Quercetin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 5 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Quercetin?

Quercetin adalah sejenis pigmen tumbuhan (flavonoid). Ia boleh digunakan sebagai ubat.

Quercetin digunakan untuk merawat:

  • Atherosclerosis.
  • Kolesterol tinggi.
  • Penyakit jantung.
  • Masalah peredaran darah.
  • Diabetes.
  • Katarak.
  • Demam hay.
  • Ulser peptik.
  • Schizophrenia.
  • Keradangan.
  • Asma.
  • Gout.
  • Jangkitan virus.
  • Sindrom keletihan kronik (CFS).
  • Mencegah kanser.
  • Jangkitan kronik prostat.

Quercetin juga digunakan untuk meningkatkan daya ketahanan dan prestasi sukan.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana Quercetin berfungsi. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa Quercetin mempunyai kesan antioksidan dan anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan prostat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Quercetin?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan Quercetin atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil suplemen ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Quercetin selamat digunakan?

Quercetin mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut dalam jangka masa pendek. Quercetin telah digunakan dengan selamat dalam jumlah sehingga 500 mg dua kali sehari selama 12 minggu. Adalah tidak diketahui sama ada penggunaan dalam jangka masa panjang atau jumlah yang lebih besar adalah selamat.

Apabila diberikan secara intravena (oleh IV) dalam jumlah yang sesuai (kurang daripada 722 mg), Quercetin mungkin selamat. Tetapi dalam jumlah yang lebih besar yang diberikan oleh IV mungkin tidak selamat. Terdapat kes kerosakan buah pinggang yang dilaporkan pada dos yang lebih tinggi.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Kehamilan dan menyusu badan: Quercetin mungkin tidak selamat untuk kedua-dua si ibu dan bayi. Sila berhati-hati dan elakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Quercetin?

Quercetin boleh menyebabkan sakit kepala dan kebas pada lengan dan kaki. Dos yang sangat tinggi mungkin menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Quercetin?

Quercetin boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh berinteraksi dengan Quercetin termasuk:

  • Ubat Antibiotik (antibiotik Quinolone )

Mengambil Quercetin bersama dengan beberapa antibiotik mungkin mengurangkan keberkesanan antibiotik. Sesetengah saintis berfikir bahawa Quercetin mungkin menghalang beberapa antibiotik dari membunuh bakteria. Tetapi terlalu cepat untuk mengetahui sama ada ini adalah suatu  kebimbangan.

Antara antibiotik yang mungkin berinteraksi dengan Quercetin termasuklah Ciprofloxacin (Cipro), enoxacin (Penetrex), norfloxacin (Chibroxin, Noroxin), sparfloxacin (Zagam), trovafloxacin (Trovan), dan grepafloxacin (Raxar).

  • Cyclosporin (Neoral, Sandimmune)

Cyclosporin (Neoral, Sandimmune) diubah dan diproses oleh hati. Quercetin mungkin mengurangkan kecepatan hati memproses cyclosporin (Neoral, Sandimune). Pengambilan Quercetin mungkin meningkatkan kesan sampingan ubat ini. Sebelum mengambil Quercetin, sila berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda jika anda sedang mengambil cyclosporin (Neoral, Sandimmune).

  • Ubat yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 2C8 (CYP2C8)

Sesetengah ubat berubah dan diproses oleh hati. Quercetin mungkin mengurangkan kecepatan hati memproses beberapa ubat. Mengambil Quercetin bersama-sama dengan ubat-ubatan yang diubah oleh hati boleh meningkatkan kesan sampingan ubat anda. Sebelum mengambil Quercetin sila bercakap dengan penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda sedang mengambil apa-apa ubat yang diubah oleh hati.

Sesetengah ubat yang diubah oleh hati termasuk paclitaxel (Taxol), rosiglitazone (Avandia), amiodarone (Cordarone), docetaxel (Taxotere), repaglinide (Prandin), verapamil (Calan, Isoptin, Verelan), dan lain-lain.

  • Ubat yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 2C9 (CYP2C9))

Sesetengah ubat berubah dan diproses oleh hati. Quercetin mungkin mengurangkan kecepatan hati memproses beberapa ubat. Mengambil Quercetin bersama-sama dengan ubat-ubatan yang diubah oleh hati boleh meningkatkan kesan sampingan ubat anda. Sebelum mengambil Quercetin sila bercakap dengan penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda sedang mengambil apa-apa ubat yang diubah oleh hati.

Sesetengah ubat yang diubah oleh hati termasuk celecoxib (Celebrex), diclofenac (Voltaren), fluvastatin (Lescol), glipizide (Glucotrol), ibuprofen (Advil, Motrin), irbesartan (Avapro), losartan (Cozaar), phenytoin (Dilantin) , piroxicam (Feldene), tamoxifen (Nolvadex), tolbutamide (Tolinase), torsemide (Demadex), warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

  • Ubat yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 2D6 (CYP2D6))

Sesetengah ubat berubah dan diproses oleh hati. Quercetin mungkin mengurangkan kecepatan hati memproses beberapa ubat. Mengambil Quercetin bersama-sama dengan ubat-ubatan yang diubah oleh hati boleh meningkatkan kesan sampingan ubat anda. Sebelum mengambil Quercetin sila bercakap dengan penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda sedang mengambil apa-apa ubat yang diubah oleh hati.

Sesetengah ubat yang diubah oleh hati termasuk amitriptyline (Elavil), codeine, flecainide (Tambocor), haloperidol (Haldol), imipramine (Tofranil), metoprolol (Lopressor, Toprol XL), ondansetron (Zofran), paroxetine (Paxil) (Risperdal), tramadol (Ultram), venlafaxine (Effexor), dan lain-lain.

  • Ubat-ubatan yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 3A4 (CYP3A4))

Sesetengah ubat berubah dan diproses oleh hati. Quercetin mungkin mengurangkan kecepatan hati memproses beberapa ubat. Mengambil Quercetin bersama-sama dengan ubat-ubatan yang diubah oleh hati boleh meningkatkan kesan sampingan ubat anda. Sebelum mengambil Quercetin sila bercakap dengan penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda sedang mengambil apa-apa ubat yang diubah oleh hati.

Sesetengah ubat yang diubah oleh hati termasuklah lovastatin (Mevacor), clarithromycin (Biaxin), cyclosporine (Neoral, Sandimun), diltiazem (Cardizem), estrogen, indinavir (Crixivan), triazolam (Halcion), verapamil (Calan, Isoptin, ), alfentanil (Alfenta), fentanyl (Sublimaze), losartan (Cozaar), fluoxetine (Prozac), midazolam (Versed), omeprazole (Prilosec), lansoprazole (Prevacid) ), amitriptyline (Elavil), amiodarone (Cordarone), citalopram (Celexa), sertraline (Zoloft), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox), dan banyak lagi.

  • Ubat yang dipindahkan oleh pam ke dalam sel (Substrat P-glikoprotein ))

Sesetengah ubat dipindahkan oleh pam ke dalam sel. Quercetin mungkin membuatkan pam ini menjadi kurang aktif dan meningkatkan kandungan ubat yang diserap oleh badan. Ini mungkin menyebabkan lebih banyak kesan sampingan disebabkan beberapa ubat.

Sesetengah ubat yang dipindahkan oleh pam ini termasuk diltiazem (Cardizem), verapamil (Calan, Isoptin, Verelan), digoxin (Lanoxin) cyclosporine (Neoral, Sandimune), saquinavir (Invirase), amprenavir (Agenerase), nelfinavir (Viracept) (Imodium), quinidine, paclitaxel (Taxol), vincristine, etoposide (VP16, VePesid), cimetidine (Tagamet), ranitidine (Zantac), fexofenadine (Allegra), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox) dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Quercetin yang biasa digunakan?

Dos berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Melalui mulut:

  • Untuk kesakitan dan bengkak prostat (prostatitis): 500 mg dua kali sehari.

Dos untuk suplemen mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Tambahan lagi, makanan tambahan herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Quercetin?

Quercetin boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul.
  • Ubat titis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

    Anda rasa adakah seks penting dalam sebuah perhubungan? Baca artikel ini untuk tahu perkara berkaitan hubungan asmara dan kesihatan manusia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

    Anda alami degupan jantung yang kadangkala laju atau perlahan tidak seperti kebiasaan? Hati-hati, ia mungkin jenis penyakit jantung ini; penyakit aritmia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

    Kita selalu dengar nasihat agar jangan makan malam terutamanya lewat malam. Apa sebabnya? Jom klik artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    berat badan kolesterol tinggi

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesan duduk terlalu lama

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan penyakit jantung

    Tidak Semestinya Sakit Jantung Perlu Dibedah, Ada Cara Lain Untuk Rawat Penyakit Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    faktor penyakit jantung

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan