backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Calendula (Kalendula)

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 13/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Calendula (Kalendula)?

Calendula adalah sejenis tumbuhan. Bunganya digunakan untuk menghasilkan ubat.

Bunga Calendula digunakan untuk:

  • Mencegah kekejangan otot
  • Memulakan haid
  • Mengurangkan demam
  • Merawat sakit tekak dan mulut, kekejangan semasa haid, kanser, dan ulser perut dan duodenum
  • Mengurangkan kesakitan dan bengkak (keradangan) (apabila disapu pada kulit)
  • Mengubati luka yang lambat sembuh dan ulser kaki
  • Hidung berdarah, varises, buasir, keradangan rektum (proktitis), dan keradangan lapisan kelopak mata (konjunktivitis) (apabila digunakan secara topikal)

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, dianggap bahawa bahan kimia dalam calendula membantu tisu baru tumbuh pada luka dan mengurangkan bengkak di dalam mulut dan tekak.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Calendula (Kalendula)?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam calendula atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Calendula (Kalendula) selamat digunakan?

Persiapan bunga calendula mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil oleh mulut atau digunakan untuk kulit.

Langkah berjaga-jaga & amaran khas

Kehamilan dan menyusukan anak: Jangan ambil calendula secara oral jika anda mengandung. Ia mungkin tidak selamat. Adalah lebih baik untuk mengelakkan penggunaan secara topikal sehingga lebih banyak maklumat diketahui mengenainya.

Tidak banyak maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan menggunakan calendula jika anda menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan penggunaannya.

Alahan kepada ragweed dan tumbuhan yang berkaitan dengannya: Jika anda mempunyai alahan, pastikan anda menyemak dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil calendula.

Pembedahan: Berhenti mengambil calendula sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Calendula (Kalendula)?

Calendula boleh menyebabkan:

  • Keguguran
  • Reaksi alahan pada orang yang sensitif terhadap keluarga Asteraceae / Compositae. (ragweed, kekwa, marigold, daisi, dan lain-lain)
  • Terlalu mengantuk (jika digabungkan dengan ubat-ubatan yang digunakan semasa dan selepas pembedahan)

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Calendula (Kalendula)?

Produk yang boleh bertindak balas dengan calendula termasuk: Ubat sedatif (depresan sistem saraf pusat)

Calendula mungkin menyebabkan rasa mengantuk. Ubat-ubatan yang menyebabkan rasa mengantuk dipanggil sedatif. Mengambil kalendula bersama-sama dengan ubat-ubatan sedatif boleh menyebabkan rasa terlalu mengantuk.

Beberapa ubat-ubat sedatif termasuk clonazepam (Klonopin), lorazepam (Ativan), phenobarbital (Donnatal), zolpidem (Ambien), dan lain-lain.

Calendula (Kalendula) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Calendula (Kalendula) yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Calendula (Kalendula)?

Calendula boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Suplemen diet (Kapsul)
  • Ekstrak cecair

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan