backup og meta

Kadangkala, Ia Bukan Sebab Tembam Je? Ada 9 Lagi Punca Pipi Bengkak Yang Lain!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/08/2023

    Kadangkala, Ia Bukan Sebab Tembam Je? Ada 9 Lagi Punca Pipi Bengkak Yang Lain!

    Ramai yang percaya bahawa pipi tembam itu satu perkara normal dan anda betul. Namun, bagaimana pula jika ia bengkak? Apa punca pipi bengkak yang anda perlu tahu? Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

    1. Preeclampsia 

    Masalah ini berlaku disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi semasa tempoh kehamilan. Ia sering terjadi sekitar minggu ke-20 kehamilan.

    Keadaan ini boleh jadi punca pipi bengkak secara tiba-tiba pada bahagian muka dan tangan. 

    Sekiranya keadaan ini berlaku dan tidak dirawat, beberapa komplikasi cenderung untuk berlaku dan boleh menyebabkan kerosakan organ dan kematian kepada ibu dan bayi dalam kandungan. 

    Jika anda sedang mengandung dan mengalami beberapa keadaan berikut:

    • Bengkak pada bahagian tangan dan muka secara tiba-tiba
    • Penglihatan menjadi kabur
    • Mengalami sakit kepala yang teruk
    • Merasai kesakitan teruk di dalam perut

    2. Cellulitis

    Masalah jangkitan bakteria pada kulit ini biasanya berlaku pada bahagian badan yang lebih bawah seperti kaki.

    Namun dalam beberapa keadaan, ia juga boleh berlaku pada bahagian muka yang mengakibatkan kebengkakan pada sekitar kawasan pipi.

    Keadaan ini berlaku apabila bakteria atau kuman aktif memasuki kulit melalui bahagian yang cedera.

    punca pipi bengkak

    Ia tidak berjangkit tetapi ia boleh mengancam nyawa individu yang mengalami masalah ini sekiranya jangkitan merebak ke saluran darah. 

    Beberapa simptom lain yang boleh berlaku selain bengkak adalah seperti:

  • Demam
  • Kulit melepuh
  • Jerawat
  • Kulit kemerahan
  • Kulit terasa sedikit panas apabila disentuh. 
  • Punca pipi bengkak 3. Anafilaksis

    Merupakan satu tindak balas atau reaksi alahan yang boleh mengancam nyawa.

    Ketika keadaan ini berlaku, badan anda akan mengalami kejutan, menyebabkan titik udara menjadi sempit dan anda akan mengalami bengkak di sekeliling muka, lidah atau tekak.

    Keadaan ini akan menyebabkan pipi bengkak.

    Antara simptom anafilaksis lain yang boleh terjadi adalah tekanan darah rendah, denyutan nadi yang lemah atau anda menjadi lemah, pengsan, loya dan mengalami kesukaran untuk bernafas. 

    Keadaan ini memerlukan rawatan dan pemerhatian yang segera daripada doktor perubatan.

    Jadi jika anda mengesyaki diri anda atau individu di sekeliling anda berkemungkinan mengalami masalah anafilaksis, hubungi talian kecemasan dengan segera. 

    4. Pericoronitis

    Keadaan ini merujuk kepada masalah keradangan tisu gusi yang biasanya terjadi pada sekitar bahagian gigi geraham bongsu yang sedang tumbuh.

    Antara gejala yang mungkin akan dialami adalah seperti gusi dan pipi bengkak, keluar nanah dan rasa pelik di dalam mulut.

    Punca pipi bengkak 5. Beguk

    punca pipi bengkak

    Keadaan ini berlaku akibat oleh jangkitan virus yang boleh jadi punca pipi bengkak.

    Jangkitan ini akan menjejaskan kelenjar air liur yang menyebabkan bengkak pada satu atau kedua-dua belah bahagian muka.

    Antara simptom lain yang mungkin akan dialami adalah seperti:

    • Demam
    • Sakit kepala
    • Sakit otot
    • Berasa sakit semasa mengunyah

    Terdapat beberapa komplikasi lain yang boleh berlaku disebabkan keadaan ini seperti:

    • Bengkak pada zakar
    • Keradangan tisu otak
    • Meningitis
    • Hilang pendengaran
    • Masalah jantung

    6. Punca pipi bengkak: kecederaan di muka

    Mengalami kecederaan pada bahagian muka juga boleh menyebabkan pipi menjadi bengkak.

    Keadaan ini boleh berlaku selepas terjatuh atau terdapat pukulan pada bahagian muka.

    Terdapat risiko untuk mengakibatkan tulang patah

    Tanda-tanda sekiranya tulang muka pada adalah seperti lebam, bengkak dan bahagian tersebut amat sensitif terhadap sebarang sentuhan.

    Anda disaran untuk mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya kecederaan pada muka yang dialami semakin teruk. 

    7. Hypothyroidism

    Hipotiroidisme adalah di mana badan anda tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan secukupnya. Ini boleh menyebabkan wajah anda menjadi bengkak.

    Terdapat beberapa simptom yang mungkin dialami seperti keletihan, kenaikan berat badan, otot badan menjadi lemah, sendi menjadi kaku dan masalah berkaitan memori. 

    punca pipi bengkak

    8. Sindrom Cushing

    Dalam keadaan ini, badan menghasilkan terlalu banyak hormon kortisol.

    Cushing syndrome ini boleh mengakibatkan kenaikan berat badan pada bahagian badan yang berlainan seperti muka dan pipi. 

    Individu dengan sindrom ini juga mudah mengalami masalah lebam.

    Gejala lain yang mungkin akan berlaku adalah tanda regangan berwarna merah jambu atau ungu, jerawat dan kadar penyembuhan luka yang perlahan.

    Punca pipi bengkak 9. Tumor 

    Masalah tumor pada kelenjar air liur juga boleh menyebabkan bengkak pada pipi, mulut, rahang serta leher. Bahagian sebelah muka anda juga boleh berubah saiz dan bentuk.

    Antara simptom lain yang disebabkan masalah tumor ini adalah seperti:

    • Rasa kebas pada bahagian muka
    • Otot muka terasa lemah
    • Masalah menelan

    Sesetengah masalah tumor yang berlaku boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan lain.

    Tumor malignan (malignant tumor) merupakan satu kanser yang boleh mengancam nyawa.

    Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan sekiranya terdapat bengkak pada bahagian pipi tanpa punca terutama apabila keadaan bengkak itu disertai dengan kebas dan otot muka terasa lemah

    Konklusinya, jangan hanya fokus untuk cari cara hilangkan pipi tembam kerana ada risiko untuk ia berpunca daripada beberapa keadaan kesihatan seperti di atas tadi!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan