brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Buang Tatoo Dengan Laser, Ini Risiko Boleh Terjadi Terhadap Kulit & Kesihatan!

Apabila ingin mencacah tatu, anda harus memikirkan sedalam-dalamnya kerana ia akan kekal di tubuh. Tetapi bagaimana jika anda berubah fikiran dan adakah terdapat cara buang tattoo yang dapat membantu?

Buang Tatoo Dengan Laser, Ini Risiko Boleh Terjadi Terhadap Kulit & Kesihatan!

Sekiranya anda mempunyai tatu di badan yang tidak diingini lagi, pakar mungkin akan mencadangkan untuk menyingkirkannya melalui penggunaan laser.

Umumnya penggunaan laser untuk membuang tatu adalah pilihan selamat, tetapi ia tetapi mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Bagaimana cara buang tattoo menggunakan laser?

Pancaran laser menggunakan semburan tenaga yang difokuskan untuk memanaskan dakwat di bawah kulit – menyebabkan dakwat berpecah kepada zarah lebih kecil.

Tatu dengan warna dakwat yang berbeza mungkin memerlukan penggunaan laser yang beroperasi pada frekuensi berlainan.

Zarah dakwat yang lebih kecil kemudiannya boleh disingkirkan secara semula jadi oleh sistem imun tubuh.

cara buang tattoo

Dapatkah laser menghilangkan tatu sepenuhnya?

Tatu pada tubuh mungkin tidak dapat dibuang sepenuhnya dan ini adalah keadaan biasa. 

Keadaan ini disebabkan sesetengah pewarna tatu ‘menolak’ penyingkiran laser dan terdapat beberapa pigmen berada terlalu dalam untuk dicapai dengan laser tersedia pada masa kini. 

Warna tertentu mungkin lebih mudah disingkirkan berbanding yang lain. Selalunya tatu berwarna biru atau hitam akan bertindak balas terhadap rawatan laser – kerana ia menyerap cahaya dengan lebih baik.

Adakah cara buang tattoo dengan laser menyakitkan?

Mereka yang pernah melalui prosedur ini menunjukkan tahap ketidakselesaan berbeza-beza. 

Ada yang mengatakan bahawa ia seperti mencacah tatu, manakala ada juga yang menyamakannya dengan rasa gelang gelang disentap pada kulit.

Anda mungkin lebih suka menggunakan beberapa pilihan anestesia seperti krim topikal atau suntikan, bergantung pada lokasi tatu dan kemampuan menahan kesakitan. 

Apa yang perlu dijangka semasa proses pembuangan tatu?

cara buang tattoo

Bilangan rawatan laser adalah bergantung kepada saiz dan warna tatu anda. Tatu anda mungkin akan dapat dibuang selepas 3 hingga 5 rawatan laser, adakalanya mungkin lebih. 

Untuk menentukan berapa kali rawatan laser perlu dilalui, seorang profesional terlatih biasanya akan melakukan penilaian terlebih dahulu keadaan anda dan menerangkan proses tersebut. 

Rawatan laser adalah berbeza daripada seorang individu kepada individu lain bergantung kepada usia, saiz dan jenis tatu pada tubuh. 

Aspek lain yang turut dinilai adalah sama adalah pencacah tatu adalah mereka yang amatur atau merupakan seorang profesional. Selain itu, warna kulit dan kedalaman pigmen tatu dalam tubuh juga akan mempengaruhi teknik pembuangan tatu.

Secara umum, berikut adalah antara perkara yang akan berlaku semasa rundingan untuk membuang tahu menggunakan laser:

  • Anda akan memakai pelindung mata
  • Tindak balas kulit terhadap ujian laser akan menentukan tenaga paling berkesan untuk prosedur membuang tatu
  • Prosedur itu sendiri melibatkan proses meletakkan alat tangan pada permukaan kulit dan mengaktifkan cahaya laser berulang kali pada tatu

Cara buang tattoo dengan laser: Kenapa memerlukan lebih daripada 1 sesi?

Dalam proses mencacah tatu, dakwat dimasukkan ke dalam beberapa lapisan kulit. Jadi ia memerlukan lebih daripada 1 sesi untuk menyingkirkannya.

Tubuh memerlukan masa untuk mengeluarkan dakwat tatu selepas laser memecahkan pigmen dakwat kepada zarah lebih kecil.

cara buang tattoo

Di samping itu, kulit juga memerlukan masa untuk sembuh. Ini kerana rawatan laser ini boleh mengakibatkan bengkak, kulit melepuh dan mengubah warna kulit buat sementara waktu.

Cara buang tattoo: Kesan sampingan

Beberapa risiko kesan sampingan boleh terjadi antaranya:

  • Bekas kawasan tatu boleh dijangkiti
  • Terdapat risiko wujud parut kekal selepas rawatan laser. Dalam sesetengah kes, ia berkembang 3 hingga 6 bulan selepas prosedur
  • Beberapa tahap perubahan kulit mungkin berlaku. Kulit bekas ditatu sama ada akan menjadi lebih pucat berbanding bahagian lain (hipopigmentasi) atau menjadi lebih gelap (hiperpigmentasi)
  • Untuk tatu kosmetik seperti pada bibir, kening mungkin menjadi lebih gelap selepas rawatan laser awal. Anda mungkin perlu menjalani rawatan tambahan untuk memudarkannya

Anda tidak digalakkan cuba membuang tatu sendiri atau menggunakan sebarang produk di rumah untuk menghilangkan tatu. Ia sama ada tidak berkesan atau akan membahayakan kesihatan anda!

Selamatkah cara buang tattoo dengan laser?

Dengan kehadiran teknologi lebih terkini dan canggih, prosedur membuang tatu menggunakan sistem laser telah menjadi lebih berkesan dengan risiko parut yang sangat rendah. Namun anda perlu memastikan melakukan prosedur dengan pakar bertauliah.

Rawatan laser selalunya lebih selamat berbanding kaedah yang terdahulu seperti pemotongan atau dermabrasion. 

Rawatan laser berfungsi pada pigmen, manakala potongan kulit bertatu menggunakan pisau pembedahan (skalpel) dan dermabrasion menggunakan alat untuk menipiskan bahagian atas kulit.

Ini adalah saranan untuk membuang tatu secara umum. Sebaiknya dapatkan nasihat dan rundingan doktor atau pakar bertauliah sekiranya anda ingin membuang tatu pada tubuh melalui prosedur laser. 

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 hari lalu