Camphor

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/01/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Camphor?

Ia kebiasaannya digunakan ke atas kulit atau melalui penyedutan untuk tujuan berikut:

  • Menghilangkan sakit.
  • Mengurangkan gatal-gatal.
  • Merawat jangkitan fungus pada kuku jari kaki, ketuat, sakit sejuk, buasir dan osteoartritis.
  • Mengurangkan sakit dan bengkak.
  • Merawat penyakit saluran pernafasan.
  • Merawat simptom-simptom penyakit jantung.
  • Mengurangkan keinginan untuk batuk.

Camphor juga digunakan secara topikal sebagai titisan telinga dan untuk merawat kebakaran minor.

Ia mungkin dipreskrip untuk kegunaan lain. Sila bertanya doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa bahan-bahan di dalam camphor boleh merangsang hujung urat saraf bagi membantu mengurangkan simptom seperti sakit dan gatal apabila digunakan ke atas kulit. Camphor juga aktif melawan fungus yang menyebabkan jangkitan pada kuku jari kaki.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Camphor?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Jangan ambil camphor melalui mulut kerana ia mungkin menyebabkan rasa terbakar pada mulut dan tekak, mual dan muntah, bahkan boleh membawa maut.

Jangan sapu minyak camphor ke atas kulit terbakar, luka atau rosak.

Camphor yang disapu ke atas kulit dalam tempoh yang lama mungkin disimpan di dalam lemak badan menyebabkan intoksikasi.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Camphor selamat digunakan?

Hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil herba ini.

Kanak-kanak (di bawah umur 18 tahun)

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan atau dos yang efektif untuk kanak-kanak.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Camphor?

Apabila menggunakan herba ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Kulit merah
  • Iritasi
  • Rasa terbakar yang teruk

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Camphor?

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Korodin®️ Herz-Kreislauf-Tropfen boleh meningkatkan tekanan darah. Pesakit yang mengambil ubat yang boleh memberi kesan kepada tekanan darah perlu lebih berhati.
  • Ubat-ubatan yang menjejaskan urat saraf, antibiotik, antifungus, agen anti-radang, ubat yang merosakkan hati atau buah pinggang, garam zat besi dan ubat tahan sakit.

Camphor mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Camphor yang biasa digunakan?

Digunakan ke atas kulit:

Untuk gatal dan sakit: Gunakan salap 3% ke 11% ke atas kulit; 3-4 kali sehari.

Untuk batuk: Gunakan salap camphor 4.7% ke 5.3% pada tekak dan dada.

Untuk osteoartritis: Gunakan krim topikal mengikut keperluan pada sendi yang sakit sehingga 8 minggu.

Inhalasi:

Satu sudu meja larutan bagi setiap kuartal air diletakkan langsung ke dalam alat pengewap panas, mangkuk atau besen. Atau, 1.5 sudu meja larutan ditambah ke dalam satu pint air dan dipanaskan. Wap yang dihasilkan itu disedut. Ia boleh diulang sehingga 3 kali sehari.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Camphor?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Salap 3% ke 11%
  • Salap camphor 7% ke 5.3%
  • Krim topikal mengandungi camphor (32 mg/g), glucosamine sulfate (30 mg/g) dan chondroitin sulfate (50 mg/g)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jintan Manis dan Fungsinya yang Bukan Sekadar Rempah Dapur

    Manfaat daripada kedua-dua bebawang dan biji jintan manis adalah disebabkan oleh antioksidan dan sebatian tumbuhan yang kuat yang dimilikinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/08/2019 . 8 minit bacaan

    9 Manfaat Ketumbar Terhadap Kesihatan Yang Terbukti Secara Saintifik! #6 Mengejutkan

    Ketumbar selalu digunakan dalam masakan orang kita. Tahukah anda bahawa wujud banyak manfaat ketumbar terhadap kesihatan yang terbukti secara saintifik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/08/2019 . 3 minit bacaan

    Daun Sirih: Bermanfaat atau Tidak kepada Anda?

    Daun sirih pernah menjadi sebagai satu makanan wajib yang perlu ada di rumah-rumah masyarakat Malaysia terutamanya bagi orang-orang Melayu dan India

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 07/08/2019 . 8 minit bacaan

    Herba: Kawalan Kelahiran Yang Menakjubkan

    Walaupun sesetengah herba menggalakkan kesuburan, yang lain mungkin mempunyai kesan yang menghalangnya yang mana sesetengahnya menyebabkan kemandulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    daun kapal terbang

    Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan
    kacip fatimah

    Khasiat Kacip Fatimah Diperakui, Tapi Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Boleh Makan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
    teh bunga raya

    Pernah Dengar Teh Bunga Raya? Jika Belum, Ini Manfaat Yang Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/11/2019 . 2 minit bacaan
    kebaikan halba

    Halba Dan Keistimewaannya Pada Kesihatan, Ia Juga Boleh Menghalang Kanser Kolon? Wow!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 3 minit bacaan