Setiap kali melakukan hubungan seks, banyak perkara yang perlu kalian waspada dan antaranya adalah risiko terkena penyakit jangkitan kelamin (STD).
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Setiap kali melakukan hubungan seks, banyak perkara yang perlu kalian waspada dan antaranya adalah risiko terkena penyakit jangkitan kelamin (STD).
Selain kehamilan di luar jangkaan, STD juga adalah sesuatu yang sangat ditakuti terutamanya buat kalian yang gemar mengamalkan seks bebas dan bersama dengan ramai pasangan.
Ada satu petua yang mengatakan bahawa berkumur selepas bersama boleh mengurangkan risiko gonorrhea! Benarkah?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapan sebenarnya.
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan definisi sebenar penyakit ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, gonorrhea adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria bernama Neisseria gonorrhea.
Bakteria ini boleh merebak daripada satu individu ke individu lain melalui penetrasi zakar ke dalam faraj, seks oral atau seks anal.
Apa yang lebih membimbangkan adalah ia juga boleh merebak daripada ibu kepada bayi semasa kelahiran!
Sekiranya dijangkiti, individu akan mempunyai simptom seperti berikut berbeza mengikut jantina masing-masing:
Gonorrhea adalah salah satu daripada STD yang sangat berbahaya sekiranya lambat atau tidak dirawat.
Bagi wanita, jangkitan bakteria ini boleh bergerak dan merebak ke dalam rahim, tiub fallopian, dan ovari.
Semasa sedang hamil, ia boleh menyebabkan beberapa masalah kepada bayi anda, seperti sejenis keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang atau jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta.
Bagi lelaki, gonorrhea boleh bergerak dan merebak ke epididimis sekali gus menyebabkan kesakitan dan bengkak di kawasan buah zakar.
Buat kedua-dua jantina pula, gonorrhea boleh bergerak dan merebak ke dalam darah atau sendi lantas mungkin meningkatkan risiko menghidapi AIDS yang disebabkan oleh HIV.
Mungkin ramai yang menyangka bahawa penyakit jangkitan kelamin hanya boleh tersebar melalui aktiviti seksual berat iaitu kemasukan zakar ke dalam faraj sahaja.
Tidak, seks oral juga adalah salah satu daripada aktiviti seksual yang mungkin boleh menjadi dalangnya!
Buat anda yang mungkin belum tahu, seks oral adalah perbuatan memasukkan alat sulit ke dalam mulut pasangan bagi tujuan merangsang nafsu syahwat.
Ia dilakukan dengan cara menghisap atau menjilat kemaluan dengan menggunakan mulut, bibir dan lidah dalam usaha mengeluarkan air mani.
Perbuatan ini seringkali diakhiri dengan pengeluaran air mani di dalam mulut pasangan.
Ya, memang benar ia tidak akan mengakibatkan kehamilan luar jangkaan, namun ketahuilah bahawa anda berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit kelamin (STD) melaluinya.
Selain gonorrhea, berikut adalah antara STD yang berisiko buat kalian yang gemar melakukan seks oral:
Kenapa? Ini kerana perbuatan sebegini akan lebih mendedahkan anda kepada cecair yang keluar daripada alat kelamin yang dihisap atau dikulum!
Dalam pada itu, risiko seks oral ini adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai luka atau ulser di dalam mulut.
Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian berus dan flos gigi anda dengan baik sebelum melakukan aktiviti ini.
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, kalian perlu berus dan flos gigi anda dengan baik sebelum atau selepas melakukan seks oral.
Bukan setakat itu sahaja, anda dan pasangan (terutamanya yang menerima seks oral) disarankan untuk berkumur selepas bersama untuk elak STD.
Namun adakah ia benar dapat membantu anda mengelak gonorrhea? Ya, ada kemungkinannya!
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Sexually Transmitted Diseases, ubat kumur jenama bakteria popular mampu membunuh bakteria Neisseria gonorrhea.
Kajian makmal terbabit membuktikan bahawa kandungan 21.6 peratus alkohol yang terdapat di dalamnya mampu mengurangkan bakteria jenis ini di dalam mulut individu.
Jadi, berkumurlah sebelum dan selepas kalian melakukan seks oral ya!
Malang itu tidak berbau dan jika dijangkiti, sila rawat ia sebelum terlambat!
Untuk merawat keadaan ini, doktor akan memberikan anda antibiotik oral atau suntikan dan pasangan anda juga perlu dirawat pada masa yang sama.
Selain itu, anda akan disarankan mengikuti beberapa tip di bawah:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen