Anggur Oregon

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan anggur Oregon?

Oregon anggur merupakan suatu tumbuhan. Ia digunakan untuk keadaan berikut, termasuk:

  • Ulser perut
  • Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
  • Sakit perut

Sesetengah orang menggunakannya sebagai tonik pahit, bagi merawat jangkitan dan mencuci usus.

Oregon anggur disapukan pada kulit untuk penyakit kulit yang dipanggil psoriasis dan sebagai disinfektan.

Oregon anggur mungkin diberikan untuk kegunaan lain juga; rujuk doktor anda atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Oregon anggur berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan bahan kimia di dalamnya mungkin membantu melawan bakteria dan jangkitan fungus. Oregon anggur juga mungkin memperlahan pengeluaran berlebihan sel kulit bagi penyakit seperti psoriasis.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum menggunakan Oregon anggur?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Oregon anggur atau ubatan lain mahupun herba lain
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan

Pengawalan bagi herba tambahan agak kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Oregon anggur selamat digunakan?

Kanak-kanak:  Ia mungkin tidak selamat untuk memberikan Oregon anggur kepada kanak-kanak, terutama bayi baru lahir. Berberina dalam Oregon anggur boleh menyebabkan kerosakan otak pada bayi baru lahir, terutamanya bayi yang lahir pramatang yang mengalami jaundis.

Mengandung dan menyusu badan:  Oleh kerana Berberina dalam Oregon anggur mungkin melintasi plasenta dan akan membahayakan janin. Oregon anggur berkemungkinan tidak selamat untuk digunakan semasa mengandung.

Berberina juga boleh dipindahkan kepada bayi melalui susu badan. Jadi, anda perlu elak menggunakan Oregon anggur, sekiranya anda sedang menyusu badan.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Oregon anggur?

Krim Oregon anggur boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti kegatalan, rasa terbakar, kerengsaan dan reaksi alergi.

Tiada maklumat yang cukup bagi mengetahui sekiranya Oregon anggur selamat digunakan apabila diambil melalui mulut dalam jumlah ubat.

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Oregon anggur?

Herba tambahan ini mungkin bertindak alas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

Mengambil Oregon anggur bersama beberapa ubatan yang dihancurkan oleh hati boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan sesetengah ubatan.

Ubatan-ubatan ini termasuk cyclosporine (Neoral, Sandimmune), lovastatin (Mevacor), clarithromycin (Biaxin), indinavir (Crixivan), sildenafil (Viagra), triazolam (Halcion) dan banyak lagi.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubatan ini.

Apakah dos yang biasa digunakan bagi Oregon anggur?

Krim ekstrak kulit kayu Oregon anggur:

Sapukan pada kawasan yang terjejas 2-3 kali sehari bagi psoriasis.

Teh akar Oregon anggur:

  • Didihkan 5 hingga 15 gram akar yang telah dipotong dalam 500 ml air selama 15 minit
  • Tapis dan sejukkan
  • Minum sehingga 750 ml sehari

Tinktur Oregon anggur:

Ambil 3 ml tiga kali sehari.

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan Oregon anggur

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Kapsul
  • Tinktur
  • Salap
  • Krim

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Mungkin ramai yang belum tahu apa punca sebenar kenapa hidung berdarah bukan? Ia juga mungkin petanda hemofilia! Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Berdepan masalah ereksi, dan malu dengan pasangan? Ia pasti berkaitan masalah mati pucuk. Tapi ada ke cara penyelesaian untuk keadaan itu? Jawapannya ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Apabila bercakap berkenaan masalah seksual lelaki, pastinya ia topik yang kurang digemari. Tapi apa mitos tentang mati pucuk yang biasa anda dengar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Batuk Teruk? Nanti Dulu, Ibu! Jangan Bagi Si Kecil Makan Ubat Batuk Sembarangan, Bahaya!

    Boleh ke saya berikan anak saya ubat batuk jika mereka belum lagi mencecah umur 6 tahun? Jika anda ingin tahu jawapannya, jom baca artikel kami!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda penyakit rabies

    Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pendengaran

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom iritasi usus

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    atrofi otot

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan