Larch Arabinogalactan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Larch Arabinogalactan?

Larch Arabinogalactan adalah jenis rumpai laut yang berasal dari Jepun. Larch Arabinogalactan digunakan untuk mengubati jangkitan, termasuk flu demam, selesema, H1N1 (babi), jangkitan telinga pada kanak-kanak, dan HIV / AIDS. Ia juga digunakan untuk merawat barah hati, serta masalah pada otak yang disebabkan oleh kerosakan hati (hepatic encephalopathy). Sesetengah orang menggunakannya sebagai serat, mengurangkan kolesterol, dan meningkatkan sistem imunisasi.

Di dalam makanan, Larch Arabinogalactan digunakan sebagai penstabil, pengikat, dan pemanis.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak ada kajian cukup tentang bagaimana Larch Arabinogalactan ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan Larch Arabinogalactan adalah sejenis serat yang mengalir dalam usus. Ia mungkin meningkatkan bakteria dalam usus, seperti lactobacillus, dan mempunyai kesan lain yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan saluran pencernaan. Terdapat juga maklumat yang menerangkan bahawa Larch Arabinogalactan boleh meningkatkan sistem imunisasi dan membantu mencegah sel-sel kanser di hati daripada membesar.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Larch Arabinogalactan?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau sedang menyusu. Ini kerana, semasa anda ingin bersalin atau memberi makan kepada bayi, anda perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan yang lain. Ini termasuk ubat-ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan ubat dari bahan Larch Arabinogalactan atau ubat atau herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau masalah kesihatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan yang lain, seperti kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Prosedur penggunaan Larch Arabinogalactan tidaklah seketat prosedur penggunaan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikkan mengambil suplemen herba ini mestilah mengambil kira risiko sebelum digunakan. Berunding dengan pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Larch Arabinogalactan selamat digunakan?

Larch Arabinogalactan adalah selamat dimakan apabila diambil dalam kuantiti yang sedikit. Ia mungkin selamat apabila dimakan dalam jumlah yang sedikit untuk kurang dari enam bulan. Masih belum mengetahui mengenai keselamatan jangka panjang penggunaan Larch Arabinogalactan.

Langkah Berjaga-jaga serta amaran khusus

Mengandung serta menyusukan anak: Masih belum ada maklumat yang mencukupi  mengenai keselamatan pengambilan Larch Arabinogalactan jika anda hamil atau sedang menyusukan bayi. Sila ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan Larch Arabinogalactan

Simptom penyakit auto-imun: Larch Arabinogalactan mungkin menyebabkan sistem imunisasi menjadi lebih aktif, dan ini boleh meningkatkan simptom penyakit auto-imun. Jika anda mempunyai salah satu daripada simptom ini, sebaiknya elakkan menggunakan Larch Arabinogalactan.

Penerima pemindahan organ: Larch Arabinogalactan mungkin meningkatkan risiko penolakan transplantasi organ. Jika anda pernah menjalani pemindahan organ, jangan gunakan Larch Arabinogalactan ini sehingga maklumat yang cukup diperolehi.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Larch Arabinogalactan?

Ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kembung dan gas dalam usus (perut).

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Larch Arabinogalactan?

Larch Arabinogalactan mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Larch Arabinogalactan boleh meningkatkan sistem imunisasi. Dengan meningkatkan sistem imunisasi, Larch Arabinogalactan akan  mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan yang mengurangkan sistem imunisasi.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Larch Arabinogalactan yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur,  kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Larch Arabinogalactan?

Larch Arabinogalactan boleh didapati dalam bentuk:

  • Serbuk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Belum Habis COVID-19, Kini Muncul Pula Hantavirus! Ini 8 Cara Elak Jangkitan

    Dalam kegawatan kita dilanda wabak COVID-19, seorang lelaki di wilayah Yunnan, China maut akibat jangkitan hantavirus, virus lazim bagi haiwan perosak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

    Bagi mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus menular, sebuah Klinik Penyakit Pernafasan (Respiratory Clinic) telah dibuka di Kuching, Sarawak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 25/03/2020 . 2 minit bacaan

    Wabak Berbahaya Virus Corona Ini SUDAH Masuk Malaysia, Jaga-Jaga!

    Wabak dari Wuhan sudah menyerang hampir seluruh penduduk dunia. Persoalannya, wujudkah virus corona di Malaysia? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 29/01/2020 . 4 minit bacaan

    Patutkah Keluarga Anda Mengambil Vaksin Influenza?

    Artikel ini akan membicarakan berkenaan dengan keperluan anda sekeluarga untuk mengambil vaksin influenza. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu flu

    Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    flu adalah

    Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    bagaimana hingus terhasil

    Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    kepentingan vaksin

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/04/2020 . 4 minit bacaan