
Anda mahu menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lebih berusia?
Haaa…ini 7 perkara perlu dipertimbangkan sebelum meneruskan keinginan bercinta dengan individu lebih tua.
Jalinkan hubungan cinta dengan wanita lebih berusia
Betul, jodoh tidak mengenal rupa paras mahupun usia. Malah setiap hubungan percintaan pasti akan ada naik turunnya, bukan?
Begitu juga jika anda memasang niat untuk bersama dengan wanita lebih tua.
Sesetengah individu yang pernah bersama wanita lebih berusia mengakui mempunyai pengalaman yang positif.
Ini sudah tentu melibatkan beberapa faktor, seperti:
- Usia
- Pengalaman hidup
- Stabil
Walau bagaimanapun, berpasangan dengan individu yang lebih tua bermakna banyak tanggungjawab yang perlu dipikul mereka seperti penjagaan anak-anak mahupun ibu bapa yang tua.
Jika anda mempunyai keinginan untuk bersama wanita lebih berusia dan menjalinkan hubungan cinta dengan mereka, terpulanglah kerana itu hak anda.
Semak 7 perkara untuk bercinta dengan wanita lebih berusia
Tetapi apa kata sebelum meneruskan niat tersebut, teliti dahulu 7 aspek positif dan negatif bercinta dengan pasangan yang lebih tua.
- Peluang menambah zuriat
Seperti yang kita tahu, kesuburan wanita akan semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usianya.
Maka, peluangnya untuk mengandung adalah tipis berbanding wanita yang berusia 20-an dan 30-an.
Sekiranya anda mahu mempunyai zuriat hasil darah daging anda sendiri, mungkin anda perlu pertimbangkan kembali keputusan anda.
Namun, jika anda tidak kisah tentang kehadiran cahaya mata dan bersyukur dengan kehadiran anak tiri, sudah tentu ini bukanlah 1 isu besar.
- Pengalaman dan masa
Bersama wanita yang berusia bermaksud anda akan mendapat lebih perhatian berbanding wanita muda.
Ini kerana mereka mungkin sudah mempunyai anak-anak dewasa. Bahkan mereka juga tidak mempunyai banyak komitmen sosial.
Semakin meningkat usia maka sudah tentu akan semakin banyak pengalaman hidupnya.
Menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lebih tua dikatakan sesuatu yang baik kerana mereka mengetahui apa yang diharapkan dalam sesebuah perhubungan.
Lebih utama, jika anda tidak sukakan individu yang kuat berdrama dan merajuk, maka tepatlah pilihan anda.
Ini kerana wanita lebih berusia dikatakan kurang berdrama berbanding wanita muda.
Malahan mereka dikatakan mempunyai keyakinan diri pada tahap yang baik kesan daripada pengalaman hidup dan tidak mudah terpengaruhi dengan keadaan semasa.
Bukanlah bermakna wanita lebih tua ini tidak pernah berdepan dengan bad day, cuma mereka tidak akan membiarkannya menjejaskan hari mereka.
- Tanggungjawab dan bebanan
Jika berhasrat untuk bersama individu yang lebih tua, anda harus sedar mereka mungkin mempunyai bebanan dan tanggungjawab kewangan besar.
Sebagai contoh, anda bersama dengan wanita yang mempunyai anak, terdapat kemungkinan mereka akan mengharapkan bantuan kewangan daripada anda.
Selain pakej pengalaman dalam kehidupan dan anak, anda juga akan menerima pakej bebanan kewangan ini.
Jika tekanan tambahan ini sukar untuk anda penuhi, mungkin anda perlu mempertimbangkan semula keinginan anda.
Atas sebab ini juga, kebanyakan hubungan percintaan dengan wanita lebih berusia sering kali mendapat tentangan ahli keluarga dan rakan baik.
Kekurangan sokongan sudah tentu membuatkan anda sukar dan gagal meneruskan hubungan ini.
- Menambah komitmen
Tidak ada yang salah bila berkaitan dengan soal hati dan perasan.
Anda berhak bersama wanita pilihan dan mereka juga mempunyai hak untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih muda.
Wanita pilihan anda mungkin masih mempunyai peluang kehamilan tetapi anda perlu bertanyakan kepada mereka jika mereka bersedia untuk menambah komitmen.
Ini kerana terdapat sesetengah wanita yang berusia hanya mahukan 1 hubungan dengan lelaki yang muda tanpa perlu memikirkan tentang zuriat.
Jadi penting untuk anda mendapatkan kepastikan tentang hal ini, okay?
- Berdikari
Memilih untuk bersama wanita seusia atau lebih muda bermakna mereka mungkin baru memulakan karier dan sedikit sebanyak akan bergantung harap kepada anda.
Sebaliknya wanita yang berusia ini dikatakan lebih stabil dalam kerjaya dan kurang untuk bergantung kepada lelaki untuk menyara mereka atau bakal keluarga yang akan dibina nanti.
Sikap berdikari ini dianggap sebagai 1 batu loncatan untuk lelaki, di mana ia akan mengurangkan bebanan dan tekanan kewangan.
Tetapi jangan pula ia dijadikan sebagai alasan utama untuk bersama wanita lebih tua atau anda akan dianggap tidak ubah seperti biawak hidup!
- Memanipulasi
Ini boleh dikatakan sebagai 1 perkara yang berkemungkinan untuk berlaku walaupun tidak semua wanita yang berusia mempunyai sifat mengawal ini.
Ada yang mengatakan lelaki yang bersama wanita lebih tua ini akan dikawal dan dimanipulasi. Ini bermakna segala arahan dan kehendak wanita tersebut akan dipatuhi dan diikuti.
Adakah ia benar? Cuma mereka yang pernah berada dalam hubungan cinta seperti ini sahaja boleh mengesahkannya.
- Matang
Wanita lebih berusia dikatakan akan lebih menghargai erti kehidupan sebenar berbanding mereka yang lebih muda.
Ia biasanya tidak melibatkan keinginan materialistik dan bijak dalam menentukan hala tujuan hidup yang ingin dicapai mereka.
Emosi mereka juga dikatakan lebih stabil dan lebih bersikap positif dalam kehidupan.
Tambah menarik lagi, wanita berusia dianggap lebih bersifat keibuan. Jika anda lelaki yang agak manja, mungkin ini kelebihan untuk anda.
Jika itu pilihan anda….
Usia bukan penghalang untuk anda bersama dan menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa yang anda ingini. Apa yang penting adalah kebahagiaan, kejujuran dan kesetiaan.
Walaupun ada yang mengatakan ia tidak penting, namun restu ibu bapa adalah penting untuk menentukan kebahagiaan sesebuah hubungan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.