backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Senggama Bukan Selalunya Sedap, Jaga-Jaga Jika Zakar Selalu Sakit Semasa Bersama Isteri!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/07/2021

    Senggama Bukan Selalunya Sedap, Jaga-Jaga Jika Zakar Selalu Sakit Semasa Bersama Isteri!

    Seks sepatutnya menyeronokkan, mengasyikkan dan bebas dari kesakitan. Namun, kadangkala khabar itu lebih indah dari rupa terutamanya zakar sakit semasa seks?

    Realitinya, masih ada golongan yang terseksa dan merana ketika berasmara dengan pasangan.

    Setiap kali berbicara tentang hal ini, sudah pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan golongan wanita bukan?

    Pun begitu, ketahuilah bahawa ada juga golongan lelaki yang tidak boleh lari daripada masalah ini.

    Terdapat sesetengah kaum Adam yang mengadu zakar sakit semasa seks bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi ketika penetrasi. Kenapa?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui jawapannya!

    Zakar sakit semasa seks, apa sebabnya?

    Mungkin ada yang percaya bahawa keadaan ini adalah normal dan biasa berlaku semasa bersenggama dengan pasangan.

    Ya, rasa sedikit nyeri, ngilu atau pedih pada zakar ketika ia dimasukkan ke dalam faraj adalah normal.

    Namun, ia tidaklah sehingga mengakibatkan zakar sakit semasa seks hingga rasa tidak selesa yang keterlaluan.

    zakar sakit semasa seks

    Ada beberapa sebab zakar sakit semasa seks berlangsung termasuklah:

    #1. Penyakit jangkitan kelamin

    Antara sebab utama yang sangat jelas perkara ini terjadi adalah penyakit jangkitan kelamin atau lebih dikenali sebagai sexually transmitted diseases (STD).

    Seks yang tidak selamat boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit herpes, sifilis, chlamydia, gonorrhea dan macam-macam lagi masalah pada zakar lelaki.

    Penyakit seperti ini akan menyebabkan alat kemaluan lelaki timbul bengkak, bisul atau nanah.

    Inilah sebabnya anda berasa sakit setiap kali cuba memasukkan ia ke dalam faraj pasangan.

    Sekiranya anda mengesyaki diri anda terdedah kepada masalah ini, segera dapatkan rawatan sebelum terlambat ya?

    #2. Reaksi alahan

    Wujudkah keadaan di mana zakar itu alah terhadap faraj? Jika difikirkan memang tidak logik!

    Namun, inilah hakikatnya. Ada lelaki yang mempunyai masalah alahan terhadap cecair faraj yang keluar tatkala projek asmara giat dijalankan.

    Reaksi kepada alahan tersebut akan mengakibatkan rasa sakit pada zakar.

    Selain itu, ada juga lelaki yang mempunyai masalah alahan terhadap kondom atau sebarang alat kontrasepsi yang digunakan terutamanya jika ia diperbuat dari getah lateks.

    Ini juga boleh menimbulkan reaksi alahan.

    Jadi, sila dapatkan bantuan dan rawatan profesional jika anda mempunyai alahan seperti ini.

    zakar sakit semasa seks

    #3. Phimosis

    Pernah terdengar atau terbaca mengenai kondisi ini?

    Phimosis adalah kondisi yang mengakibatkan zakar tidak dapat menarik kulit kulup ketika mengalami ereksi.

    Ia berisiko tinggi berlaku sekiranya lelaki itu tidak berkhatan.

    #4. Kelainan pada zakar

    Sebarang kelainan yang berlaku pada zakar juga boleh mengakibatkan rasa sakit semasa beraksi di ranjang bersama pasangan.

    Kondisi seperti Hypospadias boleh berlaku dan mengakibatkan lubang air kencing berada pada tempat yang tidak sepatutnya.

    Penetrasi yang terlalu dalam dan ganas tentu sahaja akan mengakibatkan rasa sakit ini.

    Selain itu, wujud juga beberapa kondisi lain seperti Zoon’s balanitis, erosive lichen planus, lichen sclerosis atau kanser zakar yang juga boleh mengakibatkan zakar sakit semasa seks.

    Oleh itu, segera berjumpa doktor sekiranya anda perasan alat kemaluan anda mempunyai kelainan berbanding biasa.

    #5. Ereksi zakar yang terlalu lama

    Priapism adalah satu kondisi yang boleh menyebabkan zakar lelaki mengalami ereksi dalam tempoh yang sangat lama.

    Walaupun tanpa rangsangan seksual, lelaki yang mempunyai kondisi ini dikatakan boleh mengalami ereksi sekitar 4 ke 5 jam tanpa henti.

    Sekiranya tidak dirawat segera, sudah tentu ia akan mengakibatkan rasa sakit yang teramat terutamanya ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan.

    zakar sakit semasa seks

    #6. Tahap sensitif zakar yang tinggi

    Zakar boleh menjadi sangat sensitif terutamanya ketika baru sahaja mencapai orgasma dan ejakulasi.

    Jika kalian masih ingin meneruskan seks walaupun selepas terkeluar air mani, sudah tentu sahaja anda akan berasa sakit.

    Ini bermakna anda perlu mengehadkan aktiviti seksual bersama pasangan di ranjang.

    Mungkin sekali sahaja klimaks sudah mencukupi? Atau carilah sesuatu yang lain selain penetrasi untuk merangsang nafsu seks kalian.

    #7. Peyronie’s disease

    Akhir sekali, ada satu kondisi yang biasa terjadi kepada lelaki berusia 50 tahun ke atas dan mengakibatkan zakar menjadi sedikit bengkok ketika mengalami ereksi.

    Tanpa ragu, sudah tentu kondisi ini akan menyebabkan rasa sakit yang keterlaluan ketika berada di dalam faraj.

    Jadi, sila segera berjumpa doktor untuk menyelesaikan masalah ini.

    Kondisi ini boleh dirawat dengan ubatan, suntikan atau pembedahan untuk membuang plak serta meluruskan kembali zakar yang bengkok.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan