Asid Pangamik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Asid Pangamik?

Asid pangamik biasanya digunakan untuk:

  • Memperbaik ketahanan senaman.
  • Asma.
  • Ekzema  dan penyakit kulit yang lain.
  • Penyakit paru-paru.
  • Sakit saraf dan masalah sendi.
  • Alkoholisme.
  • Kelesuan.
  • Kolesterol tinggi.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana asid pangamik berfungsi. Walaupun begitu, asid pangamik digelar vitamin B15. tiada penyelidikan yang menunjukkan ia diperlukan oleh badan, seperti yang termaktub dalam istilah “vitamin”. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Asid Pangamik?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam asid pangamik atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Pengawalan bagi suatu makanan tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Asid Pangamik selamat digunakan?

Asid pangamik dianggap tidak selamat digunakan.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung dan menyusu badan: Asid pangamik tidak selamat digunakan sekiranya anda mengandung dan menyusu badan. Sulit untuk mengetahui sebenarnya apa bahan kimia yang terdapat dalam produk yang anda gunakan. Sesetengah bahan kimia yang ditemui dalam beberapa formulasi boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan / atau kanser.

Penyakit buah pinggang: Asid pangamik boleh menyebabkan batu karang dan masalah buah pinggang yang lain. Hal ini membuatkan penyakit buah pinggang sedia ada menjadi bertambah teruk. Jangan gunakannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Asid Pangamik?

Bahan kimia yang ditemui dalam sesetengah formulasi asid pangamik boleh mengakibatkan kanser.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Asid Pangamik?

Asid pangamik mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum guna.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan asid pangamik termasuk:

  • Digoksin

Digoksin (Lanoxin) membantu jantung berdegup lebih kuat. Sesetengah jenis asid pangamik mengandungi kalsium. Kalsium juga boleh menjejaskan jantung. Mengambil asid pangamik bersama dengan digoksin (Lanoxin) mungkin meningkatkan kesan dan kesan sampingan digoksin (Lanoxin).

  • Ubatan untuk tekanan darah tinggi (penghalang saluran kalsium)

Sesetengah ubat untuk tekanan darah tinggi menjejaskan kalsium dalam badan. Ubat ini dipanggil penghalang saluran kalsium. Mengambil asid pangamik yang mengandungi kalsium mungkin mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan ini untuk tekanan darah tinggi.

Beberapa ubatan untuk tekanan darah tinggi termasuk nifedipine (Adalat, Procardia), verapamil (Calan, Isoptin, Verelan), diltiazem (Cardizem), isradipine (DynaCirc), felodipine (Plendil), amlodipine (Norvasc) dan lain-lain.

  • Pil air / diuretik

Beberapa asid pangamik boleh mengandungi kalsium. Sesetengah “pil air” meningkatkan jumlah kalsium dalam badan. Mengambil banyak kalsium bersama dengan beberapa “pil air” boleh menyebabkan terlalu banyak kalsium dalam badan. Hal ini boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius termasuk masalah buah pinggang.

Sesetengah “pil air” termasuk chlorothiazide (Diuril), hydrochlorothiazide (HydroDIURIL, Esidrix), indapamide (Lozol), metolazone (Zaroxolyn) dan chlorthalidone (Hygroton).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Asid Pangamik yang biasa digunakan?

Dos bagi makanan tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Makanan tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Asid Pangamik?

Asid Pangamik boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Kapsul
  • Cecair untuk suntikan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Benarkah Jika Kerap Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair? Ini Jawapannya!

    Pasti anda selalu mendengar cakap orang tua-tua tentang mandi malam yang dikatakan boleh menyebabkan paru paru berair. Kalau dengar, jangan percaya ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

    Kajian terbaru menunjukkan terdapat kaitan antara kaedah pembedahan czer dengan kebarangkalian untuk anak mendapat penyakit asma.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Mama, Jangan Samakan Bayi Pramatang Dengan Baby Cukup Bulan, Proses Tumbesarannya Berbeza!

    Kelahiran bayi tidak cukup bulan, adakah ia boleh menyebabkan tumbesaran terbantut? Jom ketahui lebih lanjut tentang perkembangan bayi pramatang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 21/07/2020 . 3 minit bacaan

    Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

    Seorang pemuda dari Ireland, Brandon Fay menyangka dia hanya mendapat simptom asma. Siapa sangka, rupanya ia adalah jangkitan virus korona baharu COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 23/04/2020 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    berat badan kolesterol tinggi

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    punca penyakit asma

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    paru-paru kotor

    10 Pekerjaan Yang Membahayakan Paru-paru, Cuba Periksa Adakah Kerja Anda Tersenarai?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit hidung

    Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan