backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Elak Bersama Ketika Awal Mengandung Jika Ibu Alami 7 Tanda Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/10/2023

    Elak Bersama Ketika Awal Mengandung Jika Ibu Alami 7 Tanda Ini!

    Secara umumnya, bersama ketika awal kehamilan tidak akan mendatangkan apa-apa kemudaratan.

    Malahan, ia turut digalakkan demi memastikan kehidupan seks anda dan pasangan berada pada tahap yang baik.

    Pun begitu, masih terdapat beberapa kebimbangan mengenai seks ketika mengandung.

    Ada yang mengatakan bahawa seks semasa awal kehamilan atau trimester pertama boleh sebabkan keguguran.

    Adakah ia benar atau sekadar keraguan tidak munasabah semata-mata?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam untuk mengetahuinya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Hamil 3 bulan pertama, tempoh paling tidak selesa

    bersama ketika awal kehamilan

    Trimester pertama atau 3 bulan pertama kehamilan adalah tempoh yang paling tidak selesa buat seorang ibu hamil.

    Ini kerana akan berlaku banyak perubahan terhadap fizikal dan mental wanita pada ketika ini.

    Ketika ini jugalah wanita mengandung akan mengalami mual-mual dan muntah-muntahmorning sickness.

    Dari aspek fizikal, akan berlaku banyak perubahan terutamanya dari segi bentuk tubuh badan.

    Payudara akan berubah menjadi lebih besar dan sensitif. Kesannya, ia akan mengakibatkan rasa sakit apabila disentuh.

    Dari aspek mental pula, bakal ibu akan mengalami perubatan drastik.

    Mood wanita hamil pada awal trimester ini kebiasaannya adalah tidak stabil.

    Maka, ini bukanlah waktu untuk encik suami buat hal yang pelik-pelik.

    Begitu juga aspek kemahuan seksual.

    Ada sesetengah wanita hamil yang akan mengalami penurunan libido secara mendadak menjadikannya tidak berminat dengan seks.

    Namun, ada juga yang akan menjadi lebih horny, bergantung kepada individu.

    Di sebalik semua penjelasan ini, ramai pakar masih berpendapat bahawa tiada masalah untuk melakukan seks semasa trimester pertama.

    Oleh sebab itu, mungkin tidak ada masalah untuk para ibu kekal bersama ketika awal kehamilan.

    Pun begitu, masih ada risikonya ya!

    Bersama ketika awal kehamilan, selamat atau tidak?

    bersama ketika awal kehamilan

    Meskipun ramai pakar yang mengatakan bahawa hubungan intim semasa 3 bulan pertama kehamilan adalah selamat, masih ramai pasangan yang kurang yakin untuk melakukannya.

    Ini kerana masih ada yang beranggapan bahawa aktiviti seksual pada ketika ini boleh mengakibatkan keguguran!

    Ya, memang benar bahawa keguguran biasa berlaku semasa trimester pertama kehamilan berbanding trimester kedua dan ketiga.

    Menurut statistik, kira-kira 10 hingga 15 peratus kes keguguran adalah dilaporkan berlaku pada ketika ini.

    Punca utama keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kromosom abnormal yang terjadi semasa proses persenyawaan embrio – sesuatu yang tidak boleh dikawal.

    Ini menunjukkan bahawa seks semasa hamil tidak kira apa trimester sekalipun tidak akan mengakibatkan si ibu mengalami keguguran.

    Jadi, anda tidak perlu terlalu bimbang tentangnya.

    Selain itu, terdapat beberapa punca lain yang mengakibatkan keguguran semasa 3 bulan pertama kehamilan iaitu:

    Dalam erti kata yang lebih mudah, seks semasa trimester pertama kehamilan tidak akan mengakibatkan keguguran.

    Bersama ketika awal kehamilan mungkin selamat, namun perlu waspada!

    bersama ketika awal kehamilan

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa bersama ketika awal kehamilan tidak akan menjejaskan kandungan atau menyebabkan keguguran.

    Maka, anda bebas untuk melakukannya. Tidak ada bahayanya jika anda bersama suami ketika awal kehamilan.

    Namun, anda masih perlu berwaspada.

    Akhir kata, seks semasa trimester pertama dan di awal kehamilan adalah selamat dan tidak akan mengakibatkan keguguran.

    Namun, ada beberapa situasi yang mungkin menghalang anda dari melakukannya.

    Sebaiknya, sila dapatkan konsultasi dengan doktor sebelum membuat apa-apa keputusan ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan