backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Insulin 2 dalam 1: Jalan Penyelesaian Efektif Untuk Kawalan Glukosa Yang Optimum

Ditulis oleh Dr. Lim Kim Piow · Endokrinologi · Hello Health Group


Disemak pada 03/02/2021

    Insulin 2 dalam 1: Jalan Penyelesaian Efektif Untuk Kawalan Glukosa Yang Optimum

    Diabetes adalah penyakit kronik yang boleh mengganggu keupayaan tubuh badan individu untuk mengatur glukosa dalam darah dengan berkesan[1]. Secara khususnya, individu dengan diabetes jenis 1 tidak berupaya untuk menghasilkan insulin yang mencukupi bagi memproses glukosa yang diterima daripada makanan. Ia dikenali sebagai “kekurangan insulin”. Manakala individu dengan diabetes jenis 2 pula tidak berupaya untuk menghasilkan insulin yang mencukupi, malah juga tidak mampu menggunakan insulin yang terhasil dengan efisien. Ia dikenali sebagai “kerintangan insulin”[2].

    Lama kelamaan, penurunan jumlah insulin yang dihasilkan pankreas akan menjadi kurang efektif dalam mengekalkan tahap glukosa yang normal, lalu menyebabkan kadar glukosa dalam darah individu tersebut makin meningkat. 

    Kenapa anda memerlukan insulin?

    Insulin adalah sejenis hormon semula jadi yang membantu mengatur paras gula dalam darah dan menyimpan lebihan gula untuk tenaga [2].

    Hampir setiap individu yang menghidap diabetes akhirnya memerlukan ubat antidiabetik. Salah satu pilihan rawatan tersedia untuk mengawal paras gula dalam darah adalah terapi insulin. Bagi pesakit diabetes jenis 2 khususnya, mereka akan disaran untuk memilih terapi insulin sebagai sebahagian daripada pelan rawatan. Ini terutamanya apabila pemakanan sihat, rutin senaman berkala, atau penggunaan ubat antidiabetik gagal mencapai kawalan indeks glisemik yang optimum. 

    Apakah kebaikan terapi insulin?

    Jika dibiarkan tanpa kawalan, diabetes boleh mengakibatkan keadaan yang mengancam nyawa, contohnya seperti masalah ketoasidosis diabetik (DKA) atau hiperglisemik hiperosmolar (HHS). Dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting yang melibatkan sistem peredaran darah termasuklah jantung, otak, ginjal dan mata. Untuk mengelakkan masalah ini, doktor akan menyediakan intervensi glisemik secara individu kepada pesakit diabetes, dan memperkenalkan terapi insulin. 

    Ini antara kebaikan terapi insulin buat individu:

    Mengurangkan risiko komplikasi kesihatan pada pesakit: Untuk memahami sepenuhnya bagaimana insulin dapat membantu menurunkan risiko komplikasi kesihatan lain yang berkaitan dengannya, penting untuk anda tahu bagaimana dengan hanya penurunan 1% dalam nilai Hemoglobin A1C (HbA1c) dapat mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes. Contohnya seperti yang diterangkan dalam grafik di bawah [3,6]:

    insulin

    Meningkatkan kualiti hidup pesakit: Terapi insulin boleh menambah baik produktiviti harian dengan meningkatkan tenaga, lalu meningkatkan kualiti hidup pesakit. Ia juga boleh melegakan tekanan emosi yang dihadapi pesakit apabila mengetahui mereka boleh mengawal penyakit ini  [4]. Terapi insulin juga boleh menambah baik kesan paras gula dalam darah yang tinggi, contohnya seperti kelesuan dan kerap kencing.

    Bergantung kepada jenis rawatan, doktor boleh mempreskripsikan beberapa jenis insulin pada anda [4].

    Insulin waktu makan: Insulin waktu makan (turut dikenali sebagai insulin bolus) adalah insulin yang membantu mengawal paras glukosa dalam darah selepas makan. Biasanya, ia diambil sebelum makan [5]

    Insulin basal: Insulin basal pula diambil untuk mengekalkan paras gula dalam darah semasa individu berpuasa. Ia kebiasaannya diambil sekali atau dua kali sehari, bergantung kepada jenis insulin yang dipreskripsi untuk memastikan paras glukosa terkawal [5].

    Insulin 2 dalam 1: Insulin 2 dalam 1 melibatkan penggunaan insulin bolus dan basal dalam satu pen suntikan atas beberapa sebab penting. Salah satunya kerana ia membolehkan individu menyesuaikan corak rembesan insulin mengikut tubuh masing-masing. Selain itu, ia juga dapat membantu meminimumkan kekerapan suntikan insulin bagi individu yang sibuk bekerja, serta menghindari peningkatan mendadak paras glukosa semasa waktu makan yang fleksibel [5].

    Berbeza dengan ubat diabetes yang lain, terapi insulin bukan sahaja boleh membantu mengawal paras gula dalam darah, malah ia juga boleh meningkatkan tenaga dan menurunkan risiko komplikasi kesihatan.

    Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan bagaimana kemajuan teknologi mampu memudahkan penggunaan insulin tanpa menjejaskan keberkesanan terapi, rujuk pegawai kesihatan anda hari ini. 

    Tahu lebih lanjut tentang penulis:

    Dr. Lim Kim Piow | Konsultan Endokrinilogi & Perubatan,

    Pusat Perubatan Sunway Velocity

    Lingkaran SV, Sunway Velocity,

    55100 Kuala Lumpur, Malaysia

    No Telefon: +603-9772 9191

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dr. Lim Kim Piow

    Endokrinologi · Hello Health Group


    Disemak pada 03/02/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan