backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Apa Yang Anda Perlu tahu Tentang Minyak Serai Wangi

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 14/06/2022

Apa Yang Anda Perlu tahu Tentang Minyak Serai Wangi

Minyak serai wangi ada banyak kegunaan dan manfaatnya. Jom ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

minyak serai

Sebelum itu, ketahui berapakah kadar degup jantung maksimum yang normal untuk usia anda serta bagaimana senaman berintensiti dan faktor lain akan mempengaruhinya di sini.

Kegunaan Minyak Serai?

Ia digunakan bagi tujuan perubatan termasuk:

Menyapukan minyak ini secara langsung kepada kulit dapat mengelakkan nyamuk dan serangga lain.

Minyak ini mungkin akan diberikan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor atau ahli farmasi mahupun ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana Minyak Serai berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Minyak Serai?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam minyak ini atau ubatan lain atau herba lain.
  • Mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan.

Pengawalan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan.

Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah minyak serai wangi selamat digunakan?

minyak serai

Minyak ini kelihatan selamat digunakan bagi kebanyakan orang dalam jumlah sedikit yang ditemui dalam makanan. Akan tetapi ia tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang banyak.

Ia kelihatan selamat digunakan bagi kebanyakan orang apabila disapukan pada kulit sebagai penghalang serangga tetapi tidak selamat untuk menghidu minyak ini.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kanak-kanak: Minyak ini tidak selamat diberikan kepada kanak-kanak melalui mulut. Terdapat laporan keracunan bagi kanak-kanak dan seorang budak yang baru bertatih mati selepas menelan penghalang serangga yang mengandungi minyak ini.

Mengandung dan menyusu badan: Tidak cukup yang diketahui tentang penggunaan minyak ini semasa mengandung dan menyusu badan. Ambillah pendapat yang lebih selamat dan elakkan dari penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan minyak serai?

Minyak ini mengakibatkan beberapa kesan sampingan antaranya:

  • Alergi kulit
  • Kerosakan paru-paru

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami?

Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

minyak serai

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos yang biasa digunakan?

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Minyak Serai Wangi?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk kepekatan 0.5% hingga 10%.

Ingin tahu lebih lanjut tentang produk berasaskan herba? Sila klik  di sini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 14/06/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan