backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Nak Nikmati Keseronokan 'Bersama' Semasa Hamil? Ini Posisi Seks Selamat Ikut Trimester!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/12/2023

    Nak Nikmati Keseronokan 'Bersama' Semasa Hamil? Ini Posisi Seks Selamat Ikut Trimester!

    Bolehkah wanita melakukan seks bersama suami ketika hamil? Jika boleh apakah posisi seks ketika hamil yang sesuai dilakukan? Relaks, artikel ini akan membantu anda mengetahui posisi seks yang terbaik mengikut trimester kehamilan dan dapat bersama ketika hamil dengan selamat!

    Adakah bersama ketika hamil itu normal & selamat?

    Adakah bersama ketika hamil itu normal dan selamat? Jawapannya ya, tiada apa yang anda dan pasangan perlu risau tentangnya.

    Namun, apakah cara yang betul untuk melakukan seks semasa berbadan dua? Adakah terdapat posisi seks tertentu yang perlu diamalkan mengikut trimester?

    13 posisi seks dan bersama ketika hamil ikut trimester

    Baiklah, sekarang anda sudah tahu ia normal dan selamat. Jadi, apa lagi yang ibu hamil tunggu? Bolehlah mula ajak suami bersenggama walaupun perut sedang memboyot.

    Cuma, pastikan anda amalkan panduan posisi bersama ketika hamil mengikut trimester yang kami sediakan ini ya!

    Bersama ketika hamil: Trimester pertama (1 hingga 12 minggu)

    bersama ketika hamil

    Kebiasaannya, ibu hamil trimester pertama akan mengalami masalah mual-mual dan muntah-muntah (morning sickness).

    Namun, ia sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kehidupan seksual anda.

    Malahan pada waktu ini, wanita akan mengeluarkan lebih banyak cecair semula jadi dari faraj mereka.

    Posisi seks ketika hamil yang boleh dibuat:

    Semasa awal kehamilan, anda sendiri mungkin tidak tahu anda sebenarnya sedang mengandung.

    Jadi, tiada sebarang masalah untuk berasmaradana ketika ini. Bagaimana pula dengan posisi?

    Ketika ini, semua posisi boleh dipraktikkan. Dari missionarydoggy style, reverse cowgirl dan macam-macam lagi posisi.

    Posisi seks ketika hamil yang perlu dielak:

    Berita baiknya, tiada sebarang posisi seks yang anda perlu elak semasa trimester pertama.

    Untuk pengetahuan anda, mana-mana posisi sekalipun tidak akan mengakibatkan masalah keguguran.

    Trimester kedua (13 hingga 27 minggu)

    bersama ketika hamil

    Pada waktu ini, ibu hamil sudah tiada lagi masalah morning sickness atau keletihan yang melampau.

    Pendek kata, ia adalah waktu untuk anda ‘honeymoon’. Namun, ada beberapa posisi seks yang anda dan pasangan perlu elak!

    Bersama ketika hamil yang boleh dilakukan:

    Trimester kedua adalah waktu yang afdal untuk anda dan pasangan melakukan hubungan seks dalam pelbagai posisi seks selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan.

    Namun, mahukah anda melakukan posisi yang bosan seperti missonary sahaja?

    Ajaklah pasangan melakukan posisi yang lebih unik seperti reverse spooning, sit and stare, hands and knees dan macam-macam lagi.

    Posisi perlu dielakkan:

    Akan tetapi, ketika kehamilan anda berusia sekitar 20 minggu, pastikan kalian elakkan posisi seks yang memerlukan isteri untuk berbaring secara menelentang seperti posisi seks yang biasa iaitu missionary.

    Ini kerana posisi seperti ini akan memberi tekanan kepada saluran darah aorta yang menghalang aliran darah ke plasenta.

    Jadi, lakukan posisi alternatif yang lain ya?

    Trimester ketiga (28 minggu dan ke atas)

    bersama ketika hamil

    Waktu ini perut ibu hamil akan menjadi sangat besar. Namun, itu bukan penghalang anda dan pasangan untuk mendapatkan seks yang hangat dan membara! Kuncinya, adalah pada kreativiti kalian berdua.

    Posisi boleh dilakukan:

    Ketika ini, variasi posisi senggama anda mungkin sudah semakin sedikit jumlahnya.

    Ini kerana suami perlu memastikan posisi yang dilakukan itu tidak memberi tekanan kepada perut anda yang sedang memboyot.

    Jadi, antara posisi yang paling baik untuk dilakukan semasa trimester ketiga ini adalah spooningrear entrywoman on top atau apa-apa sahaja posisi yang tidak membebankan perut isteri.

    Posisi perlu dielakkan:

    Sama seperti ketika trimester kedua, posisi seks yang perlu dielakkan adalah yang akan memberi tekanan kepada perut anda.

    Selain itu, dikatakan juga bahawa penetrasi yang terlalu dalam juga adalah perlu dielakkan!

    Ini kerana kebanyakan ibu hamil cenderung berfikiran bahawa tujahan zakar suami yang terlalu dalam akan mendatangkan kesan kepada kandungan dalam perut mereka. Ia adalah tidak benar. Jadi, jangan takut ya?

    Dalam pada itu, anda tidak perlu risau untuk melakukan sebarang teknik foreplay seperti blowjob, handjob, footjob dan lain-lain lagi, sekiranya anda kurang selesa untuk bersama pasangan ketika hamil.

    Tapi jika anda mengalami masalah faraj kering, sila ikut panduan di bawah.

    Tiada lagi alasan untuk anda menolak ajakan pasangan berasmara selepas ini!

    Cuma, pastikan anda dan pasangan mendapatkan nasihat doktor jika ada kebimbangan tentang perkara ini ya?

    Tidak ada masalah melakukan seks ketika hamil

    Kesimpulannya, tiada sebarang masalah untuk anda lakukan seks bersama suami ketika hamil kerana ia adalah normal dan selamat.

    Selain itu, anda juga tidak perlu menggunakan sebarang alat kontrasepsi kerana air mani suami tidak akan menjejaskan kandungan isteri.

    Namun, jika anda mempunyai sebarang kegusaran atau kerisauan mengenai seks bersama suami ketika hamil, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan