backup og meta

8 Kesilapan Penjagaan Kulit Semasa Musim Panas

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/11/2019

    8 Kesilapan Penjagaan Kulit Semasa Musim Panas

    Bila tiba musim panas, tibalah masa untuk anda menghabiskan masa berendam dalam kolam atau menikmati aiskrim. Tetapi jika anda tidak berhati-hati, musim panas juga bermakna risiko selaran matahari dan garisan tan yang meradang. Belum lagi mengambil kira penggunaan pelembap bibir dengan SPF, atau menyapu semula pelindung matahari dengan kerap. Terdapat kemungkinan anda membuat kesilapan dalam penjagaan kulit. Berikut adalah kesilapan-kesilapan berkenaan.

    Terus mencukur ketika masuk bilik mandi

    Sebenarnya, lebih baik untuk mencukur apabila anda keluar dari bilik mandi berbanding ketika masuk ke bilik mandi. Mencukur tidak sepatutnya menjadi perkara pertama yang anda lakukan. Pastikan anda membiarkan air suam dan stim menghidrat kulit dan rambut sebelum anda melakukannya. Ini akan menjadikan bulu lebih mudah untuk dicukur.

    Menggosok dengan tuala untuk mengeringkan diri

    Apa yang anda lakukan apabila anda keluar dari bilik mandi adalah sama pentingnya dengan apa yang anda lakukan sewaktu dalam bilik air. Bagaimana anda mengeringkan diri dengan tuala? Menggosok boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Langkah yang lebih baik? Menekap tubuh dengan tuala.

    Tidak melembapkan bahagian yang betul

    Apabila menggunakan pelembap, anda juga ingin memastikan anda mencapai bahagian badan yang anda mungkin tidak sengaja melangkau seperti ketiak dan sekitar garisan baju bikini, yang mana ia sangat penting. Ia boleh membuat kulit menjadi kering dan meradang. Matlamat pelembap adalah untuk meminimumkan kerengsaan kepada penghalang kulit. 

    Hanya menggunakan deodoran pada waktu pagi

    Sekiranya anda mengambil berat tentang keringat terutamanya dalam cuaca panas, anda mungkin mahu memakai deodoran pada waktu malam. Malah, deodoran telah terbukti lebih berguna jika anda menggunakannya pada waktu petang. Ia secara fizikal menghalang peluh daripada menembusi kulit. Dan sebab mengapa ia berfungsi lebih baik pada waktu petang adalah kerana badan biasanya kurang berkeringat pada waktu petang.

    Tidak membilas badan selepas keluar dari kolam

    Anda mungkin menghabiskan berjam-jam di kerusi dan tidak dapat mandi untuk seketika. Walaupun anda tidak melakukan keseluruhan syampu, perapi, mencuci badan serta-merta, anda masih perlu bilas dengan air selepas anda mandi kolam. Klorin boleh menjadi kering dan menjengkelkan kulit anda, jadi anda perlu mandi dan membuang klorin dari kulit selepas keluar dari kolam.

    Merasakan anda tidak perlukan pelindung matahari jika tidak terdedah

    Setiap hari orang pergi ke pejabat, bekerja, dan pulang ke rumah berfikir bahawa mereka tidak memerlukan pelindung matahari. Walau bagaimanapun, konsep ini tidak benar kerana sinaran UV boleh menembusi tingkap kaca, menyebabkan selaran matahari walaupun berada di pejabat. Keadaan yang sama berlaku ketika orang duduk berhampiran tingkap bas atau kereta. Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian anda.

    Beranggapan bahawa baju mengekalkan perlindungan matahari

    Jika anda memakai pelindung matahari setiap hari, itu bagus. Tetapi jangan berfikir bahawa anda hanya perlu memakai pelindung matahari di bahagian-bahagian tubuh yang terdedah, kerana walaupun kulit di bawah pakaian ia boleh mendapatkan pendedahan matahari. Ia sebenarnya bergantung kepada kualiti pakaian yang anda pakai. Tenunan yang ketat, warna-warna gelap memberikan lebih banyak perlindungan berbanding warna yang lebih terang dan tenunan longgar. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan