Minyak Turpentin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Minyak Turpentin?

Minyak turpentin diperbuat dari resin pokok pain. Ia digunakan sebagai ubat.

Minyak turpentine disapukan pada kulit untuk:

  • Sakit sendi.
  • Kesakitan otot.
  • Kesakitan saraf.
  • Sakit gigi.

Kadang-kadang terdapat individu yang menghidu (menyedut) wap minyak turpentine untuk mengurangkan kesesakan dada yang berlaku bersama beberapa penyakit paru-paru.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak cukup kajian tentang bagaimana minyak turpentine  berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.  Walau bagaimanapun, diketahui bahawa minyak turpentine, apabila dihidu, boleh membantu mengurangkan kesesakan dada. Apabila disapu pada kulit, minyak turpentine boleh menyebabkan kehangatan dan kemerahan yang dapat membantu melegakan kesakitan di bahagian bawah tisu.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Minyak Turpentin?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap minyak turpentine atau ubat atau supplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap supplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan supplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Minyak Turpentin selamat digunakan?

Minyak turpentine mungkin selamat apabila orang dewasa menggunakannya pada kulit mereka atau menghidu dengan sewajarnya. Minyak turpentine tidak selamat apabila diambil secara oral atau digunakan pada kulit yang luas.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kanak-kanak: Jangan biarkan kanak-kanak mengambil minyak turpentine secara oral. Ia tidak selamat. Kanak-kanak sangat sensitif terhadap bahan kimia dalam minyak turpentine, dan boleh membawa maut. Tidak ada maklumat yang cukup untuk mengetahui sama ada minyak turpentine boleh disedut dengan selamat oleh kanak-kanak atau pada kulit mereka. Elakkan penggunaan minyak turpentine pada kanak-kanak.

Hamil dan menyusu badan. Tidak selamat mengambil minyak turpentine secara oral. Ia boleh menyebabkan keguguran. Tidak cukup yang diketahui tentang keselamatan menyapukannya pada kulit atau menghirupnya jika anda hamil atau menyusu. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan.

Masalah paru-paru, termasuk batuk asma atau batuk kokol: Jangan menghidu minyak turpentine jika anda mempunyai masalah paru-paru. Ia mungkin membuat keadaan anda lebih teruk.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Minyak Turpentin?

Apabila digunakan pada kulit, ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Apabila terhidu minyak turpentine boleh menyebabkan kekejangan saluran pernafasan, terutama pada orang yang menghidap asma dan batuk kokol.

Apabila minyak turpentine diambil secara oral, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk sakit kepala, masalah tidur, batuk, pendarahan dalam paru-paru, muntah, kerosakan buah pinggang, kerosakan otak, koma, dan kematian.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Minyak Turpentin?

Minyak Turpentin mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Minyak Turpentin yang biasa digunakan?

Dos untuk minyak turpentine mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Minyak Turpentin?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Minyak Turpentine.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Adakah Semua Orang Akan Tumbuh Gigi Bongsu?

    Setiap orang akan merasai tumbuh gigi bongsu. Gigi bongsu adalah gigi yang terletak di rahang atas dan bawah, yang muncul paling akhir.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 02/10/2018 . 2 minit bacaan

    Gigi Cantik & Mulut Berbau Harum Tentunya Jadi Idaman, Ini 7 Cara Pantas Untuk Jaga Kesihatan Mulut

    Tahukah anda bahawa kesihatan gigi dan mulut perlu dijaga dengan sebaiknya mengikut 7 cara yang disenaraikan ini. Baca lanjut di sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 20/09/2018 . 2 minit bacaan

    Apa Itu Kaviti?

    Definisi Apa itu kaviti? Kaviti atau kerosakan gigi berlaku apabila zarah gula dari makanan yang menggalakkan bakteria dalam plak menghasilkan asid dan menyerang enamel gigi. Ketumpatan plak mengekalkan asid ini ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 05/09/2018 . 2 minit bacaan

    Gigi Anak Berkarat Dan Rongak, Ini 5 Cara Mencegah Kerosakan Gigi Kanak-Kanak

    Risau bila tengok gigi kanak kanak rongak dan berlubang. Ibu ayah boleh mencegahnya dengan beberapa petua berkesan ini di rumah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/08/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit gigi berdenyut

    Kenapa Kalau Sakit Gigi Boleh Demam? Ini Punca Sebenarnya! Jangan Dibiarkan, Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan sakit gigi

    Bukan Air Garam Saja, Banyak Lagi Cara Untuk Legakan Sakit Gigi, Semuanya Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan
    gigi geraham bongsu

    Rawat Sakit Gigi Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/01/2019 . 3 minit bacaan

    Hakisan Gigi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 31/12/2018 . 2 minit bacaan