backup og meta

Lelaki Lebih Puas Di Ranjang Jika Buah Dada Isteri Besar! Fakta Atau Auta?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/04/2023

    Lelaki Lebih Puas Di Ranjang Jika Buah Dada Isteri Besar! Fakta Atau Auta?

    Tidak dinafikan, bentuk tubuh badan isteri adalah aspek yang penting bagi memastikan encik suami lebih puas di kamar tidur. Selain punggung dan pinggang yang cantik, lentik lagi menarik, buah dada besar juga adalah titik tumpuan yang paling utama!

    Disebabkan itu, ramai wanita yang sangat prihatin dengan bentuk dan saiz payudaranya.

    Persoalannya, adakah lelaki puas di ranjang jika isteri mempunyai buah dada besar, sederhana atau kecil?

    Untuk tahu jawapannya, jom kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Buah dada besar adalah pilihan lelaki?

    buah dada besar

    Jika difikirkan secara logik akal, sudah pasti lelaki lebih gemar dengan wanita yang mempunyai payudara besar bukan?

    Ia seakan satu tarikan semula jadi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana kaum Adam sekalipun.

    Namun, apa pula kata sains?

    Menurut pengkaji dari Perancis, penyataan ini adalah benar.

    Ada satu kajian dilakukan dengan melihat berapa ramai lelaki datang menyapa wanita yang memakai pelbagai saiz bra berbeza.

    Secara hipotesisnya, kajian ini telah membuktikan bahawa semakin besar saiz bra wanita itu, semakin tinggi jumlah lelaki yang akan datang untuk menyapa mereka di tempat awam.

    Kenyataan ini turut dipersetujui oleh pengkaji dari New Zealand.

    Mereka menggunakan teknologi yang boleh mengesan pergerakan mata seorang lelaki terhadap payudara wanita.

    Sebenarnya, buah dada tidak kira kecil, sederhana atau besar sudah pasti akan menarik perhatian mereka.

    Namun, majoriti menunjukkan lebih minat kepada saiz sederhana dan besar.

    Anda juga sama seperti itu? Jangan bimbang kerana ia adalah normal.

    Cuma jangan terlalu memerhati wanita di luar sana jika tidak mahu ditampar kerana disangka miang okay!

    Ada juga lelaki yang gemar buah dada kecil?

    buah dada besar

    Namun, mungkin bukan semua lelaki yang gemar wanita dengan buah dada besar.

    Malahan, ada juga lelaki yang sukakan wanita dengan payudara yang sedikit leper, rata atau kecil.

    Tidak percaya? Lihat sahaja isteri orang-orang kenamaan, selebriti, atlet atau ‘lelaki alfa’ di luar sana, majoriti dari mereka adalah bertubuh langsing dan tidak mempunyai buah dada besar.

    Ini kerana kebanyakan lelaki tidak hanya akan melihat kepada saiz payudara semata-mata, sebaliknya keseluruhan tubuh badan wanita itu secara total. 

    Lazimnya pula, sudah tentulah mereka lebih menggemari wanita dengan tubuh badan yang tinggi, langsing dan ramping ibarat seorang model bukan?

    Jadi, yang mana akan menjadi pilihan antara kecil, sederhana atau besar?

    Menurut kajian terbaharu yang dijalankan oleh pengkaji dari England dan Malaysia terhadap 361 lelaki, majoriti mereka tidak memberi markah tinggi kepada wanita dengan buah dada besar atau kecil. Sebaliknya, saiz sederhana menjadi pilihan mereka.

    Lebih puas di ranjang jika isteri buah dada besar?

    buah dada besar

    Jawapan kepada persoalan lelaki gemar buah dada yang besar atau kecil adalah agak sukar untuk dijawab.

    Ini kerana masing-masing mempunyai pendapat dan selera tersendiri.

    Namun, secara umumnya boleh dikonklusikan bahawa majoriti lelaki lebih gemar buah dada yang bersaiz sederhana iaitu sekitar ukuran cup B dan cup C.

    Ukuran cup A akan dianggap terlalu kecil dan cup D pula terlalu besar. 

    Berbalik kepada persoalan artikel, adakah lelaki akan lebih puas di ranjang jika buah dada isteri besar?

    Jawapannya, kenyataan ini adalah kurang tepat kerana ia adalah bergantung kepada kemahuan seseorang lelaki itu.

    Tanpa mengira saiz, setiap lelaki sebenarnya boleh menikmati hubungan intim yang lebih puas dengan pasangan jika tepat posisi, lokasi dan tekniknya.

    Pernahkah kalian terdengar bahawa saiz bukanlah perkara utama, yang penting adalah prestasi?

    Jangan khuatir dengan saiz payudara anda!

    Konklusinya, saiz payudara bukanlah satu perkara yang utama.

    Sama ada anda bersaiz kecil, sederhana atau besar, kesemuanya adalah terbaik di mata lelaki yang menyayangi anda.

    Oleh itu, janganlah kalian berasa rendah diri dan terdesak untuk melakukan pembedahan membesarkan payudara ya?

    Ia bukan sahaja mahal malah datang dengan banyak komplikasi.

    Akhir kata, cintailah diri anda. Jangan biarkan pendapat dan selera orang lain mengubah sebagaimana diri anda okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan