Inositol

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Inositol?

Inositol adalah bahan yang seperti vitamin.

Inositol digunakan untuk:

  • Kesakitan saraf akibat diabetes
  • Gangguan panik
  • Kolesterol tinggi
  • Insomnia
  • Kanser
  • Skizofrenia
  • Penyakit Alzheimer
  • Kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD)
  • Autisme
  • Mempromosikan pertumbuhan rambut
  • Psoriasis
  • Merawat kesan sampingan rawatan perubatan dengan litium

Inositol juga digunakan melalui mulut untuk merawat:

  • Keadaan yang dikaitkan dengan sindrom ovari polisistik, termasuk kegagalan untuk pengovuman
  • Tekanan darah tinggi
  • Kadar trigliserida yang tinggi
  • Tahap testosteron yang tinggi

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana inositol ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa inositol mungkin mengimbangi bahan kimia tertentu dalam tubuh untuk membantu dengan keadaan seperti gangguan panik, kemurungan, gangguan personaliti obsesif kompulsif, dan sindrom ovari polisistik.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Inositol?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada inositol atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Inositol selamat digunakan?

Inositol mungkin selamat digunakan untuk kebanyakan orang dewasa.

Inositol mungkin selamat apabila digunakan di hospital untuk bayi pramatang dengan sindrom sukar bernafas akut.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa inositol adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan tanpa nasihat daripada doktor anda.

Gangguan bipolar (kecelaruan dwikutub): Terdapat kebimbangan bahawa terlalu banyak inositol boleh menyebabkan gangguan bipolar menjadi lebih buruk. Terdapat laporan bahawa seorang lelaki yang mempunyai gangguan bipolar, yang dikendalikan di hospital dengan gangguan fikiran yang melampau dan impulsif (mania) selepas minum beberapa tin minuman tenaga yang mengandungi inositol, kafein, taurine, dan bahan-bahan lain (Red Bull Energy Drink) dalam tempoh 4 hari. Tidak diketahui jika kes ini berkaitan dengan inositol, kafein, taurine, ramuan lain, atau gabungan antara ramuan tersebut.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Inositol?

Inositol boleh menyebabkan rasa mual, keletihan, sakit kepala, dan pening.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Inositol?

Inositol mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Inositol yang biasa digunakan?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Melalui mulut:

  • Untuk serangan panik: 12 hingga 18 gram sehari.
  • Untuk gangguan personaliti obsesif kompulsif: inositol 18 gram sehari.
  • Untuk merawat gejala yang dikaitkan dengan sindrom ovari polisistik: D-chiro-inositol 1200 mg sehari.
  • Untuk merawat psoriasis berkaitan litium: 6 gram setiap hari.

Dos untuk produk inositol ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Inositol?

Produk inositol ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul Inositol 500mg
  • Serbuk Inositol

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

    Rawatan penyakit perut yang berkaitan kanser bergantung kepada jenis dan tahap barah tersebut sewaktu didiagnosis. Ambil tahu tentangnya dari sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 6 minit bacaan

    Usah Sedih Jika Anda Penghidap Kanser Hati, Ini Diagnosis & Rawatan Sesuai Untuk Anda

    Pembedahan bukan satu-satunya cara merawat hati (kanser). Terdapat kaedah lain yang turut berkesan namun perlu bersesuaian dengan tahap kanser.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Hati 21/10/2020 . 6 minit bacaan

    Apa Itu Kanser Kolorektal: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Kanser kolorektal ataupun barah usus besar merupakan salah satu kanser yang popular di Malaysia. Salah satu tanda kanser ini ialah radang usus.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 21/10/2020 . 7 minit bacaan

    Apa Itu Kanser Hati: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Penyakit hati merupakan barah keenam terlazim di dunia. Pada peringkat awal ia tidak menunjukkan simptom namun jika dirawat awal mungkin ada potensi sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Hati 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit prostat

    Menghidap Kanser Prostat, Jangan Takut Untuk Buat Saringan & Diagnosis Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 6 minit bacaan
    bulan kesedaran kanser payudara

    Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan