
1. Rambut hampir keseluruhannya adalah keratin
Keratin adalah bahan yang sama terkandung di dalam kulit dan kuku anda. Percaya atau tidak, kuku dan bulu binatang juga diperbuat dari keratin.
2. Rambut mungkin tumbuh lebih cepat pada iklim panas
Haba merangsang peredaran darah di seluruh badan, termasuk kepala. Jadi, ia mempercepatkan perkembangan rambut. Tapi, ia masih bergantung kepada genetik dan diet anda.
3. Hitam adalah warna rambut paling banyak
Kebanyakan populasi manusia mempunyai rambut berwarna hitam. Warna merah adalah paling sedikit iaitu 1 peratus, diikuti dengan warna perang sebanyak 2 peratus. Apa pun warna rambut anda, itulah yang paling sesuai dan cantik untuk anda.
4. Rambut adalah bahan yang penting untuk kajian ahli forensik
Sehelai rambut anda boleh memberikan banyak informasi tentang diri anda serta persekitaran anda. Walaupun hanya sehelai rambut, banyak maklumat boleh didapati daripadanya.
5. Memotong atau mencukur tidak membuatkan rambut cepat tumbuh
Mungkin ramai yang percaya bahawa mencukur boleh membuatkan rambut cepat tumbuh. Jadi, ramai yang kerap potong rambut untuk mendapatkan rambut yang lebih lebat. Hakikatnya, ia tidak akan menjejaskan kadar pertumbuhan rambut.
6. Distribusi rambut bergantung kepada hormon, genetik dan pemakanan
Lelaki dan wanita mempunyai distribusi rambut yang berbeza kerana kadar hormon yang berbeza. Lelaki mempunyai lebih banyak rambut di muka, dada, kaki dan tangan. Bangsa berbeza juga mempunyai distribusi rambut yang berbeza. Misalnya, kawasan Mediterranean dan India mempunyai paling banyak rambut di muka manakala paling sedikit di negara Korea dan Jepun.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.