-syarat ini, sebaiknya elakkan penggunaaan Umckaloabo.

Gangguan pendarahan: Kimia dalam Umckaloabo, dipanggil coumarin, mungkin memperlambat pembekuan darah dan meningkatkan pendarahan. Secara teori, Umckaloabo mungkin membuat gangguan pendarahan lebih teruk.

Pembedahan: Kimia dalam Umckaloabo, yang dipanggil coumarin, mungkin melambatkan pembekuan darah. Secara teori, Umckaloabo mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa prosedur pembedahan. Hentikan penggunaaan Umckaloabo sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Umckaloabo?

Sesetengah individu yang mengambilnya boleh mengalami sakit perut. Sesetengah individu mempunyai reaksi alahan terhadap Umckaloabo.  

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Umckaloabo?

Umckaloabo mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau pakar herba sebelum mengambilnya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan Umckaloabo :

  • Immunosuppressants.

Geranium Afrika Selatan mungkin meningkatkan sistem imun. Mengambil geranium Afrika Selatan bersama-sama dengan beberapa ubat lain  yang mengurangkan sistem imun dapat mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan yang mengurangkan sistem imun.

Beberapa ubat yang mengurangkan sistem imun termasuklah azathioprine (Imuran), basiliximab (Simulect), cyclosporine (Neoral, Sandimmune), daclizumab (Zenapax), muromonab-CD3 (OKT3, Orthoclone OKT3), mycophenolate (CellCept), tacrolimus (FK506, Prograf), sirolimus (Rapamune), prednisone (Deltasone, Orasone), corticosteroids (glucocorticoids), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Umckaloabo yang biasa digunakan?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

SECARA ORAL:

Untuk radang bronkus : 30 titik (bersamaan 1.5 ml) tiga kali sehari atau 10-30 mg tablet tiga kali sehari untuk ekstrak Umckaloabo  khusus (Umckaloabo, EPs 7630, Schwabe GmBh, Jerman) selama 7 hari. Untuk kanak-kanak 7-12 tahun, 20 titik ekstrak tiga kali sehari. Untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah, 10 titik ekstrak ini 3 kali sehari. Terdapat kajian yang belum menjumpai formula yang berkesan untuk kanak-kanak.

Untuk sakit tekak dan bengkak tonsil di dalam kanak-kanak berumur 6-10 tahun: 20 titik ektsrak khas Umckaloabo (Umckaloabo, EPs 7630, Schwabe GmBh, Jerman) selama 3 kali hari. (bersamaan 3 ml/sehari) untuk 7 hari.

Dos untuk Umckaloabo mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Umckaloabo?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul Umckaloabo.
  • Ekstrak cecair Umckaloabo.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tibi Dan Pneumonia, Gejala Yang Sama Tapi 2 Penyakit Berbeza, Mana Satu Lebih Bahaya?

    Jangkitan kuman paru-paru boleh membawa maut jika tidak dirawat. Namun, apakah perbezaan penyakit tibi dan radang paru-paru? Mana satukah yang lagi bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 20/07/2020 . 3 minit bacaan

    Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

    Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana hingus terhasil bukan? Selain itu, artikel ini juga akan menerangkan tentang rahsia 7 warna hingus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Alamak! Anda Berisiko Tercirit Semasa Beraksi Dengan Pasangan Jika Mengalami Keadaan Ini!

    Mungkin kelihatan agak lucu, namun cirit semasa seks boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sekiranya mereka mempunyai faktor yang tertulis dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    13 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan, Tapi Perlu Ke Masak Dahulu?

    Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah anda masak makanan pejal tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    penyakit gonorea

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit tuberkulosis

    Tibi Boleh Berjangkit Jika Bersentuh, Berjabat Tangan Dan Berpeluk, Fakta Atau Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu flu

    Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    flu adalah

    Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan