Asid Kaprilik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Asid Kaprilik?

Asid kaprilik ialah sejenis asid lemak rantai sederhana (medium-chain fatty acid) yang dijumpai di dalam minyak sawit, minyak kelapa dan susu manusia dan lembu.

Ia diambil melalui mulut untuk merawat:

  • Epilepsi (sawan). Apabila diambil sebagai sebahagian dari diet ketogenik atau trigeliserida rantai sederhana (MCT), asid kaprilik dilihat membantu mengurangkan serangan sawan bagi pesakit epilepsi. Walau bagaimanapun, kesan sampingan dan kepayahan untuk mengikut diet tersebut dilihat mengehadkan penggunaannya untuk jangka masa panjang.
  • Kadar albumin rendah di dalam darah (hypoalbuminemia) di dalam orang yang menjalani dialisis
  • Gangguan penghadaman
  • Penyerapan lemak abnormal (lipid malabsorption)
  • Mengurangkan kebocoran/kehilangan satu bahan yang digelar chyle ke dalam ruang dada (chylothorax)
  • Keadaan lain

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, asid kaliprik diketahui boleh menurunkan tekanan darah tinggi bagi sesetengah orang. Ia juga boleh diberikan kepada seseorang sebagai sebahagian dari ujian untuk mengukur kadar pengosongan perut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Asid Kaprilik?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap herba ini atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Asid Kaprilik selamat digunakan?

Asid kaprilik adalah berkemungkinan besar selamat bagi kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut dalam kuantiti makanan atau apabila digunakan pada dos yang dibenarkan sebagai suplemen nutirisi dan dalam ujian untuk mengukur kadar pengosongan perut.

Asid kaprilik adalah berkemungkinan besar apabila diambil melalui mulut sebagai sebahagian dari diet ketogenik atau diet yang mengandungi trigliserida rantai sederhana (MCT) yang tinggi di bawah seliaan doktor.

Asid kaprilik adalah berkemungkinan tidak selamat diambil melalui mulut bagi mereka yang mengalami keadaan yang dikenali sebagai kekurangan medium-chain acyl-CoA dehydrogenase (MCAD). Mereka yang mengalami keadaan ini tidak mampu mengurai asid kaprolik dengan baik. Ini akan menyebabkan kadar asid kaprolik bertambah di dalam darah yang boleh meningkatkan risiko koma.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Hamil dan menyusukan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi tentang penggunaan asid kaprilik semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.

Peyakit hati: Asid kaprilik diuraikan oleh hati. Terdapat sedikit kebimbangan bahawa mereka yang mempunyai penyakit hati berkemungkinan tidak mampu menguraikan asid kaprilik. Ini boleh menyebabkan kadar asid kaprilik meningkat di dalam darah. Walau bagaimanapun, kajan lain mengatakan bahawa mereka yang mengalami penyakit hati masih mampu menguraikan asid kaprilik. Sehingga lebih banyak kajian dijalankan, gunakannya dengan berhati-hati.

Tekanan darah rendah (hipotensi): Asid kaprilik boleh merendahkan tekanan darah. Secara teorinya, asid kaprilik boleh menyababkan tekanan darah terlalu rendah jika digunakan oleh mereka yang cenderung mendapat tekana darah rendah. Mereka yang mengalami kekurangan MCAD tidak mampu menguraikan asid kaprilik dengan baik. Ini boleh menyebabkan kadar asid kaprilik meningkat di dalam darah yang boleh meningkatkan risiko koma. Elakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Asid Kaprilik?

Apabila menggunakan herba ini, terdapat kesan sampingan seperti mual, perut kembung dan cirit-birit.

Diet yang mengandungi tinggi asid kaprolik boleh menyebabkan sembelit, muntah, sakit perut, kalsium di dalam darah menjadi rendah, mengantuk atau masalah pembesaran.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Asid Kaprilik?

Asid Kaprilik mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Asid Kaprilik yang biasa digunakan?

Dos berikut adalah berdasarkan kajian saintifik:

Diambil melalui mulut:

Untuk mengevaluasi kadar pengosongan perut: 100 mg asid kaprilik dicampur ke dalam 40 gram minyak atau makanan pejal dan diambil sebelum ujian dijalankan. Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Asid Kaprilik?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Gel lembut asid kaprilik 600 mg

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/12/2019 . 4 minit bacaan

    Nak Lebih Sihat Dengan Cara Mudah? Cuba Mula Dengan Makan Popcorn!

    Ambil bertih jagung (popcorn) sebagai snek untuk kekal sihat? Tak percaya? Teruskan membaca untuk mengetahui selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/11/2019 . 2 minit bacaan

    Pernah Dengar Teh Bunga Raya? Jika Belum, Ini Manfaat Yang Perlu Anda Tahu

    Ramai yang tidak percaya bahawa pokok bunga raya juga mempunyai khasiat sepertimana pokok-pokok herba terkenal yang lain. Terutamanya teh bunga raya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 13/11/2019 . 2 minit bacaan

    Nak Banyakkan Susu Badan? Cuba Ambil 5 Makanan SUNNAH Ini, Lagipun Ramadhan Bakal Tiba!

    Makanan sunnah seperti kurma, buah delima, buah zaitun, anggur dan buah tin mempunyai banyak manfaat. Tahukah anda, buah kurma boleh banyakkan susu ibu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 31/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    daun kapal terbang

    Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan
    kacip fatimah

    Khasiat Kacip Fatimah Diperakui, Tapi Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Boleh Makan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
    jenis buah-buahan

    Ini 10 Buah-Buahan Yang Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
    makanan

    Dengan RM100, RM200 & RM300, Barang Dapur Apa Saja Anda Boleh Beli?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 5 minit bacaan