Linden

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Linden?

Linden adalah sejenis pokok. Bunga, daun, dan kayunya yang dikeringkan biasa digunakan untuk membuat ubat.

Daun linden digunakan untuk selesema, hidung tersumbat, sakit tekak, bronkitis, sakit kepala, demam, dan memudahkan pengeluaran kahak oleh batuk (sebagai ekspektoran).

Ia juga digunakan untuk denyutan jantung yang laju, tekanan darah tinggi, pendarahan yang berlebihan (pendarahan), ketegangan saraf, masalah tidur (insomnia), masalah kawalan pundi kencing (inkontinens), dan kekejangan otot. Daun linden juga digunakan untuk menyebabkan berpeluh dan meningkatkan pengeluaran air kencing.

Kayu linden pula digunakan untuk penyakit hati, penyakit pundi hempedu, dan untuk jangkitan serta bengkak di bawah kulit (selulitis). Arang yang diperbuat daripada kayu linden pula digunakan untuk gangguan usus.

Sesetengah orang menggunakan bahan linden secara langsung ke kulit untuk kegatalan, sakit sendi (reumatik), dan beberapa luka kaki tertentu (ulcus cruris) yang disebabkan oleh peredaran darah yang lemah.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana linden ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa linden seolah-olah mengurangkan jumlah mukus yang terhasil dan melegakan kebimbangan. Namun, masih banyak maklumat diperlukan untuk tujuan ini.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Linden?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok linden atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Linden selamat digunakan?

Bahan linden mungkin selamat apabila diambil melalui mulut.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan linden adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Penyakit jantung: Penggunaan teh bunga linden yang sering dikaitkan dengan kerosakan jantung. Jika anda mempunyai penyakit jantung, jangan gunakan bahan linden tanpa pengawasan perubatan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Linden?

Apabila digunakan pada kulit, bahan linden mungkin menyebabkan gatal-gatal.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Linden?

Linden mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Antara produk yang boleh berinteraksi dengan bahan linden termasuklah:

  • Litium

Linden mungkin mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Mengambil bahan linden boleh mengurangkan kadar penyingkiran litium dari badan anda. Ini boleh meningkatkan jumlah litium dalam badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda ada mengambil litium. Dos litium anda juga mungkin perlu diubah.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Linden yang biasa digunakan?

Dos untuk produk linden ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Linden?

Produk linden ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul ekstrak linden
  • Ekstrak cecair linden bebas alkohol
  • Tinktur linden organik (tilia x europaea)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Frukto-Oligosakarida

    KegunaanApakah kegunaan Frukto-Oligosakarida? Frukto-Oligosakarida terdiri daripada gula tumbuhan yang terikat dalam rantaian. Gula ini biasanya digunakan untuk membuat ubat. Frukto-Oligosakarida digunakan untuk: Sembelit. Cirit-birit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 2 minit bacaan

    Herb Robert

    KegunaanApakah kegunaan Herb Robert? Herb Robert biasanya digunakan untuk: Merawat cirit-birit. Meningkatkan fungsi hati dan pundi hempedu. Mengurangkan bengkak pada buah pinggang, pundi kencing, dan pundi hempedu. Menghalang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 2 minit bacaan

    Grains of Paradise

    KegunaanApakah kegunaan Grains of Paradise? Grains of Paradise adalah buah dan benih tumbuhan Aframomum melegueta. Grains of Paradise biasanya digunakan sebagai perangsang. Bagaimana ia berfungsi? Kajian tidak cukup ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 2 minit bacaan

    Faedah Kesihatan dengan Pengambilan Coklat Gelap

    Orang membuat coklat gelap daripada benih pokok koko. Makanan super ini dibungkus dengan nutrien dan merupakan penjana antioksidan yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda dalam banyak perkara. Ikuti kami ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 18/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Rumput Couch

    Rumput Couch

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Diterbitkan pada 28/05/2018 . 2 minit bacaan
    Kacu / Kachu (Catechu)

    Kacu / Kachu (Catechu)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Diterbitkan pada 25/05/2018 . 2 minit bacaan
    Hidrasec

    Hidrasec

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
    Diterbitkan pada 23/05/2018 . 4 minit bacaan
    Umckaloabo

    Umckaloabo

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
    Diterbitkan pada 22/05/2018 . 3 minit bacaan