backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Buah Nangka

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Buah Nangka?

Nangka adalah sejenis tumbuhan. Orang memakan buah dan biji buah nangka sebagai makanan atau sebagai ubat.

Nangka diambil melalui mulut sebagai afrodisiak atau untuk diabetes.

Pati nangka boleh disapukan pada kulit untuk gigitan beracun.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana nangka berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa   nangka boleh membantu orang yang menghidap kencing manis dengan mengurangkan kenaikan kadar gula dalam darah selepas makan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Buah Nangka?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan nangka atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil suplemen ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Buah Nangka selamat digunakan?

Adalah tidak diketahui jika nangka selamat untuk diambil sebagai ubat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Kehamilan dan penyusuan susu: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan pengambilan nangka jika anda sedang hamil atau menyusu. Sila berhati-hati dan elakkan penggunaannya jika anda sedang hamil atau menyusu.

Alergi terhadap debunga birch: Sesetengah orang yang alah kepada debunga birch juga mungkin alah kepada nangka. Orang-orang yang alah kepada serbuk birch perlu menggunakan nangka dengan berhati-hati.

Diabetes: Nangka mungkin menurunkan tahap gula dalam darah. Terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin mempengaruhi kawalan gula dalam darah pada orang yang menghidap diabetes. Dos ubat diabetes mungkin perlu diubah.

Pembedahan: Buah nangka mungkin menyebabkan rasa mengantuk jika dikombinasikan dengan ubat-ubatan yang digunakan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil nangka sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Buah Nangka?

Ekstrak nangka mungkin menyebabkan rasa mengantuk.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Buah Nangka?

Buah Nangka mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Buah Nangka yang biasa digunakan?

Dos untuk nangka mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Tambahanpula, suplemen tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Buah Nangka?

Nangka boleh didapati dalam bentuk berikut:

  • Buah nangka segar.
  • Ekstrak cecair benih nangka tanpa alkohol.
  • Ekstrak biji nangka.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 12/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan